Thursday, November 22, 2012

Lelaki manja lah ! Saya tak larat.......

Lelah sungguh rasanya bila seharian melakukan kerja rumah sambil memantau pergerakan anak-anak. Teringat semula waktu-waktu saya bekerja di pejabat. Brulang alik setiap hari bersama anak-anak dan kemudian bila pulang, sibuk pula dengan urusan rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain.

Terasa sangat penat menjadi wanita bekerjaya yang tidak punya pembantu rumah. Tapi, seperti saya sendiri, biar letih macam mana pun, saya tidak mahu ada pembantu rmah. Anak-anak saya semua perempuan. Dalam mereka membesar, sedikit-sedikit saya akan ajar mereka membuat kerja-kerja rumah dan membantu saya dalam menjaga adik-adik. Begitulah kehidupan kami adik beradik dulu. Waktu emak sibuk bekerja, kakak-kakak lah yang menjaga saya di rumah.

Dalam melayan keletihan itu, mungkin ada hati-hati wanita yang sering merajuk kerana suami yang tidak dapat memahami keletihan dan kepenatan yang kita rasa. Ada kalanya mereka pulang dari tempat \kerja dengan keadaan yang sangat mahukan belaian dan perhatian kita sedangkan mereka tahu banyak lagi tugasan rumah yang kita belum bereskan, memandangkan kita juga bekerja.

Lelaki memang manja !

Namun, kita sebagai isteri yang pertama mestilah sedar, dalam apa pun urusan kita di dunia ini, selain dari menjaga ibadat kepada Allah, suami adalah segala-galanya. Ada yang mempersoalkan kepada saya mengapa perlu menghambakan diri untuk suami ?

Buat sekian kalinya, saya ulang lagi di sini, di akhirat nanti, sewaktu menghadapi timbangan, semua dosa dan pahala yang kita buat akan menarik suami kita ke syurga insyaAllah, atau neraka, nauzubillah. Nampakkan ? Raanya, agak jelas mengapa kita perlu menjaga suami. Benar, saya akui, suami yang baik akan menjadi pembimbing yang baik.

Tapi macam kita bercintalah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau sebelah pihak sahaja memainkan peranan, payah nak dapatkan hasil. Begini, jika kita buat pahala, suami kita yang kurang pahala nak ke syurga dapat kita bantu dengan pahala yg kita ada, TETAPI, jika dosa yg kita buat terlalu banyak, suami kita yang soleh pun boleh jadi ahli neraka kerana dosa-dosa kita itu, minta dijauhkan Allah !!

Jadi, jelas kan ?

Bik, bagaimana nak hadapi karenah suami dan anak-anak dengan keadaan kita yang letih dan penat? Payahnya nak mencari keikhlasan... mungkin kita akan merungut ?

Kita sambung cerita lagi lepas ni yer.....

3 jiwa yang tenang:

  1. yup.. betul tu.. tpi dpt suami yg rgn tulng satu anugerah juga..

    ReplyDelete
  2. syukur juga, walau bukan setiap hari membantu kita, tapi setiap hari cuba buat kita ceria.... sayangilah suami kita ♥

    ReplyDelete

Apa kata anda....