Sunday, November 25, 2012

OPS Expired !!

Hari minggu ni saya tak ke mana. Suami pun sibuk dengan aktivitinya sendiri, jadi apa aktiviti saya ?

Selain dari rutin harian, ada operasi khas hari ini.....apa ye ?

OPS Expired. Hari ini, saya nak semak semua stok-stok makanan yang tersimpan dalam kabinet. Dua hari lepas saya dah buat OPS Fridge. Sebenarnya operasi ni mesti dibuat setidak-tidaknya dua minggu sekali, setuju tak ? Kenapa ye?

Kita perlu prihatin dengan masalah tarikh luput ni. Sangat tidak bagus dan boleh membawa bahaya bila makan makanan yang dah terlepas tarikh luput. Saya tak mahu anak-anak atau suami "termakan" makanan yang dah luput ni. Nanti datang pulak penyakit.

Kalau rajin, setiap makanan yang di beli tu, diletakkan label sendiri. Bukan apa, takut label yang diletakkan hilang atau terpadam. Kalau tulis sendiri kan lebih jelas.......

Jadi, itulah aktiviti saya hari ini. Rasa macam nak susun balik perabot dalam rumah ni, tapi dah tak tahu nak susun macam mana, sebab, kalau di alih sofa dekat dengan tingkap, ada plak yang jadi spiderwoman nanti.

Okaylah, selamat berhujung minggu semua ye. Semak stok makanan anda !  ♥

Friday, November 23, 2012

Durian Crepe Oh Durian Crepe ♥



Setiap hari di FB, saya asuik ternampak gambar-gambar durian crepe ni...... demam FB'ers yg baru. Nak beli, malas. Bila saya cari resepi di internet, rupanya tak susah membuatnya....Kebetulan siang tadi, saya ke kedai runcit, ada pula durian dijual. Jadi, dengan gembiranya saya mencuba. Alhamdulillah, sedap rasanya. Anak-anak suka. :) Saya ada jumpa 2 resepi, terpulanglah anda semua nak cuba yang mana satu. Rasanya lebih kurang saja. selamat mencuba...♥

RESEPI PERTAMA
BAHAN2

250 gm tepung gandum
3 biji telur ( reen guna 2 biji telor gred A)500  ml santan                                                                            
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau untuk kulit berwarna hijau
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning

Cara : 
1) Satukan semua bahan & masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan
) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak reen guna minyak jagung sapu guna tissue 
4) Tuang 1 senduk ke dlm  non-stick pan.
5) Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam macam lenggok inul ye supaya cantik bulat
6) Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2 gitu .tak perlu terbalikkan
7) Ulang hingga adunan habis.

Bahan inti :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya.

 Cara :
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin


*********************************************

RESEPI KE DUA
BAHAN2
Durian.. Diambil isi sahaja
 50 gram tepung gandum..
1 penutup esen vanilla..
Pewarna
 1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor..
 3 sudu teh/kecil butter, kemudian cairkan..
160 ml air
40 ml susu cair / fresh milk
2 sudu besar gula halus / kastor

  CARA MEMBUATNYA :
campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula
  Kemudian.. tuang susu cair keatasnya..
 Kacau sebati dgn menggunakan whisker (pemukul tangan)
 Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor dikacau begitu saja,  bukan pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..
 Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
 Masukkan pula air.. kacau lagi..
Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..
 Masukkan pewarna.. ikut pilihan masing2
 sila tapiskan adunan tersebut sebelum di masak

 CARA MASAK CREPE :
 Sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn api yg kecil..
  Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..
 Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..
 Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..
  Bila dah masak, diangkat dengan berhati2 dan diterbalikkan ke atas bekas/pinggan.
Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. masak lagi sampai adunan abis..

BAHAN INTI :
 150 ml fresh cream../ whipping cream
Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.

 CARA MENGGULUNG CREPE :
Letak sesudu krim, 
Letak pula sesudu isi durian..
  Lapiskan semula dgn krim.. tak perlu tebal sangat, nanti susah nak balut..
  Lipat crepe anda, simpan dalam peti sejuk sebelum di makan……


Thursday, November 22, 2012

Kalau lelaki manja, perempuan lebih lagi manja ! ♥

Aduh penat lah bang...... dah letih dah kemas satu rumah, layan anak-anak...... hari ni saya nak tidur awal yer.....

Merajuklah si suami........Awas ye, jika suami minta untuk bersama dan kita menolak, kita berdosa dan dilaknat oleh malaikat seluruhnya hinggalah ke pagi atau sehingga kita minta ampun dari suami kita. Hmmm....saya paling tak mahu situasi ini terjadi.

Penat yang terlampau hingga tidak berdaya melayan suami itu adalah perkara normal jika sekali-sekala. Sumai yang normal akan menerimanya dan memahami keletihan isteri. Tetapi perlu diingat, bagi suami yang normal, sebenarnya, kalau boleh, setiap hari mereka berkeinginan untuk bersama. Aduh ! Mana nak cari kudrat tu ? Di pejabat sibuk dengan pelbagai kerja, balik masak lagi, baju belum berlipat, dapur belum mop.... suami oh suami !

Mungkin ia tidak apa-apa bagi isteri yang masih kuat, anak cuma satu dua, dan kebetulan punya suami yang ringan tulang. Tapi, bagi isteri yang sudah 30-an, anak berderet, ramai pula yang berat tulang, dan ada pula jenis suami yang tak ambil kisah langsung hal rumahtangga, mungkin rasa letih teramat sangat dan hanya fikirkan tidur yang panjang untuk meneruskan hari esok.

Lalu bagaimana kita mahu mengelakkan diri dari menjadi kemarahan suami hanya kerana tidak mampu memberi layanan yang terbaik ?

Ada banyak cara sebenarnya.... antara yang penting ialah kekuatan spiritual. Selalu berharap dan berdoa kepada Allah agar rasa cinta dan kasih sentiasa mekar dan hangat. Rasa cinta yang hangat akan membuatkan kita lupa lesu dan letih kerana baraan rindu yang meyala.

Selain itu, kesediaan fizikal juga amat penting, malah boleh dikatakan sama penting dengan kekuatan spiritual. Kita boleh amalkan pelbagai makanan kesihatan yang terlambak di pasaran. Selidik dan kaji ia, mengikut kesesuaian dan kebaikan yang ada. Namun haruslah berhati-hati memilih, agar tidak mendapatkan kesan yang tidak baik kepada kita.

Saya akui, saya juga pernah melalui saat-saat genting dan lesu. Namun semuanya pulih kini. Cinta yang kadang-kadang macam tak nampak, dah mula bercambah seperti mula dulu. Saya tidak mahu rahsiakan apa yang saya gunakan. Saya biasa mengamalkan pemakanan jamu, dan yang terkini, malah saya amat berpuas hati dengan hasilnya, iaitu pengeluaran dari Susuk Dara Resources. Produk-produk mereka amat berkualiti. Untuk mengetahu selanjutnya boleh ke http://anggun-yakin.blogspot.com/ atau Jamu Susuk Dara .

Percayalah, sebenarnya, semanja-manja suami, isteri lebih lagi mahu dimanja ! Cuma, kadang-kadang, kita hanya mahukan pelukan hangat dan ciuman kasih, bukanlah hubungan intim sahaja. Lelai juga ada masa-masanya mahu begitu... cuma mereka tidak boleh lama-lama, sebab akan jadi lain nanti... ^_^

Tapi mengapa tahap perkahwinan yang kadang kala masih muda, ada suami yang curang, "makan luar", dingin dengan isteri, balik hanya mahu makan dan tidur. Mahu jawapannya ? Kita cerita lagi lepas ni yer......

Lelaki manja lah ! Saya tak larat.......

Lelah sungguh rasanya bila seharian melakukan kerja rumah sambil memantau pergerakan anak-anak. Teringat semula waktu-waktu saya bekerja di pejabat. Brulang alik setiap hari bersama anak-anak dan kemudian bila pulang, sibuk pula dengan urusan rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain.

Terasa sangat penat menjadi wanita bekerjaya yang tidak punya pembantu rumah. Tapi, seperti saya sendiri, biar letih macam mana pun, saya tidak mahu ada pembantu rmah. Anak-anak saya semua perempuan. Dalam mereka membesar, sedikit-sedikit saya akan ajar mereka membuat kerja-kerja rumah dan membantu saya dalam menjaga adik-adik. Begitulah kehidupan kami adik beradik dulu. Waktu emak sibuk bekerja, kakak-kakak lah yang menjaga saya di rumah.

Dalam melayan keletihan itu, mungkin ada hati-hati wanita yang sering merajuk kerana suami yang tidak dapat memahami keletihan dan kepenatan yang kita rasa. Ada kalanya mereka pulang dari tempat \kerja dengan keadaan yang sangat mahukan belaian dan perhatian kita sedangkan mereka tahu banyak lagi tugasan rumah yang kita belum bereskan, memandangkan kita juga bekerja.

Lelaki memang manja !

Namun, kita sebagai isteri yang pertama mestilah sedar, dalam apa pun urusan kita di dunia ini, selain dari menjaga ibadat kepada Allah, suami adalah segala-galanya. Ada yang mempersoalkan kepada saya mengapa perlu menghambakan diri untuk suami ?

Buat sekian kalinya, saya ulang lagi di sini, di akhirat nanti, sewaktu menghadapi timbangan, semua dosa dan pahala yang kita buat akan menarik suami kita ke syurga insyaAllah, atau neraka, nauzubillah. Nampakkan ? Raanya, agak jelas mengapa kita perlu menjaga suami. Benar, saya akui, suami yang baik akan menjadi pembimbing yang baik.

Tapi macam kita bercintalah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau sebelah pihak sahaja memainkan peranan, payah nak dapatkan hasil. Begini, jika kita buat pahala, suami kita yang kurang pahala nak ke syurga dapat kita bantu dengan pahala yg kita ada, TETAPI, jika dosa yg kita buat terlalu banyak, suami kita yang soleh pun boleh jadi ahli neraka kerana dosa-dosa kita itu, minta dijauhkan Allah !!

Jadi, jelas kan ?

Bik, bagaimana nak hadapi karenah suami dan anak-anak dengan keadaan kita yang letih dan penat? Payahnya nak mencari keikhlasan... mungkin kita akan merungut ?

Kita sambung cerita lagi lepas ni yer.....