Saturday, May 12, 2012

Hubungan dan Amalan

Assalamualaikum..... Diharap semua sihat dan berbahagia serta sentiasa di berkati.  Semoga hubungan kita di dunia maya ini sentiasa mendatangkan perkara-perkara baik dalam kehidupan kita.

Dalam kehidupan kita, ini sentiasa ada perhubungan. Hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam, hubungan dengan Allah.

Kadangkala, kita nampak hubungan yang kita jalinkan kelihatan mudah. Jika tidak rapat, kita tidak fikir ia akan mendatangkan sebarang kesan. " Saya hanya kenal dia dari jauh, tidak secara peribadi. Bagaimana hubungan kami boleh memberi kesan kepada saya atau dia ? "

Ada banyak cara, mungkin cara pemakaian kita akan mempengaruhi cara pemakaian orang lain. Mungkin cara kita bercakap boleh mempengaruhi cara bercakap orang lain. Apa pun yang kita buat, akan ada hubungkait dengan pelbagai hubungan. Kita lihat seorang Chef terkenal di tv dari sebuah negara barat, kita minat pada bidang masakan dan kita mahu jadi hebat seperti dia, bukanlah kita kenal dengan dia secara peribadi, dan dia tidak langsung mengenali kita, namun kejayaannya memberi kesan dalam hidup kita.

Apa yang isteri pakai hari ini, bisa membuat suami lebih menyayangi hubungan atau semakin berenggang. Apa yang suami lafazkan kepda isteri boleh membuatkan si isteri rasa semakin disayangi atau tidak dihargai. Apa yang dilakukan seorang anak boleh membuatkan ibu bapa merasa bangga atau malu. Apa yang kita ucapkan boleh menimbulkan rasa senang atau susah di hati seorang sahabat.

Apa yang kita niagakan, boleh menjadi pelbagai cerita daripada pesaing dan pembeli. Apa yang kita pertontonkan kepada anak, boleh menjadi punca dia menjadi anak yang soleh atau tidak.

Perlu bagi kita perhati setiap tingkah laku kita. Orang suka cakap : "Kubur masing-masing."Namun untuk selesaikan jenazah kita nanti, kita perlukan orang lain kerana ternyata kita tidak mampu memandikan diri sendiri, memakai pakaian mati sendiri, masuk ke rumah sementara sendiri, dan ta mampu kita menutup rumah kita sendiri kerana jasad yang tidak lagi bernyawa.

Orang yang dah meninggalkan dunia memang tiada hubungan lagi dengan orang yang hidup, tapi hubungan yang pernah terjalin semasa hayatnya masih wujud. Dia mati, dia masih seorang ayah. Dia mati dia masih seorang abang, dia mati dia masih seorang suami, dia mati dia masih seorang adik, dia mati dia masih seorang sahabat, dia mati dia masih seorang hamba kepada PENCIPTANYA.

Apakah perbuatan kita semasa hayat kita akan meninggalkan kesan yang baik atau buruk kepada sekeliling kita ?

**poin di sini ialah, perbanyakkan lah amal kebaikan  kerana bila pulangnya kita kepada Allah, itulah bekalan kita yang akan membantu kita. Dalam kita berhubungan dengan sekeliling kita, tanpa kta sedar pelbagai amalan kita buat. Baik atau buruk ?


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....