Wednesday, March 14, 2012

Ya Allah............




لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya:

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Monday, March 12, 2012

PELANGI KU....HEHEHEHE

Saya teringin betul nak makan kek pelangi tu... tapi tak ada sesiapa pun yang sudi buatkan...ahaks! Akhirnya, saya berusaha juga buat sendiri...... dengan resepi yang saya dapat dari sini : 

http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html?spref=fb




BAHAN BAHAN

shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je )

4 sdk baking powder

1/2 sdk garam

1 cwn butter - suhu bilik

2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni )

5 biji putih telor - suhu bilik

2 sdk esen vanila

1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik

pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau


CARA CARA


1.Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.

2.Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .

3.Masukkan telur putih , pukul lagi sampai sebati n gebu .

4.Masukkan esen vanila

5.Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

6.Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.

7.Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.

8. Bole gune topping non dairy whipping cream , buttercream ,cheesecream atau apa yang kita suka.....

9.Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling.. saya lapiskan dengan cream cheese fosting....strawberry flavor just cukup tuk lekatkan dia je... x buat lebih... hehehehe (berkat org malas, dah penat sebenornya....)

Cubalah buat, seronok tau ! hehehe....anak-anak saya semua suka....... makan ikut warna....

A, B, atau C yang bersalah ?

ada satu kisah yg baru terjadi dikalangan teman2 saya:

lelaki A sudah berkahwin dengan B . A memulakan hubungan baru dgn sorang wanita C tanpa memberitahu dia sudah berkeluarga. Beberapa bulan kemudian rahsia bocor, dan A memujuk C utk teruskan hubungan, C setuju kerana dah sayang. A memberitahu kepada B yg dia ada teman wanita, dalam sukar B cuba terima, namun A selalu tidak jujur kepad B dan C. akhirnya, B tidak mampu menanggung, dia memberitahu keluarga A, dan C menjadi mangsa cacian. A langsng tidak mempertahankan C sedangkan dia yg bukan main lg bermadah cinta dan sayang.

C bersalah kerana terlanjur menyeyangi suami orang. B bersalah kerana tidak mahu berkompromi dengan suami. A bersalah BESAR kerana tidak tegas dengan keputusan yg diambil, tidak jujur, tidak bertanggungjawab.

kepada suami2 diluar sana, jika anda jujur dengan diri anda sendiri, insyaAllah, Allah permudahkan segalanya.