Wednesday, February 1, 2012

Semakin bertambah usia, semakin manja

Balik dari pejabat, belum pun sampai rumah, otak sudah ligat memikirkan apa yang perlu dibuat....apa yang perlu di masak, urusan pakaian lagi. Itu baru sedikit dari apa yang biasanya akan terfikir oleh seorang isteri. Dan bagi saya perkara yang paling penting ialah, makanan apa yang nak di hidang untuk suami. Jika suami tidak bersama saya sepanjang hari, perkara utama yang menjadi perhatian saya ialah, suami sudah makan ke belum. Namun, ada sedikit cerita yang buat hati saya terusik.

Beberapa hari yang lalu, suami saya ada urusan bersama teman-temannya. Saat saya ingin menjamah makanan sebaik pulang dari pejabat, saya menghubungi suami dan bertanyakan samada dia sudah makan atau belum. Ternyata dia sedang menikmati hidangan tengahari bersama teman-temannya. Lega sudah hati saya mendengarnya.

Sebaik pulang ke rumah, suami menceritakan kepada saya sesuatu.

"Kawan-kawan abang terkejut bila awak telefon semata-mata mahu tahu abang dah makan atau belum."

"Kenapa pula dia orang terkejut?"

"Dia orang semua kata, isteri dia orang tak pernah buat macam tu. Makan atau tidak, mereka di luar, bukan hal isteri."

"Astaghfirullahal'azim" Itu saja yang terlafaz di lidah saya. Kasihan.

Saya berfikir macam mana mereka rasa. Saya memang tidak boleh buang suami saya dari fikiran terlalu lama. Kecuali waktu sedang solat atau beribadat. Waktu lain, saya sentiasa fikirkan, suami sedang buat apa, suami dah makan atau belum, gembirakah dia di luar ? Dugaan apa yang dia hadapi semasa di luar tanpa saya ?

Bukanlah dengan adanya saya, dia akan ok sentiasa, itu semua kehendak Allah. Tapi, bila saya tahu semua keadaannya, saya akan lebih tenang, walau saya dalam keadaan marah, geram dengan suami. Maklumlah, sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi, saya tidak boleh buat tidak tahu. Dan pada saya, penting soal dia makan atau tidak.

Kalau dia tidak makan diluar, mungkin dia banyak berfikir, tak sempat atau tidak ada teman. Saya akan pastikan pula bila dia balik, makanan sudah tersedia. Risau saya bila dia tidak makan. Walau tidak banyak, makan lah benda-benda berat walau sedikit.

Saya masih tidak pasti apa perasaan isteri yang tidak peduli tentang suami. Tidak semua isteri yang sengaja berbuat begitu tetapi, ada segelintir yang begitu. Jika sekali sekala, saya faham, mungkin sibuk hingga tidak sedar wakt berlalu, tapi bagi saya, zaman canggih manggih ni, ada HP, ada iPhone, Facebook... macam-macam cara boleh berhubung dengan sekejap saja. DI hujung jari !

Perut anda kenyang, rupanya suami anda lapar di luar sana.

Kata anda : Siapa suruh abang keluar lepas tu tak mahu cari makan sendiri? atau

Kesiannya abang, abang nak makan apa balik nanti ?

Walau apapun, setiap orang ada alasan yang tersendiri. Apa yang pasti, setiap manusia ada perasaan, dan semakin bertambah usia semakin sensitif, hingga hal makan pun boleh mengecilkan hati........

Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita untuk memperbaiki kelemahan diri.

1 jiwa yang tenang:

  1. xlupa..cuma mungkin cara seseorang mengingati n menyanyngi suami berbeza..:0

    ReplyDelete

Apa kata anda....