Tuesday, February 28, 2012

Misteri bunyi lesung batu di pejabat..............

Selesai akhirnya saya menginstall semua software yang saya perlukan di pc saya selepas di upgrade tempohari. Sambil membelek-belek Facebook, rengekan Maisarah bermula. (Saya bekerja di pejabat sendiri dan membawa anak-anak saya semua ke pejabat.)

Saya mengambil Maisarah dan menyusukannya. Di luar mentarik memang panas terik. Tapi, suasana di sekitar pejanat saya memang sunyi, kerana jauh sedikit dari jalan besar. Sambil melihat update dari kawan-kawan, tiba-tiba saya terdengar bunyi lesung batu. Semakin kuat dan semakin racak. Ia datang dari arah ruang dapur pejabat. Malas rasanya mahu menjenguk ke dapur kerana Maisarah sedang enak menyusu.

Saya minta anak saya (melalui chatbox fb) melihat siapakah gerangan yang menumbuk sambal. Seperti yang telah saya jangkakan, Sayeeda yang mengetuk-ngetuk lesung batu di dapur ! (Dapur pejabat saya memang ada periuk, kuali, lesung batu untuk memasak, hehe)

Dahlah berada di tingka atas, bergema-gema bunyinya.... Kata Aiza (anak sulung), Sayeeda kata nak buang air, rupanya diasambung main masak-masak pulak.........

Hmmmm........ ada-ada aje Sayeeda ni ! Anak-anak mama penyeri hidup mama dan menjadi warna-warni yang mengisi hari mama !

Monday, February 27, 2012

Duggan itu indah....

Assalamualaikum..... terima aksih kepada yang amsih sudi berkunjung, dan maaf untuk kesekian kali kepada rakan blogger yang mana telah lama saya tidak berkunjung... 

Dalam kesibukan masa yang amat terhad, saya cuba juga mencari ruang untuk menulis. Kadang-kadang, hanya sempat klik pada butang new post, tapi, tidak sempat menaipkan walau satu perkataan sekali pun. Ada banyak perkara ingin saya kongsikan, tetapi akhirnya terpadam begitu sahaja. Sedikit-sedikit saya luahkan di Facebook. 

Hmmmm...bicara tentang facebook ni, ada peristiwa yang bagi saya agak 'menyayat hati'. Minggu lalu, akaun facebook saya tiba-tiba telah di "disable" kan oleh admin FB. Daripada pemberitahuan mereka, saya telah membuat satu post yang mempunyai gambar xxx. Fahamlah saya yang saya telah pun di "hacked". Habis semua senarai kawan baru dan lama yang telah terjalin silaturrahim. Agak pedih hati, kerana di situ ada senarai "potential customer " untuk perniagaan saya. 

Dugaan sungguh. Macam-macam yang saya lalui dalam bulan ini. Bulan hari lahir saya. Suami hanya mampu menghulurkan ucap selamat dan kemaafan, katanya tidak dapat menghadiahkan saya apa-apa. Dia tidak pernah lepas dari menghadiahkan saya sesuatu yang istimewa untung hari lahir saya. Namun, kerana dugaan yang kami lalui tahun ini, dia tidak dapat memberikan apa-apa. 

Kata-katanya itu buat saya terharu, dan bagi saya, itulah hadiah "termahal" dan paling berharaga darinya sepanjang kami bersama. Cukuplah kasih sayang dan kejujuran serta kepercayaan yang diberi olehnya selama ini buat saya. Itu sangat besar nilainya. Usia sudah banyak, bukan hadiah yang saya pinta, namun doa yang tulus agar cinta saya pada Rba akan menyatu dan mekar sentiasa. 

*Jangan lupa logout lepas guna facebook, blog, email atau yang sewaktu dengannya untuk elak di hack. Jangan suka gunakan fungsi "remember password" pada browser anda. Sama-sama jaga privasi kita

**Dugaan itu indah bila kita mampu mengatasinya dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Wednesday, February 1, 2012

Semakin bertambah usia, semakin manja

Balik dari pejabat, belum pun sampai rumah, otak sudah ligat memikirkan apa yang perlu dibuat....apa yang perlu di masak, urusan pakaian lagi. Itu baru sedikit dari apa yang biasanya akan terfikir oleh seorang isteri. Dan bagi saya perkara yang paling penting ialah, makanan apa yang nak di hidang untuk suami. Jika suami tidak bersama saya sepanjang hari, perkara utama yang menjadi perhatian saya ialah, suami sudah makan ke belum. Namun, ada sedikit cerita yang buat hati saya terusik.

Beberapa hari yang lalu, suami saya ada urusan bersama teman-temannya. Saat saya ingin menjamah makanan sebaik pulang dari pejabat, saya menghubungi suami dan bertanyakan samada dia sudah makan atau belum. Ternyata dia sedang menikmati hidangan tengahari bersama teman-temannya. Lega sudah hati saya mendengarnya.

Sebaik pulang ke rumah, suami menceritakan kepada saya sesuatu.

"Kawan-kawan abang terkejut bila awak telefon semata-mata mahu tahu abang dah makan atau belum."

"Kenapa pula dia orang terkejut?"

"Dia orang semua kata, isteri dia orang tak pernah buat macam tu. Makan atau tidak, mereka di luar, bukan hal isteri."

"Astaghfirullahal'azim" Itu saja yang terlafaz di lidah saya. Kasihan.

Saya berfikir macam mana mereka rasa. Saya memang tidak boleh buang suami saya dari fikiran terlalu lama. Kecuali waktu sedang solat atau beribadat. Waktu lain, saya sentiasa fikirkan, suami sedang buat apa, suami dah makan atau belum, gembirakah dia di luar ? Dugaan apa yang dia hadapi semasa di luar tanpa saya ?

Bukanlah dengan adanya saya, dia akan ok sentiasa, itu semua kehendak Allah. Tapi, bila saya tahu semua keadaannya, saya akan lebih tenang, walau saya dalam keadaan marah, geram dengan suami. Maklumlah, sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi, saya tidak boleh buat tidak tahu. Dan pada saya, penting soal dia makan atau tidak.

Kalau dia tidak makan diluar, mungkin dia banyak berfikir, tak sempat atau tidak ada teman. Saya akan pastikan pula bila dia balik, makanan sudah tersedia. Risau saya bila dia tidak makan. Walau tidak banyak, makan lah benda-benda berat walau sedikit.

Saya masih tidak pasti apa perasaan isteri yang tidak peduli tentang suami. Tidak semua isteri yang sengaja berbuat begitu tetapi, ada segelintir yang begitu. Jika sekali sekala, saya faham, mungkin sibuk hingga tidak sedar wakt berlalu, tapi bagi saya, zaman canggih manggih ni, ada HP, ada iPhone, Facebook... macam-macam cara boleh berhubung dengan sekejap saja. DI hujung jari !

Perut anda kenyang, rupanya suami anda lapar di luar sana.

Kata anda : Siapa suruh abang keluar lepas tu tak mahu cari makan sendiri? atau

Kesiannya abang, abang nak makan apa balik nanti ?

Walau apapun, setiap orang ada alasan yang tersendiri. Apa yang pasti, setiap manusia ada perasaan, dan semakin bertambah usia semakin sensitif, hingga hal makan pun boleh mengecilkan hati........

Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita untuk memperbaiki kelemahan diri.