Sunday, January 1, 2012

Kisah dan harapan

Penguhujung 2011 memberikan pelbagai dugaan dan cabaran buat saya dan keluarga. Syukur kerana kami masih berada di landasan yang sepatutnya. Rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang 2011 mengajar saya untuk lebih mendalami illmu mencintai Allah. Perjalan yang sangat-sangat berliku saya syukuri kerana darinya saya telah mengenali siapa diri saya sebenarnya.

Kisah cinta, kisah anak-anak, kisah perniagaan, kisah keluarga, kisah rakan-rakan, kisah saudara-mara melengkapi diari 2011. Kisah yang penuh dengan pelbagai warna.

Dugaan antara saya dan suami nampaknya telah membuahkan kasih sayang yang semakin mendalam dan kesetiaan yang berpanjangan. Dugaan dari ragam anak-anak memberikan banyak pengajaran kepada kami sebagai ibubapa. Dugaan kepada dunia perniagaan hanyalah menjadikan kami lebih tabah dan yakin bahawa rezeki itu ada pelbagai bentuk dan datangnya dari Allah swt.

2012 yang sudah bermula, akan kami siapkan hati dengan tingkat ketabahan dan kesabaran yang kuat serta berbekalkan semgant yang jitu untuk menghabiskan sisa-sisa dugaan 2011 yang belum dapat diselesaikan. Seterusnya akan kami perkuatkan lagi ketahanan diri dan hati kami dengan uian dan dugaan yang bakal tiba.

Ya Allah, Ya 'Alim, entah bila masaku tiba hanya Kau yang tahu, Aku pohon ya Allah, bebaskanlah aku dari hutang-piutang di dunia sebelum aku pergi menghadapMu. Ya Allah Ya Wadud, Kau hadirkanlah rasa rindu kami kepada Mu disetiap saat, agar kami tidak lupa untuk mengingatimu disetiap nafas kami, dan di setiap detak jantung kami. Ya Allah Ya Malik, Kau yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, pinjamkan sedikit daripada kepunyaanMu untuk kami menjalani hidup selagi kami bernafas. Ya Allah Ya Rahman, Kau limpahkanlah kasih sayangMu kepada kami agar kami terus mencintaiMu dan berkatilah kami serta redhailah kami Ya Allah.......

1 jiwa yang tenang:

  1. selamat tahun baru,moga tahun ini makin baik dr tahun sebelumnya O.o

    ReplyDelete

Apa kata anda....