Wednesday, January 25, 2012

Kemalangan di dapur

Ramai lagi yang masih bercuti ke ? Semoga selamat hendaknya semua.....baik di rumah atau diluar.

Saya doa semoga selamat sebab teringat peristiwa semalam. Semalam saya menggoreng telur ikan untuk hidangan tengah hari. Baru nak membalik-balikkan terlu ikan itu, ia meletup dan terkena muka saya, dan bibir saya. Apa lagi, saya terus ambil sabun cuci pinggan dan cuci bahagian terkena minyak sehingga tidak ada minyak lagi.

Kemudian saya sapukan minyak NUFERA (minyak kelapa dara), itu ajelah yang sempat saya ingat sambil nak ingat telur ikan dalam kualai, Maisarah yang tiba-tiba menangis........Kalut!

2 jiwa yang tenang:

  1. banyak lagi kemalangan di dapur kan
    terhiris pisaulah, tercucuk duri ikan pun kemalangan jugak

    pernah akak tercucuk duri ikan merah terus rejek ikan tu di rumah
    sampai sekarang tak beli dah

    ReplyDelete
  2. huhuhu..... tu la kan.... bertarung je hari2 kat dapur tu...

    ReplyDelete

Apa kata anda....