Saturday, January 28, 2012

Apam polka dot ku menjadik !! hehehe




Hehehe.... teringin sangat nak buat sendiri, tapi tak sempat nak cari bekas kuih lompang. Adapun di rumah saya ni bukanlah cukup sangat bahan membuat kuih muih kalau tak pergi mencari......Tengoklah, pelbagai corak kan ? berebut dengan Maisarah yg menangis... tak ber polka dot pun ! huhuhu...Masa mama nak masak je dia nangis....adehhlaaa......

nak resepi ?


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa anda  (yang ni saya guna kaya jer...itu aje yang dapat )
pewarna


Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas itu, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Kemudian, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
(saya guna plastik aje, tak ada piping beg bagai!)
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
 - mangkuk kertas tu yg kecik-kecik yang biasa buat kuih sarang semut etc tuk raya tu kan.... letak dalam bekas kuih lompang tu supaya dia kembang cantik ikut bentuk mangkuk kertas tu.....
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Resepi ni saya dapat dari hasil mencari di google, dan semua hasilnya memberikan resepi yang sama........cubalah! bukan susah sangat, dan sangat sedap pula tu !

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....