Sunday, December 25, 2011

Putus cinta tak mengapa !

Sebulan dua ni, ramai kenalan yang mengadu tentang putus cinta. Lepas seorang, seorang lagi. Semua ceritanya sedih-sedih belaka. Yelah cerita putus cinta, tentulah sedih kan.....

Ramai daripadanya lelaki. Ditinggalkan teman wanita yang dah diletakkan sebagai bakal suri di dalam hati. Bila sebelah pihak bersungguh, sebelah lagi pula yang tak pasti. Mengapa kes putus cinta ni berlaku ? Apa yang saya lihat, ada beberapa sebab. Antaranya :

Cuba-cuba.
Usia yang muda membuatkan hati mudah rasa teruja. Tanpa menyedari ia mampu menghiris hati pihak yang satu lagi bila hati dah jemu.

Mangisi kekosongan hati
Sekepas ditinggalkan kekasih lama, kebiasaannya hati mudah berasa sunyi. Kehadiran orang baru membuatkan diri rasa seronok kerana ada peneman. Sayangnya, di dalam hati sebenarnya tidak benar-benar serius dengan hubungan tersebut. Bila pasangan mengajak untuk ke langkah yang setersunya, baru timbul kesedaran yang dia tidak benar-benar suka.

Tidak terima kekurangan dan tidak mahu berubah
Benar-benar cinta, tetapi, ada sifat-sifat pasangan yang tidak dapat diterima. Tidak menepati citarasa. Rela melepaskan cinta asalkan tidak terseksa. Maing-masing tak mahu berubah.

Hmmm...... sebenarnya, banyak lagi sebab yang kita boleh senaraikan. saya pernah juga bincangkan dalam post saya yang lalu, Cara dan doa hadapi kecewa dan putus cinta. Sebenarnya, semua perkara di atas tidak akan terjadi jika berbalik mengikut Islam. Bagaimana ?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." Inilah yang perlu kita praktikkan. Bukan diaplikasi kepada wanita sahaja. Wanita yang ingin menerima jodoh juga, boleh menggunakan hadis ini sebagai rujukan.

Orang akan kata, mana ada lagi perempuan / lelaki macam tu sekarang...kalau ada pun susah nak jumpa. Betul. Tapi kita nak atau tak ? Untuk dapatkan yang baik, persiapkanlah diri kita. Layakkah kita mendapat seorang yang baik tetapi kita sendiri tidak baik. Terjagakah dia nanti ?

Bukan boleh kita terus menjadi orang yang alim atau warak. Untuk menjadi alim, perlu terus-terusan menimba ilmu. Untuk menjadi warak, Allah sahaja yang tahu. Itu semua memang bukan di bawah kekuasaan kita. Namun cukuplah niat kita mahu menjadi muslim/muslimah yang baik. Disertakan pula dengan perbuatan dan pemikiran yang menjurus ke arah mencari keredhaan Allah. Allah pasti memberikan yang selayaknya untuk kita.

InsyaAllah, buat adik-adik akak dan kawan-kawan yang putus asa kerana cinta, itu tak mengapa. Asalkan kita tidak berputus asa mendapatkan kasih sayang Allah. Mencari redha Allah lebih utama dari mengejar cinta manusia. Percayalah kepada Allah. Itulah rukun iman kita yang pertama. Maka wajiblah kita percaya sepenuhnya bila kita mengaku sebagai hambaNYA.

Wallaualam.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....