Friday, December 30, 2011

Isteri pun kena ada ilmu berpoligami ?

Hari ni kita cerita tentang poligami.

Suami yang mahu berpoligami kena ada ilmu poligami. Begitu juga isteri. Kenapa ? Perlu ke ?

Ya, perlu. Sebagai isteri yang dipoligamikan oleh suami, kita perlu tahu hak kita, hak suami dan hak madu kita, juga hak anak-anak. Kita perlu tahu bagaimana menjaga kerukunan rumah tangga. Kita tidak boleh membabi buta marah-marah dalam setiap hal.

Apa-apaun dalam perjalanan hidup kita, perlulah berbalik kepada Allah. Rujuk semula rukun iman. Rukun iman yang terakhir ialah percaya kepada hari kiamat. Jika kita percaya hari kiamat, kita pasti tahu, setiap apa yang kita lakukan akan dikira dan dihisab nanti di depan Allah SWT yang maha adil lagi maha mengetahui.

Jadi, jika kita cintakan Allah, kita cintakan suami kita, tentu kita mahu menjadi yang terbaik kan ?  Bila kita faham tanggungjawab sebagai seorang muslimah, maka akan terlaksanalah dengan baik tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ia tidak akan menjadi sempurna, kerana manusia tiada yang sempurna, tapi ia adalah usaha kita yang terbaik buat diri kita dan keluarga kita.

Jangan pernah salahkan hukum yang membenarkan poligami, kerana ia datang dari Allah SWT. Yang membuatkan poligami nampak teruk dan berimej buruk ialah pengamal poligami itu sendiri.

Suami perlu mendalami ilmu poligami dan mengajar kepada isteri. Jika si isteri dapati suami jahil tentang cara poligami tapi tetap mengamalkan poligami, dapatkanlah nasihat dari yang berkenaan, seperi ustaz/ustazah yang baik, jabatan agama, alim ulama.... dan yang terbaik, dalami sirah poligami Rasulullah..... Jika isteri mapu bertolak ansur, suami juga mudah beri keadilan. Jika suami bersikap telus dan jujur, isteri juga insyaAllah mampu beri kerjasama yang baik.

Pemahaman ilmu poligami bukanlah hanya untuk isteri pertama sahaja. Ia perlu difahami oleh setiap isteri.

Pesaan kepada kaum suami :  Jika mahu berpoligami, perkara yang perlu diingat ialah, "di akhirat kelak, lelaki yang menanggung isteri, anak-anak dan saudara perempuannya.

Pesanan kepada kaum isteri : Jangan terus marah-marah bila suami minta izin kahwin lagi. Untung dia mahu minta izin daripada sembunyi. Untung juga kita kerana diberi hari rehat oleh suami selepas itu. Fikirkanlah yang positif, bukan yang negatif sahaja.

Ya, setiap kita pasti mempunyai impian di hari pernikahan, iaitu untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat tanpa ada gangguan dari pihak lain. Tapi siapa tahu rancangan Allah SWT ? Masa yang ada untuk suami, hargailah sebaik mungkin.......

3 jiwa yang tenang:

  1. berpoligamilah untuk kesejahteraan. hidup poligami( sorang pun belum jumpa lagi.hehe)

    ReplyDelete
  2. milo : persediaan tu.... kot tiba2 kena sain borang, x delah terkejut sangat, huhuhu

    Al-Qasam : hehehe.... x lama lagi la tu.....

    ReplyDelete

Apa kata anda....