Thursday, December 8, 2011

DUIT! DUIT! DUIT!

DUIT. Penting sangat ke duit ? Kalau kita lihat dari kita lahir, sampai sekarang, semua gunakan duit. Baju-baju yang kita pakai, makanan yang kita makan, tempat tinggal kita, pelajaran... semua memerlukan duit. Bukan mudah nak kata yang duit tak penting dalam hidup.

Di malaysia ni, kalau kita tidak berduit, apa yang boleh kita makan ? Bila tidak berduit, tentulah tidak ada tanah sendiri. Yelah, kalau ada tnah sendiri, boleh juga buat cucuk tanam untuk makan sendiri sekurang-kurangnya. Kalau menjadi, boleh di jual untuk cari pendapatan lebih.

Mahu ke hidup bergelap ? Sanggup ke tinggal di hutan ? Ambil air di sungai ? Duit itu satu keperluan yang sangat mustahak. Dengan duit macam-macam boleh jadi. Kerana duit pun, macam-macam boleh tak jadi.

Bila jadi hamba duit, kita tidak akan rasa cukup dengan duit yang kita ada. Bila kita sedar duit itu hanyalah keperluan dunia yang sementara, kita pasti tenang bila di duga dengannya.

Kalau di duga dengan duit, mampukah kita bertahan ? Masa kita senang dan berduit, orang pinjam duit kita. Bila tiba kita susah, si penghutang tidak dapat pula memulangkan duit kita. Kita boleh buat apa ? Tak kan nak jadi Ah Long ? Masa susah, bukannya boleh tiba-tiba kita minta sedekah. Kudrat empat kerat yang Allah beri masih ada. Diusahakanlah apa yang boleh. Kemampuan tu, mintalah dari Allah.

Yang jadi sedih, bila suami dan isteri berpisah kerana duit. Keluarga kucar kacir kerana duit. Seharusnya kita malu pada Allah. Kita patut sedar, sepatutnya kita yakin dengan Allah. Yakin yang sebenarnya, tanpa duit kita boleh hidup. Itulah sifat orang yang zuhud. Orang yang tidak memandang harta dunia.

Orang akan kata, "Mana boleh hidup kalau tidak ada duit zaman sekarang ni ?"

Allah itu Maha Segala-galanya. Dia ada cara tersendiri, yang kita makhluk tidak mungkin faham. Ya, saya akui, kita sangat perlukan duit, untuk meneruskan urusan di dunia. Tapi, untuk menempatkan diri di tempat yang baik di akhirat, bukan duit, tapi keyakinan kita kepada Allah itu penting.

Terpulanglah kepada penerimaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....