Saturday, December 24, 2011

Bab malu.

Bila kita cerita bab malu ni, ia sebenarnya sangat luas. Biasa kita akan ajar anak-anak kecil yang berlari ke sana ke mari dengan tidak berpakaian dengan cara begini :

"Eeee...tak malu.... nampak tuu.... Tak malu....."
Dari kecil dah di ajar tentang malu. Tapi tidak diajar sehingga tamat ilmu malu itu.

Malu bila buat salah, malu bila kena marah, malu bila baju tak cantik, malu bila dipanggil bodoh, malu bila dihina, malu bila dikutuk. Itu semua sebenarnya perkara kecil yang datang bila kita tidak malu kepada satu perkara yang besar iaitu :

Malu kepada Allah dan diri sendiri.

Bermulalah dari awal. Malu kepada Allah. Allah sentiasa melihat kita. Sebelum berbuat sesutu kesalahan, malulah dulu kepada Allah. Bila kita benar-benar dapat rasa persaan MALU KEPADA ALLAH, yang lain-lain akan datang dengan sendirinya. Tidak perlu kita risau, ia pasti dikawal selia dengan baik oleh Allah.

Malulah bila kita tidak menutup aurat. Malulah bila kita tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada Allah. Malulah bila kita berbohong. Malulah bila mencuri. Malulah bila melawan orang tua. Malulah bila berkasar dengan suami. Malulah bila terlebih marah kepada anak-anak. Malulah dalam segala hal. Malu itu sangat penting untuk membentuk peribadi muslim.

Malu itu adalah pakaian wanita. Jadi, kita kaum wanita, perlu menghayati malu dalam ertikata sebenar.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....