Tuesday, December 6, 2011

Aku Ingin Pulang PadaMU

Pagi ini,
Ku tatap wajah suami tercinta,
tergambar kepenatan, keletihan mengharungi hidup seharian,
aku sendiri lelah menghadapi semua,
aku seakan ingin pergi jauh dari kenyataan,
ingin berbulan madu bersama suami,
meninggalkan segala nyata dan bergembira.

Tapi indahnya jika ia adalah untuk selamanya,
kerana pasti kita akan kembali dari mimpi,
dan segala yang ditinggal tadi kembali,
meminta masa, pengorbanan, pengertian, KESABARAN,
penelitian, perhatian,
dan segala kudrat yang ada.

Ya Rabbi,
Kadang kala,
airmata ini tiba-tiba jatuh berderai,
dan tidak dapat dihentikan,
kerana tidak terdaya menanggung cubaan,
ingin melepaskan berat yang tersekat di dada,
perasaan meronta-ronta seakan ingin menjeritkan kekecewaan.

Ya Allah,
Ampunkan aku
kerana aku seakan penat menerima dugaanMU.
aku sedar,
KAU hanya menduga hambaMU dengan dugaan yang mampu kami tanggung,
Aku seharusnya bersyukur,
Kerana sayangMU masih ada padaku,
Namun saat ini,
aku benar-benar rasa tidak mampu,
tidak tertangung,
Mungkin kerana EGO aku sendiri.

YA ALLAH YA RAHMAN,
Amat mudah mengucapkan,
Namun terlalu sukar melaksanakan.
Pinjamkan aku kesabaran,
buangkanlah rasa cinta dunia yg masih manggunung ini,
Kerana aku pasti,
Cinta padaMU sahaja yang memberi balasan indah,
dan aku juga amat pasti,
masih jauh lagi untuk aku mencapainya,
KAU bawalah aku ke dalam cintaMU ALLAH,
Padamkanlah titik hitam dihatiku,
Aku ingin segera pulang padaMU,
Selepas selesai semua urusan yang KAU amanahkan kepadaku.

Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Latif.............

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....