Tuesday, August 2, 2011

UNTUK APA KITA BERPUASA ?

Ramai yang akan tafsirkan berpuasa ni untuk menahan diri dari makan dan minum dan menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.........

Tapi ramai yang lupa puasa ni sebenarnya adalah masa untuk kita menundukkan nafsu yang sangat besar dalam diri kita...... Banyak lagi perkara yang kita kena perhatikan......

1. Tahan nafsu makan dan minum

Bukan aje waktu siang hari (tidak boleh makan dan minum) tapi masa berbuka dan sahur.... Biasanya yang susah nak kawal masa berbuka lah, kan ? kalau pergi bazar tu, semua nak. kalau anak ada 5 orang, 5 jenis makanan ada atas meja... tu belum lagi air yang macam-macam warna, silap-silap, maghrib pun hujung-hujung waktu (ada yang tak sempat !) yelah, sibuk layan makanan yang penuh atas meja tu!

2. Tahan lidah, tangan dan kaki, lindungi mata

Tahan lidah dari berbicara perkara yang tidak elok, bercakap kasar, mencaci maki, mencarut marut, mengumpat, ucapan berahi kepada bukan muhrim, dan macam-macam lah. Tahan tangan dari melakukan perkara yang maksiat. Tahan kaki dari melangkah menuju ke tempat-tempat maksiat, atau tempat yang menyebabkan nafsu tidak terkawal (contohnya: jualan murah !). Melindungi mata dari melihat, membaca, perkara-perkara maksiat dan haram.

3. Tahan hati dan fikiran

Tahan hati yang selalu "sakit". Didik hati jangan berdendam, jangan dikuasai amarah, dan jangan busuk hati. Tahan fikiran dari berfikir perkara-perkara yang kotor. Jangan berfikir untuk melakukan maksiat, dan jangan berfikir untuk menghabiskan duit untuk raya sakan.... itu nafsu tu.....

4. Mendidik khusyuk dalam solat

Semasa hari biasa (bukan dalam bulan ramadhan), kita suka salahkan syaitan bila kita tak khusyu solat. Dalam  bulan ramadhan ini lah masa terbaik untuk kita didik diri kita mencari khusyu dalam solat. Kita hanya memerangi nafsu yang kita sendiri didik sebelum ni... tiada lagi alasan.... Carilah penyelesaian.....

Sebenarnya banyak lagi kelebihan bulan ramadhan ni.... kita cerita lain kali ye.... Semoga saya pun berjaya mengawal nafsu dan menahan diri dari perkara-perkara di atas. Siapa yang berpeluang buat solat terawih tu, jangan sia-siakan ye ! Ramadhan bulan penuh barakah ! Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....