Monday, July 25, 2011

CONFIRM KE MASUK SYURGA ?

 Itulah antara ayat yang pernah didengarkan di telinga saya.... Bila ayat tu di sebut? oleh siapa ?

Disebut oleh seorang gadis yang tak bertudung kepada seorang gadis yang bertudung, dan diceritakan kepada saya oleh seseorang.

Sebenarnya, itu adalah antara perkara biasa yang terlintas di fikiran hamba-hamba Allah yang tidak berfikiran jauh.

Sedarlah. Mentutup aurat itu adalah kewajipan. Menutup aurat pula tidak memberi kita jaminan masuk ke syurga. Tetapi, jika kita melakukan apa sahaja dalam dunia ini kerana Allah, kita pasti tidak fikirkan syurga atau neraka. Kita cuma fikirkan dan harapkan keredhaan Allah sahaja.

Habis tu ? Tak nak masuk syurga ke ? Mungkin ada yang tertanya-tanya.

Setiap perkara yang telah diperintahkan seperti solat, puasa, zakat, pergi Haji ke Makah, menutup aurat, menuntut ilmu dan lain-lain akan menjadi ibadat jika kita melakukannya kerana Allah. Malah, setiap pekerjaan baik yang kita lakukan, jika diniatkan kerana Allah, juga akan jadi ibadat. Ke syurga atau tidak jika kita berniat begitu ? Semuanya atas izin Allah SWT.

Allah sahaja yang berhak menentukan siapa yang akan ke syurgaNYA dan siapa pula yang akan ke nerakaNYA. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.


Berapa banyak pahala yang kita dapat, ke syurga mana yang akan kita pergi, berapa banyak dosa yang telah kita kumpul, dan adakah kita akan menjadi penghuni neraka...... itu semua dalam lingkungan pengetahuan ALLAH SWT. Tak perlu kita persoalkan. Kita sebagai hambanya hanya ditugaskan untuk beribadat dan bersyukur, serta menjadi khalifah yang membawa islam di bumi Allah ini.


إِنَّ صَلَاتِيۡ وَنُسُكِيۡ وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِيۡ لِلَّهِ رَبِّۤ ٱلۡعَالَمِيۡن

Ya Allah, sesungguhnya solatku dan ibadahku, dan hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam.

Bukankah itu yang kita baca setiap hari dalam solat kita ? Hayatilah ayat itu dengan sebenar-benarnya.

Allah telah mengajar kita bagaimana menjadi hambaNYA yang terbaik di dalam solat kita. Setiap perkara yang dilakukan, atau perkataan yang kita lafazkan, biarlah kerana Allah.

Ya Allah, aku tidak layak untuk syurgaMu, namun tak upaya menghadapi api neraka Mu..........

4 jiwa yang tenang:

  1. semoga kita semua ditempatkan ke syurgaNya :)

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua mendapat keredhaanNYA...

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang disebabkan nak menyedapkan hati dan ingin melepaskan diri dari angapan buruk org terhadapnya, kebayakkan orang yang tak bertudung dengan alasan2 yang remeh..seperti tanya soalan cam dalam entri awk..

    ReplyDelete
  4. tu lah.... kita kena berhati2 dgn apa yg kita cakap...... kadang2, org2 yang cakap macam tu, dia tak sedar apa yg dia cakap tu, kalau tersalah cakap, boleh memesongkan aqidah.... semoga kita semua dilindungi dr perkara macam tu, dan semoga yg sentiasa mendapat hidayahNYA....

    ReplyDelete

Apa kata anda....