Saturday, June 11, 2011

HORMAT TETAMU & ELAK NUSYUZ : kesinambungan dari entri lepas.



Memang tidak ada kaitan antara layanan tetamu dengan isteri nusyuz. Tapi, bagi sesiapa yang ada baca entri ini, anda akan faham kenapa saya buat tajuk yang tak ada kaitan ni.

Menyambut, melayani dan menghormati tetamu.

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik.



Sabda Rasulullah S.A.W : 


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah bercakap baik ataupun diam. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah menghormati  jirannya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya. "

 (HR : Bukhari dan imam Muslim )




Firman Allah SWT yang bermaksud : 


“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” 


( adz-Dzaariyaat : 24-27).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.”


Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. Menghormati tetamu itu boleh membantu kita menutup aib keluarga kita dan ibu bapa kita. Orang tentu akan terfikir , mungkin begitulah didikan oleh keluarga mereka....... Jadi, elakkankan dari menjadi punca buruk sangka orang lain.

Cara pertuturan dan layanan antara suami isteri

Pertuturan yang kasar dan tidak beradab boleh menyebabkan seorang isteri itu dikelaskan sebagai isteri yang nusyuz. Suami berhak menerima layanan yang baik dan berhak mendengarkan perkataan yang baik dari isternya. Sedangkan dalam islam sendiri menuntut sesama muslim bertutur dengna penuh kesopanan dan menghormati perasaan satu sama lain.


Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :


 Sabda Rasulullah SAW:
"Dan ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam Neraka (diantaranya) ialah wanita yang kotor atau jahat lidahnya terhadap suaminya." 



“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengomil meminta belanka (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.”
(HR : Ahmad dan Abi Hurairah)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"................................................. dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah : 228
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Ruum : 21)
Bagaimana pula jika orang lain mendengar kata-kata kasar dair seorang isteri kepada suami atau sebaliknya ? Ia merupakan satu perbuatan yang membuka aib rumahtangga. Membuka aib orang lain. Dalam islam juga menutup aib sesama sendiri adalah dituntut apatah lagi sesama keluarga atau suami isteri.
"Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat.” 
(HR : Bukhari dan Muslim)

Sedarkah para suami, sekiranya anda semua membiarkan isteri anda bersikap kasar, kurang ajar, tidak menutup aurat, tidak bersifat malu dengan orang yang bukan muhrim atau orang luar, membiarkan anda dipandan gdengan aib dan macam-macam lagi, iakan meletakkan anda dalam golongan lelaki yang DAYUS ? Tahukah anda bahawa dayus itu berdosa besar ? (untuk maklumat mengenai dayus, sila klik sini. atau sini)




** Seperti biasa, saya mohon maaf jika tersilap cara atau bahasa. Saya cuma ingin kita sama-sama beringat. Kadang-kadang kita lupa. Bila kita tersilap, kita boleh perbaiki kesilapan hanya jika kita tahu dimana kesilapan kita. Sambil mengupasa topik-topik dalam blog ini, saya telah menemui perkara-perkara yang saya tidak tahu. Alhamdulillah, semoga kita boleh berkongsi ilmu.

2 jiwa yang tenang:

  1. ye, itulah yg selalu pakcik akk ingatkan dulu......

    ReplyDelete

Apa kata anda....