Tuesday, June 7, 2011

BUAT BODOH + GARANG + BISING : KOMBINASI YANG MEMENINGKAN KEPALA ....



Sambil duduk-duduk berfikir nak makan apa hari ini, saya teringat satu peristiwa. Saya masa tu berada di rumah orang lain yang menjemput saya dan keluarga makan-makan. Ada jamuan hari lahir anak mereka. Anak mereka yang kecil sekali. Anak-anak yang lain dah besar. Dah ada anak dah......... Anak beranak ni datanglah, tolong masak dan sediakan makanan. Majlis itu akan berlangsung pada malam hari.

Situasi 1 ( perempuan yang macam eksen/berlagak) :

Saya sedang duduk melihat anak-anak saya bermain-main, salah seorang anak tuan rumah sampai dan di sambut gembira oleh adik beradiknya yang lain. Dia naik ke rumah, melihat saya sekali imbas, dan terus buat tak tahu berbual di hadapan saya tanpa menghiraukan saya yang cuba senyum dan hampir menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun saya cuba juga senyum dan berusaha buat "eyecontact" untuk mendapatkan balasan, dia buat dek aje.... Sehinggalah bapanya menyebut nama suami saya (yang masa tu ada urusan lain dan akan kembali sebelum majlis bermula), barulah dia tanya, oh dia datang eh ayah ? Dengan pantas saya cakap, "saya ni orang rumah dia." Barulah dia nak pandang muka saya. Dan kemudian berbual sedikit. Kalau tak, buat bodoh aje.....

Situasi 2 (isteri garang) :

Sambil menunggu tu, saya terdengar (walau dah elak, tetap terdengar, tak boleh nak tutup telinga), salah seorang anak perempuannya yang baru sampai, memanggil suaminya dengan cara yang amat kasar. Biasanya saya dengar atau lihat di kaca tv saja. Belum pernah saksikan secara "live" lagi aksi macam ni. Bagi saya ini satu pengalaman yang "mengerikan". Begitulah sepanjang saya berada di situ, belum lagi saya dengar dia memanggil suaminya dengan nada hormat atau penuh kasih sayang. Tidak terdengar "abang", "sayang", atau sekurang-kurangnya "awak". Yang saya dengar cuma :

Hoi / orang tua ni / orang gila / razak (bukan nama sebenar)

dan ayat-ayat seperti :

hishh... lembab betul lah orang tua ni / pekak ke apa dia ni...

Macam-macam lagilah..... tak tersimpan pula dalam memori saya. Bila saya dengar semua ayat-ayat atau perkataan yang digunakan, jantung saya macam tersentap, otak saya rasa macam terkejut dan macam-macam lagilah perasaan yang bercampur baur. Ia buat saya rasa tak selesa.

Situasi 3 :

Selepas tamat menonton satu vcd, saya rasa macam lega sikit. Sebab, dalam keadaan yang agak "mentensionkan" itu macam penat pulak tengok cerita yang entah apa-apa. Tiba-tiba, si isteri garang tadi pasangkan pula vcd karaoke dangdut dengan volume yang tak boleh diterima oleh gegendang telinga saya. Dahlah jiwa saya ni tak boleh terima lagu-lagu dangdut indonesia, lebih-lebih lagi dalam keadaan resah gelisah macam tu, ades! Terus saya cabut, dan duduk bersantai di luar.

Jadi sepanjang masa nak tunggu majlis tamat, saya rasa nak balik sangat. Memandangkan tuan rumah adalah antara kawan lama suami yang baik dengan dia, saya hormatkan juga suami, dan tak ada sebut sepatah kata pun, "jom balik bang...". Yelah, nanti kalau kawannya kecik hati, kesian suami saya pula. Banyak lagi perkara yang buat saya rasa "oh! Kenapa aku harus saksikan dan dengar semua ini ?!"

Suami saya yang kemudiannya sampai setelah urusannya selesai, dah mula tanya bila nak makan, kerana dia sudah mula rasa tidak selesa dengan macam-macam lagi situasi yang saya dah malas nak cerita. Padahal dia baru sampai dalam setengah jam. Jadi, bila sudah dijemput makan, kami makan dan balik selepas bersalaman. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada tuan rumah kerana hidangan yang mengenyangkan dan sedap.

Cuma, kesimpulannya, saya rasa tak selesa sangat sepanjang berada di sana kerana banyak sangat kelakuan, perkataan, percakapan, sikap, yang kononnya menunjukkan mereka keluarga yang tak kisah, sempoi, sporting sedangkan banyak sangat kelemahan yang boleh diperbaiki.

Bukan saya kata saya lebih baik daripada mereka, tapi mungkin bahasa kasar yang mereka biasa guna tu boleh diselindungkan dihadapan tetamu. Tanpa sengaja, mereka telah membuka keaiban mereka sendiri.

Saya bukan hendak mengaibkan mereka, cuma saya nak kita semua ambil iktibar dari peristiwa yang saya lalui. Banyak persoalan yang timbul dalam kepala saya, seperti :
  • Mengapa tidak menghormati tetamu ? (saya bukannya minta layanan VVIP)
  • Kenapa kasar sangat bahasa dengan suami? Tak tahukah itu semua dosa ?
  • Tak perlulah tayang "kegarangan" anda di hadapan orang luar... bukankah itu mengaibkan suami ?
  • Mengapa suami tak tegas dan biarkan isteri berkasar macam tu ?
  • Kenapa boleh hidup dalam keadan yang sangat "bising" ?
*Maaf jika ada perkataan yang tak sesuai saya gunakan, cuma saya nak kita sama-sama fahami situasi-situasi di atas. Saya cuma doakan, mereka-mereka yang berkenaan akan tersedar dari lamunan, dan sentiasa diberi petunjuk dari ALLAH SWT. Saya juga berdoa semoga saya dan keluarga serta pembaca sekalian dapat menjauhkan diri dari melakukan atau bercakap dengan cara yang tidak disukai Allah SWT.

**Etri akan datang, saya akan sharekan hadis dan ayat Al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa di atas.  Entri nni dah panjang sangat ler......

6 jiwa yang tenang:

  1. mybe dia xsedar..kadang2 manusia ni mudah lupa..jadi kita cuba ingatkannya..:)

    ReplyDelete
  2. haaa... saya ada di situasi itu... memang menakotkan... hehheheheeh

    ReplyDelete
  3. setiap orang lain cara didikannya nok...
    may be... mereka di didik dan dibesarkan dengan cara itu - suasana begitu
    maka - bagi depa tu biasa saje...

    iols selalu gak nampak keadaan seperti itu.. esp bila balik kampung sebelah my hb... depa biasa jer cakap kasar dan garang camtu...
    kekadang sentap gak bila terkena kat iols...

    ReplyDelete
  4. bunga : teringin nak tegur, tp, itulah kali pertama bertemu, nanti lain pulak jadinya,,,,

    aiza : peristiwa yg sukar dilupakan....

    milo : betul lah tu.... cuma kita tak biasa kan, jadik, sangat sentaplah.... huhuhu.....

    ReplyDelete
  5. menakotkan isteri garang2 ni. kesian suami dia. nseb baik sy tak garang. haha, ^^

    ReplyDelete
  6. cik azeya : garang dengan e, c ke? ada brannn ke?? hehehehehe.......

    ReplyDelete

Apa kata anda....