Monday, May 2, 2011

Tolonglah para suami.......... Hanya satu kami pinta.....

Hati wanita sangat lemah....... Kita tidak harus benarkan si syaitan menyentuh hati kita yang rapuh. Benar. Biasanya, bila kita ikutkan hati, kita akan mula termakan hasutan syaitan. Wanita mana yang tidak risau jika renungan mata suaminya sudah berpindah ke arah wanita lain. Hati siapa yang tidak gundah bila hati suaminya merindui orang lain. Kenapa kita risau ye ? Adakah kita tidak setuju poligami ? Saya tidak menentang poligami. Saya sebagai wanita faham, betapa banyaknya hikmah bagi sesuatu kejadian dari Allah.

Saya cuma mahu kaum lelaki tahu, wanita cuma tidak mahu risiko dilupakan suami. Wanita cuma tidak mahu menghadapi hari-hari pedih bila si suami tidak memandangnya sama seperti hari dia melafazkan cinta pada si wanita. Situasi yang biasa melukakan hati wanita ...... bila lelaki berjanji tidak melukakan, tapi akhhirnya dia melakukan.

Apakah perkara paling tidak mahu dihadapi oleh seorang isteri ? Bila suami mula menipu dirinya. Siapakah dia di mata suami ? Alasan suami : Abang cuma nak jaga hati awak.

Bila penipuan itu terbongkar, luka itu lebih pedih. Lebih pedih daripada kecurangan yang dilakukan. Mengapa perlu menipu....? Mengelakkan pertengkaran ?  Jika lelaki menipu kerana tak mahu isterinya marah, maka maksudnya dia tahu perbuatannya itu boleh mengakibatkan pertelingkahan.

Bagi saya, saya akan cuba sedaya upaya memahami suami jika dia mahu berpoligami. Tapi saya tak tahu bagaimana nak menerima alasan jika dia menipu saya untuk melakukan perkara lain dibelakang saya. Semoga Allah tabahkan hati saya jjika perlu melalui perkara ini. Doa yang sebenarnya , Semoga Allah jauhi saya daripada melalui semua perkara itu.

Saya menulis entri ini selepas mendengar satu cerita daripada seorang kenalan..........Semoga itu hanya dugaan dan semoga dia mampu menjaga hatinya daripada perasaan marah..........Semoga kita semua akan menjadi isteri yang solehah....... yang mampu menghadapi dugaan dan mampu menerima suami kita seadanya.

1 jiwa yang tenang:

  1. semoga kita semua terpelihara oleh ALLAH SWT...amin..

    ReplyDelete

Apa kata anda....