Friday, May 27, 2011

JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA BEST TAK ?

Selama hampir 7 tahun saya tinggal di taman perumahan yang sama. Jiran di kiri kanan pun dah macam-macam jenis yang saya jumpa.

Jiran sebelah kanan punya cerita.

1st : Best, orang sarawak. Isterinya ramah dan punya anak yang sangat comel. Kami selalu bertukar juadah sebab dia pun suka masakan semenanjung. Pernah sekali kami masak bersama-sama untuk meraikan hari lahir anaknya. Jika saya lewat pulang kerana urusan kerja, anak-anak saya yang pulang dari sekolah akan melepak sekejap di rumah mereka sehingga saya sampai. Rindu pulak dengan mereka. Mereka berpindah ke rumah sendiri selepas setahun lebih saya berjiran dengan mereka.

2nd : Indians. Tak berapa campur sangatlah. Sebab bahasa ibunda berbeza kan. Masa tu pun saya dah sibuk di pejabat. Dah tak duduk rumah. Tapi ada satu peristiwa yang saya tak boleh lupa. Suami dia pemandu lori besar. Satu pagi tu, saya bangun dan nak basuh baju (mesin basuh kat luar), terkejut gila tengok ada kepala lori kat parking lot rumah sebelah.........

3rd : Best jugak. Suami orang sarawak, isteri orang indon. Lama juga duduk berjiran dengan kami. Ramah sangat. Kami pun selalu bertukar juadah. Saya suka sangat jemput-jemput dia. Ada taugeh, ada daun bawang, sedappppp sangat....Seronok juga melihat mereka suami isteri, bekerja bersungguh-sungguh. Si suami ada buat dua kerja, si isteri kerja kilang dekat je dengan taman perumahan kami ni. Si isteri tu sampai berjaya bawa mak ngan adik bongsu dia yang dekat indon tu tinggal sini pulak. Dari bermotor buruk aje, sekarang dah ada kereta dan skuter. Mereka pindah sebab dapat beli rumah dekat dalam taman ni juga.

4th : Jiran sekarang. Ok lah. Seorang lelaki bujang. Sarawak juga rasanya. Kerja rajin. Bila tak kerja, asyik duk rumah je, kecuali pergi keluar makan. Nampak macam boleh jadi seorang calon suami yang baik je... kehkekeh... bukan untuk saya la kan, untuk anak-anak dara la........

Jiran sebelah kiri punya cerita :

1st : India muslim.  Anak ramai. Kecil-kecil, berderet..... Mereka ni baik juga. Selalu juga bertukar makanan, lebih lagi di bulan Ramadhan. Meriah je selalu. Anak-anak mereka ni suka main hujan. Kalau hujan turun, fuhh! Gumbiranya bukan kepalang !

2nd : Pasangan melayu. Suaminya kenalan suami saya. Baru kahwin jugaklah. Masa pindah masuk tu, isterinya mengandungkan anak pertama. Oklah. Kira ngamjugaklah dengan diorang ni. Pasal makan memang tak ada hal lah kan..... Suami dia mekanik. Jadi, kalau ada masalah je kereta kami, cuma rujuk orang sebelah aje. Best jugak. Tapi mereka pindah sebab ada masalah peribadi..........

3rd : Jiran yang sedang berjiran dengan saya sekarang ini. Mereka ni pula menyewa pejabat bawah pejabat saya. Jadi, jiran di rumah, jiran di pejabat jugak lah kan....... Malas nak cerita banyaklah kan pasal dia orang nih, nanti jadik mengumpat plak... hehehe.... bukan apa, kaum kerabat diorang nih, suka sangat parking kereta sesuka hati aje. Kadang-kadang betul-betul depan rumah saya. Kadang-kadang, tengah-tengah jalan,sampai menyusahkan kenderaan yang lalu lalang. Dekat pejabat pun macam tu! Hmmmm.... malas nak cerita lagilah........

Pssstttt: Jiran anda semua mesti best2 kan?

2 jiwa yang tenang:

  1. alhamdulillah jiran kiri kanan depan belakang best! syukur..memasing dok umah sendiri...mungkin semangat kejiranan kuat sikit kot... ;)

    macam boleh agak je jenis orang2 yang suka parking sesuka hati ni..heee

    ReplyDelete
  2. Puan suzi : baguslah macam tu....... seronok jiran best2 nih, jiran sebelah menyebelah saya je lah yg macam2, yang selang 1-2 rumah yang lain ok je......

    ReplyDelete

Apa kata anda....