Sunday, May 29, 2011

Dah nama pun Bir... MANA HALALNYA ?

Isu yang sedang hangat dibincangkan di Malaysia sekarang ni. Pasal air minuman berperisa buah-buahan yang telah dikesan mengandungi 0.5 % alkohol, dan bukan 0.01 % yang diberitahu.Jadi, sudah jelaslah ia tidak halal.

Saya agak terkejut juga, sewaktu pertama kali mendengar minuman ini di panggil "bir halal". Cuba ulang sikit, " bir " - "halal". Kita kenal perkataan "bir" ini sebagai nama kepada sejenis minuman beralkohol. Bila sebut bir aje, kita mesti secara automatiknya letakkan kepada haram untuk diminum.


Gambar di atas, saya google, dan minuman di atas yang dikaitkan dengan isu ini. Maaf ya jika saya tersilap, sebab saya tak pernah tengok rupa bentuknya di depan mata.


Tapi bila disebut "bir halal" saja, saya memang terkejut.

Apa yang saya ingat dari apa yang diajar oleh ustazah masa saya sekolah agama dahulu, ada situasi yang tidak boleh dibuat main dan boleh merubah hukum. Contohnya :

Kita sedang memegang secwan air teh, dan berkata dengan nada yang bergurau : ini minuman keras......

Maka telah jatuh hukum haram ke atas air teh itu kerana-kata-kata kita tadi. Lagi satu, pembungkusannya yang mungkin menyamai cara pembungkusan alkohol sebenar. Tidakkah ia membawa kita ke dalam sesuatu yang syubhah ?

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.


Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


Sabda Rasulullah SAW lagi,

 Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." 

(Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Apa yang saya tidak faham, banyak lagi minuman lain yang ada dalam dunia ni. Jus buah-buahan sebenar ada banyak. Paling sedap dan sangat diminati ramai, air sirap. Cendol, ABC. Kalau suka pada minuman yang ringkas, air mineral lagi baik. Boleh jaga kesihatan. Apa punca atau apa yang mendorong orang-orang islam  nak mencuba minuman yang dipanggil bir halal ni? Terdorong atas nafsu dan pujukan syaitan, itu sajalah jawapan yang mampu saya fikirkan.

Semoga saya dapat menjauhkan perkara-perkara itu. Semoga Allah lindungi saya dan keluarga.

Kesimpulannya, setiap apa yang kita nak cakap, kena fikir dulu.

Apa pun, saya bukan ahli untuk menjatuhkan hukuman ke atas apa pun. Saya bukan sesiapa pun dalam bidang hukum hakam. Saya hanya teringat apa yang diajarkan oleh ustazah saya di sekolah dulu.

Bagi sesiapa yang terbaca entri saya ini dan lebih mahir tentang hukum dari saya, tolong perbetulkan jika ada kesilapan.

6 jiwa yang tenang:

  1. saya peminat sirap ros F&N ..heee

    ReplyDelete
  2. bila tngk pakeging pun dah memang nampak mcm bir apa tah lg utk minum..mintak simpang la...

    ReplyDelete
  3. suzi : sirap lah paling cepat habis kt umah ayu...

    ReplyDelete
  4. ladyzul : tu la pasal kan......

    ReplyDelete
  5. aiseh..
    haram ke..
    aQi pnh minum yG botol barbican tu..
    mmg sdap..
    nmpknye pasni xley ler minum lg..

    ReplyDelete
  6. aQi: tak pe lah... dulu tak tahu... sekrg kena lebih berhati-hati.....

    pelik jugak macm mana kerajaan boleh terlepas pandang benda penting nih, sempat dijual 1-2 tahun tu....

    ReplyDelete

Apa kata anda....