Thursday, May 26, 2011

Cerita nak share dengan adik-adik yang rasa macam tersalah pilih course...

Dulu, lepas dapat result SPM, saya nak sangat jadi Graphic Designer. Saya mohon UPU untuk ke UiTM Shah Alam bagi mendapatkan Diploma dalam jurusan tu. Alhamdulillah, dengan keputusan yang baik semasa SPM tu, dapatlah saya surat temuduga. Dengan bersusah payah mendaki bukit bukau dekat UiTM Shah Alam tu mencari Fakulti Seni Lukis (kalau tak silap).

(Perkara 1)


Saya ditemuduga oleh pensyarah di situ. Saya masih ingat lagi soalannya :


Pensyarah : Kenapa awak pilih jurusan ini ? Dengan keputusan awak ini, awak boleh ambil Medic !


(dalam hati saya, doktor tu cita-cita masa kecil je)


Saya : Saya memang minat bahagian ini, sebab itu saya isi masa menunggu result SPM dengan mendapatkan sijil Senireka Grafik di Cosmopoint.

Ya! Saya minat melukis, mereka dan menghias. Saya sangat gembira masa belajar di Cosmopoint kerana saya dapat belajar apa yang saya suka.

Tawaran kemasukan pun tiba di rumah, tapi saya dapat : Diploma Analisis Saham. ~~~~~~

Saya tak puas hati sebab course tu tak ada langsung dalam pilihan UPU saya ! Bila saya telefon UiTM, jawapannya, kuota dah penuh kerana terlalu ramai yang memohon, jadi mereka tawarkan saya course itu berpandukan keputusan SPM saya..... Sedih! Katanya lagi, kalau saya masih nak course tu, saya hanya perlu mohon untuk semester akan datang, dan saya pasti diterima serta tidak perlu temuduga lagi. Gembiranya!

(Perkara dua ) 


Tapi bukan mak saya..... Dia tak mahu saya leka bekerja dan tak mahu belajar lagi bila dah merasa pegang duit sendiri..... Saya akur. Kakak saya suruh saya ke temuduga terbuka untuk Kolej Yayasan Pelajaran Mara. Katanya, kalau gred 1, KOMPOM DAPAT. Itulah yang saya malas tu. Sebab tak ada pilihan course yang saya suka yang ditawarkan. Tapi untuk menyedapkan hati mak (memandangkan mak tak pernah paksa saya buat apa-apa melainkan kali ini saja), saya pergi ke temuduga itu dengan memilih Course Science Computer. Mereka terus luluskan dan suruh saya pilih kolej mana saya nak, tentulah saya pilih yang di KL, Shamelin Perkasa, sebab dah biasa duduk di KL.

Mak gembira tapi agak tension. Katanya, sekolah kat KL, sijil kat KL, Diploma pun kat KL GAK ?

( Perkara 3 )


Saya kata : KL senang sebab semua dekat-dekat. Pengankutan awam pun banyak. Kolej tu pun dekat dengan LRT. Senang nak balik kampung, nak pergi Puduraya. Kat JB ni best, tapi dari Felda Ulu Tebrau nak ke JB je, berapa banyak kenderaan kena tukar.......

Mak akur, namun masih gembira.

Saya pun belajar sampai habis, bagai nak rak cuba menghayati coding yang saya tak pernah suka tu, dan berjaya membawa DIPLOMA. Mak suruh sambung Ijazah.......... Saya tak nak ! Sebabnya :

Saya tak nak tambah hutang (masa kat kolej dapat pinjaman dari MARA, alhamdulillah sekarang dah habis bayar)
Saya tak nak menghadap coding2 tu lagi!

Kalau nak sambung pun, mungkin saya tukar bidang. Tapi sampai sekarang, itu ajelah yang saya ada.

Tapi disebalik semua di atas, saya bersyukur, ilmu yang saya belajar secara rela (kat Cosmopoint) dan paksa rela (Diploma tu) saya kini guakan dalam tugas seharian saya untuk memajukan perniagaan saya.

Nak upah orang buat design tuk semua marketing tools ? Mahal.
Nak upah orang buat website bisnes ? Dah pernah tapi, cakap tak serupa bikin....

Dari  ilmu itu lah saya buat sendiri semuanya sekarang, safe budget kami. Bisnes tak besar macam kami ni, manalah mampu nak upah orang mahal-mahal..........

Perkara satu : Orang lain mungkin nampak kelebihan kita yang kita tak nampak

Perkara dua : Jangan lawan cakap orang tua

Perkara tiga : Fikirkan juga diri sendiri ! (Supaya di hari kemudian, tidak menuding jari ke arah orang lain atas kegagalan kita)


MORAL : Setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmah disebaliknya.......Bukan salah pilih course yang memberikan kita kekesalan, tapi cara kita jalani hidup di masa-masa hadapan menentukan corak kehidupan kita. Asalkan berpegang pada yang benar, direstui Allah dan orang tersayang, insyaALLAH, kita akan menemui jalan bahagia.....jika tidak di dunia, pasti di akhirat.....

4 jiwa yang tenang:

  1. yup,setuju!

    setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya =)

    ReplyDelete
  2. ye, Allah maha mengetahui...

    ReplyDelete
  3. tapi aQi still x pasti lg dgn bidang it yG aQi amek ni..
    sbb dlu mse skul blaja mekanikal..
    mse kt kolej amek machining..
    pastu msuk u amek it sbb abg yG suruh..
    haluan hidup masih samar2 lg..
    papepun aQi p'caye rezki ade kt mne2 je..:D

    ReplyDelete
  4. hidup kita untuk hari ini PUN tak ada apa yang pasti, asalkan kita percaya kepada ketentuan Allah, semuanya akan OK.

    ReplyDelete

Apa kata anda....