Tuesday, May 31, 2011

BARBICAN KATA MEREKA HALAL

MAAF JIKA ENTRI SAYA DULU ADA MENYINGGUNG SESIAPA. Sepatutnya MAIJ lebih pantas dedahkan jenama minuman sebenar supaya pengguna tidak berasa was-was lagi. Tak pasal-pasal pihak yang tak terbabit mendapat tempias.


KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.
Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.
Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.
“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.
“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.
Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.
“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.
Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.
“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.
“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.
“MAIJ akan mendedahkan Bir ‘Halal’ Selasa ini – Pengarah JAIJ”

Saya syorkan pengeluar BARBICAN ni tukar packaging..... biar lain sikit daripada minuman beralkohol. Mungkin boleh tukar nama sekali...... tak selesa nakk menyebut BARBICAN tu....... Tak tahulah orang lain....

sumber

MARI MENDERMA.......


Assalamualaikum. Jom Derma !

Okay, Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis, Idahpura, Kulaijaya, Johor telah diarahkan berpindah kerana sekarang mereka beroperasi di sebuah rumah kedai sahaja. Sekolah ini juga bukanlah di bawah tajaan kerajaan negeri Johor. 

Untuk meneruskan operasi, mereka telah mencari satu tapak yang boleh dibangunkan menjadi sebuah kompleks pembelajaran agama. Namun begitu, kos yang diperlukan amatlah besar. Ia dianggarkan sebanyak RM 10 Juta. 

Pelajar di sekolah ini dikatakan mempunyai prestasi yang amat memberangsangkan. Jadi, sayanglah jika sekolah ini tidak dapat merealisasikan impian mereka.

Mungkin sumbangan kita yang sedikit akan membantu mereka mencukupkan bajet yang diperlukan. Tiada had minimum untuk membuat sumbangan. Sumabangan boleh disalurkan ke :

SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU NAFIS, 
CIMB
NO AKAUN : 01-090000-0471-06

LAYARI :
http://www.ibnunafis.edu.my/
TEL:
07-6623509

p/s :  Kepada blogger2 yang baik hati, jom sama-sama sebarkan perkara ini. Semoga anak-anak kita kelak mendapat didikan islam yang cukup untuk bekalan mereka dan kita di akhirat kelak.

Monday, May 30, 2011

Babi haram... arak tak haram ke ?

Hari ni nak kongsi satu cerita yang terjadi kepada suami saya........

Suami saya ni ada menyertai satu kelab kereta ni, suka-suka aje..... Untuk tambahkan ilmu tentang kereta.....Jadi, setiap 2minggu sekali, mereka akan mengadakan perjumpaan sambil makan-makan. Ramai orang "islam" dalam kelab ni...

Satu hari tu, mereka ajaklah suami minum-minum di satu restoran nih..... Suami saya tengok, selamba aje yang "islam" ni minum air haram tu. Muka pun bangga je.......Macam dah best sangatlah kan minum air kencing setan tu......

Lepas lepak situ, mereka ajak suami pergi makan pulak. Suami saya kata, dia nak ajak makan dekat tempat power......Mereka pun ikutlah....Suami saya pun masuk ke sebuah restoran cina dan duduk.

"Bang, kat sini ke? Kedai cina ni bang? Nak makan apa ?" Lebih kurang macam tulah reaksi mereka...

Suami jawab :

"Sini kan Bak Kut Teh dia sedap.... kari babi...... jom try..."

"Eh, mana bboleh bang, babi kan haram....." Jawab salah seorang dari peminum air haram tadi.

Suami jawab :

"Oh, babi haram.... arak yang korang minum tadi tak haram ke ?"

Semua terdiam.... dan menunduk....Selepas sambung sedikit lagi ceramah, suami pun terus pulang. Lepas kejadian tu, suami saya jarang-jarang ikut serta perjumpaan kelab tu. Dia akan cuba mengelak dan saya rasa dah 3-4 bulan dia tak ada pergi lagi....

Macam mana tu? Babi tahu haram, arak tu ? Tak tahu ke atau buat-buat lupa ?

Tak faham betul lah........

Sunday, May 29, 2011

Dah nama pun Bir... MANA HALALNYA ?

Isu yang sedang hangat dibincangkan di Malaysia sekarang ni. Pasal air minuman berperisa buah-buahan yang telah dikesan mengandungi 0.5 % alkohol, dan bukan 0.01 % yang diberitahu.Jadi, sudah jelaslah ia tidak halal.

Saya agak terkejut juga, sewaktu pertama kali mendengar minuman ini di panggil "bir halal". Cuba ulang sikit, " bir " - "halal". Kita kenal perkataan "bir" ini sebagai nama kepada sejenis minuman beralkohol. Bila sebut bir aje, kita mesti secara automatiknya letakkan kepada haram untuk diminum.


Gambar di atas, saya google, dan minuman di atas yang dikaitkan dengan isu ini. Maaf ya jika saya tersilap, sebab saya tak pernah tengok rupa bentuknya di depan mata.


Tapi bila disebut "bir halal" saja, saya memang terkejut.

Apa yang saya ingat dari apa yang diajar oleh ustazah masa saya sekolah agama dahulu, ada situasi yang tidak boleh dibuat main dan boleh merubah hukum. Contohnya :

Kita sedang memegang secwan air teh, dan berkata dengan nada yang bergurau : ini minuman keras......

Maka telah jatuh hukum haram ke atas air teh itu kerana-kata-kata kita tadi. Lagi satu, pembungkusannya yang mungkin menyamai cara pembungkusan alkohol sebenar. Tidakkah ia membawa kita ke dalam sesuatu yang syubhah ?

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.


Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


Sabda Rasulullah SAW lagi,

 Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." 

(Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Apa yang saya tidak faham, banyak lagi minuman lain yang ada dalam dunia ni. Jus buah-buahan sebenar ada banyak. Paling sedap dan sangat diminati ramai, air sirap. Cendol, ABC. Kalau suka pada minuman yang ringkas, air mineral lagi baik. Boleh jaga kesihatan. Apa punca atau apa yang mendorong orang-orang islam  nak mencuba minuman yang dipanggil bir halal ni? Terdorong atas nafsu dan pujukan syaitan, itu sajalah jawapan yang mampu saya fikirkan.

Semoga saya dapat menjauhkan perkara-perkara itu. Semoga Allah lindungi saya dan keluarga.

Kesimpulannya, setiap apa yang kita nak cakap, kena fikir dulu.

Apa pun, saya bukan ahli untuk menjatuhkan hukuman ke atas apa pun. Saya bukan sesiapa pun dalam bidang hukum hakam. Saya hanya teringat apa yang diajarkan oleh ustazah saya di sekolah dulu.

Bagi sesiapa yang terbaca entri saya ini dan lebih mahir tentang hukum dari saya, tolong perbetulkan jika ada kesilapan.

Friday, May 27, 2011

JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA BEST TAK ?

Selama hampir 7 tahun saya tinggal di taman perumahan yang sama. Jiran di kiri kanan pun dah macam-macam jenis yang saya jumpa.

Jiran sebelah kanan punya cerita.

1st : Best, orang sarawak. Isterinya ramah dan punya anak yang sangat comel. Kami selalu bertukar juadah sebab dia pun suka masakan semenanjung. Pernah sekali kami masak bersama-sama untuk meraikan hari lahir anaknya. Jika saya lewat pulang kerana urusan kerja, anak-anak saya yang pulang dari sekolah akan melepak sekejap di rumah mereka sehingga saya sampai. Rindu pulak dengan mereka. Mereka berpindah ke rumah sendiri selepas setahun lebih saya berjiran dengan mereka.

2nd : Indians. Tak berapa campur sangatlah. Sebab bahasa ibunda berbeza kan. Masa tu pun saya dah sibuk di pejabat. Dah tak duduk rumah. Tapi ada satu peristiwa yang saya tak boleh lupa. Suami dia pemandu lori besar. Satu pagi tu, saya bangun dan nak basuh baju (mesin basuh kat luar), terkejut gila tengok ada kepala lori kat parking lot rumah sebelah.........

3rd : Best jugak. Suami orang sarawak, isteri orang indon. Lama juga duduk berjiran dengan kami. Ramah sangat. Kami pun selalu bertukar juadah. Saya suka sangat jemput-jemput dia. Ada taugeh, ada daun bawang, sedappppp sangat....Seronok juga melihat mereka suami isteri, bekerja bersungguh-sungguh. Si suami ada buat dua kerja, si isteri kerja kilang dekat je dengan taman perumahan kami ni. Si isteri tu sampai berjaya bawa mak ngan adik bongsu dia yang dekat indon tu tinggal sini pulak. Dari bermotor buruk aje, sekarang dah ada kereta dan skuter. Mereka pindah sebab dapat beli rumah dekat dalam taman ni juga.

4th : Jiran sekarang. Ok lah. Seorang lelaki bujang. Sarawak juga rasanya. Kerja rajin. Bila tak kerja, asyik duk rumah je, kecuali pergi keluar makan. Nampak macam boleh jadi seorang calon suami yang baik je... kehkekeh... bukan untuk saya la kan, untuk anak-anak dara la........

Jiran sebelah kiri punya cerita :

1st : India muslim.  Anak ramai. Kecil-kecil, berderet..... Mereka ni baik juga. Selalu juga bertukar makanan, lebih lagi di bulan Ramadhan. Meriah je selalu. Anak-anak mereka ni suka main hujan. Kalau hujan turun, fuhh! Gumbiranya bukan kepalang !

2nd : Pasangan melayu. Suaminya kenalan suami saya. Baru kahwin jugaklah. Masa pindah masuk tu, isterinya mengandungkan anak pertama. Oklah. Kira ngamjugaklah dengan diorang ni. Pasal makan memang tak ada hal lah kan..... Suami dia mekanik. Jadi, kalau ada masalah je kereta kami, cuma rujuk orang sebelah aje. Best jugak. Tapi mereka pindah sebab ada masalah peribadi..........

3rd : Jiran yang sedang berjiran dengan saya sekarang ini. Mereka ni pula menyewa pejabat bawah pejabat saya. Jadi, jiran di rumah, jiran di pejabat jugak lah kan....... Malas nak cerita banyaklah kan pasal dia orang nih, nanti jadik mengumpat plak... hehehe.... bukan apa, kaum kerabat diorang nih, suka sangat parking kereta sesuka hati aje. Kadang-kadang betul-betul depan rumah saya. Kadang-kadang, tengah-tengah jalan,sampai menyusahkan kenderaan yang lalu lalang. Dekat pejabat pun macam tu! Hmmmm.... malas nak cerita lagilah........

Pssstttt: Jiran anda semua mesti best2 kan?

Thursday, May 26, 2011

Soalan yang mintak dimarah......

Ada beberapa jenis soalan yang saya cukup malas nak jawab, antaranya :

1. Seorang ke ?

- dan waktu itu memang saya seorang diri. Biasanya saya jawab :
Tak lah, tak nampak ke ramai eskort keliling ni ? Tak nampak pendek umur

2. Tengah makan ke ?

-memang tengah makan. Jawapan peberet saya :
Tak lah, tengah main bola.....

3. Nak pergi kerja ?

-Dia tahu saya nak pergi kerja, tapi bertanya. Jawapan saya :
Tak lah. Nak tidor.

4. Tunggu bas ke ?


-memang sedang berdiri di perhentian bas. Jawapan saya :
Taklah, saja ambil angin.....

5. Marah ke ?

-Saya baru lepas marah  dia sebab mengacau. Jawapan saya :
Taklah, bahagia.....

6. Rasa apa air tu ?

-Dia nampak saya minum air tembikai. Jawapan saya :
Rasa durian...

Banyak lagilah.....

Kesimpulannya, benda yang dah nampak jelas, tak payahlah tanya...... menyakitkan hati orang aje........

p/s : saja buat entri ringan2......... nak menaip, tapi topik yang nak dikupas belum habis disemak lagi....

Buruk sangat ke tak ada degree ?? Ada aku kesah ?

Maaf lah ye, tajuk kasar sikit.........

Entri ni kira kesinambungan dari entri sebelum ni lah.....

Ramai kawan-kawan sesekolah rendah, menengah dan sekolej dah menyambung ke master...... Saya ? Diploma je......... Bukan sebab tak layak, tapi saya sendiri tak mau. Bukan malas belajar, tapi saya dah nampak apa yang saya nak buat.

Mak saya merasa sedih juga, sebab dalam keluarga, sayalah satu-satunya anak yang berjaya ke menara gading. Jadi dia mahu saya dapat apa yang saya boleh dapat. Dia percaya saya boleh lakukan. Saya juga tahu jika saya mahu, saya boleh lakukan. Cumaa.....

Saya bukan nak jadi pensyarah, bukan nak jadi doktor, bukan nak jadi dekan dan yang sewaktu dengannya.

Cita-cita saya yang paling besar hanyalah nak jadi isteri solehah........ Andai tercapailah cita-cita saya tu, saya juga insyaAllah akan dapat menjadi anak yang solehah. Bukan nak tunjuk diri baik, tapi ini adalah yang ada dalam hati saya.

Bagus dan tahniah untuk yang ada degree, master dan phD tu. Anda telah berkorban masa dan tenaga untuk mendapatkan ilmu.

Saya pula cumalah insan yang minat berniaga, dan telah mendapat peluang yang awal sebelum membuat keputusan untuk menyambung degree atau tidak. Lagipun dulu saya tak tahu saya akan mampu bayar pinjaman MARA masa diploma tu. Syukur, daripada lebih RM20,000.00 yang saya pinjam, saya hanya perlu bayar semula RM 3000.00 lebih sahaja. Terima kasih MARA.

Ada juga terfikir untuk sambung belajar sekarang dengan cara jarak jauh, tapi, memikirkan masa yang saya perlu korbankan untuk keluarga yang semakin berkembang (anak saya dah nak masuk 7!) mampukah saya ?

Degree itu adalah satu penambahan ilmu. Tapi, ilmu akhirat yang saya perolehi hasil pembelajaran suami yang disampaikan kepada saya lebih bermakna lagi.

Tak ada degree pun kita boleh berjaya, kalau kita sandarkan segala ke tangan Allah SWT. Kita yakin DIA akan membuat pilihan yang terbaik untuk kita. Saya tak pernah kisah apa yang orang cakap tentang saya.

"Mak ayah dia hantar belajar jauh-jauh dari tingkatan 1, tak kemana juga..."

Saya sedang berusaha membimbing diri saya untuk menjadi penyumbang saham syurga terbesar untuk ibu bapa dan suami saya. Masih banyak lagi kelemahan saya, tapi saya akan terus berusaha.

Salah ke tak salah ke, yang penting betul di sisi Allah. Buruk sangat ke tak ada degree ? Ada aku kesah ?

Cerita nak share dengan adik-adik yang rasa macam tersalah pilih course...

Dulu, lepas dapat result SPM, saya nak sangat jadi Graphic Designer. Saya mohon UPU untuk ke UiTM Shah Alam bagi mendapatkan Diploma dalam jurusan tu. Alhamdulillah, dengan keputusan yang baik semasa SPM tu, dapatlah saya surat temuduga. Dengan bersusah payah mendaki bukit bukau dekat UiTM Shah Alam tu mencari Fakulti Seni Lukis (kalau tak silap).

(Perkara 1)


Saya ditemuduga oleh pensyarah di situ. Saya masih ingat lagi soalannya :


Pensyarah : Kenapa awak pilih jurusan ini ? Dengan keputusan awak ini, awak boleh ambil Medic !


(dalam hati saya, doktor tu cita-cita masa kecil je)


Saya : Saya memang minat bahagian ini, sebab itu saya isi masa menunggu result SPM dengan mendapatkan sijil Senireka Grafik di Cosmopoint.

Ya! Saya minat melukis, mereka dan menghias. Saya sangat gembira masa belajar di Cosmopoint kerana saya dapat belajar apa yang saya suka.

Tawaran kemasukan pun tiba di rumah, tapi saya dapat : Diploma Analisis Saham. ~~~~~~

Saya tak puas hati sebab course tu tak ada langsung dalam pilihan UPU saya ! Bila saya telefon UiTM, jawapannya, kuota dah penuh kerana terlalu ramai yang memohon, jadi mereka tawarkan saya course itu berpandukan keputusan SPM saya..... Sedih! Katanya lagi, kalau saya masih nak course tu, saya hanya perlu mohon untuk semester akan datang, dan saya pasti diterima serta tidak perlu temuduga lagi. Gembiranya!

(Perkara dua ) 


Tapi bukan mak saya..... Dia tak mahu saya leka bekerja dan tak mahu belajar lagi bila dah merasa pegang duit sendiri..... Saya akur. Kakak saya suruh saya ke temuduga terbuka untuk Kolej Yayasan Pelajaran Mara. Katanya, kalau gred 1, KOMPOM DAPAT. Itulah yang saya malas tu. Sebab tak ada pilihan course yang saya suka yang ditawarkan. Tapi untuk menyedapkan hati mak (memandangkan mak tak pernah paksa saya buat apa-apa melainkan kali ini saja), saya pergi ke temuduga itu dengan memilih Course Science Computer. Mereka terus luluskan dan suruh saya pilih kolej mana saya nak, tentulah saya pilih yang di KL, Shamelin Perkasa, sebab dah biasa duduk di KL.

Mak gembira tapi agak tension. Katanya, sekolah kat KL, sijil kat KL, Diploma pun kat KL GAK ?

( Perkara 3 )


Saya kata : KL senang sebab semua dekat-dekat. Pengankutan awam pun banyak. Kolej tu pun dekat dengan LRT. Senang nak balik kampung, nak pergi Puduraya. Kat JB ni best, tapi dari Felda Ulu Tebrau nak ke JB je, berapa banyak kenderaan kena tukar.......

Mak akur, namun masih gembira.

Saya pun belajar sampai habis, bagai nak rak cuba menghayati coding yang saya tak pernah suka tu, dan berjaya membawa DIPLOMA. Mak suruh sambung Ijazah.......... Saya tak nak ! Sebabnya :

Saya tak nak tambah hutang (masa kat kolej dapat pinjaman dari MARA, alhamdulillah sekarang dah habis bayar)
Saya tak nak menghadap coding2 tu lagi!

Kalau nak sambung pun, mungkin saya tukar bidang. Tapi sampai sekarang, itu ajelah yang saya ada.

Tapi disebalik semua di atas, saya bersyukur, ilmu yang saya belajar secara rela (kat Cosmopoint) dan paksa rela (Diploma tu) saya kini guakan dalam tugas seharian saya untuk memajukan perniagaan saya.

Nak upah orang buat design tuk semua marketing tools ? Mahal.
Nak upah orang buat website bisnes ? Dah pernah tapi, cakap tak serupa bikin....

Dari  ilmu itu lah saya buat sendiri semuanya sekarang, safe budget kami. Bisnes tak besar macam kami ni, manalah mampu nak upah orang mahal-mahal..........

Perkara satu : Orang lain mungkin nampak kelebihan kita yang kita tak nampak

Perkara dua : Jangan lawan cakap orang tua

Perkara tiga : Fikirkan juga diri sendiri ! (Supaya di hari kemudian, tidak menuding jari ke arah orang lain atas kegagalan kita)


MORAL : Setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmah disebaliknya.......Bukan salah pilih course yang memberikan kita kekesalan, tapi cara kita jalani hidup di masa-masa hadapan menentukan corak kehidupan kita. Asalkan berpegang pada yang benar, direstui Allah dan orang tersayang, insyaALLAH, kita akan menemui jalan bahagia.....jika tidak di dunia, pasti di akhirat.....

Wednesday, May 25, 2011

28 MEI UNTUK UMAT ISLAM SEMAK ARAH KIBLAT DENGAN TEPAT !


Pada 28 Mei 2010 (jumaat) semua umat Islam di Malaysia berperluang menyemak arah kiblat di rumah sendiri, masjid, surau ataupun tempat - tempat solat yang lain.

ISTIWA 'AZAM


Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )

Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah.

Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)

KAEDAH PENYEMAKAN



1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,
3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,

4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.


5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang diyakini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.

* Umat Islam adalah disarankan agar memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

JANGAN LEPASKAN PELUANG !

Maklumat dan gambar dalam entri ini saya ambil sepenuhnya dari link berikut :
http://jqafkualakurau.blogspot.com/2010/05/peluang-menyemak-arah-kiblat-28-mei.html

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI

Udang hasil aktiviti memancing suami terchenta.......



Udang galah : di goreng dahulu (gaul dengan garam dan serbuk kunyit)

Santan sederhana pekat (saya sekarang suka guna santan kotak : Cap Ayam, dan bancuh dengan air ikut kepekatan yang saya nak.)
Serai : dititik
Minyak untuk menumis
Asam jawa : diperah dengan 1/2 cawan air.

Bahan kisar :

Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Halia

Garam, gula, sos tiram @ serbuk perasa yang anda suka.

Semua bahan-bahan tu agak2 lah nak banyak mana, ikut udang yang ada atau banyak mana kuah yang kita nak.

Panaskan minyak dan tumis serai.
Tumiskan bahan yang dikisar
Bila sudah naik minyak dan bau, masukkan santan, dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan bahan perasa seperti garam, dan sos tiram secukup rasa. Gula tidak perlu terlalu banyak, nanti merosakkan rasa manis udang. Cukuplah satu sudu teh.
Masukkan  perahan asam jawa.
Masukkan udang yang telah digoreng. Biarkan mendidih.

Siap untuk dihidang.

Monday, May 23, 2011

Macam mana kalau dah tak sayang ?

Assalamualaikum semua.... masa blogger down ari tu, ada balas komen2 kat entri yg lepas, tapi, bila dah ok, komen tu hilang plak..... Jadi, malas nak jawab balik, boleh gitu? hehehe..... sorry lah ye.....

Okay, berbalik kepada tajuk di atas. Dah tak sayang ? Ramai juga yang mengalami perasaan macam tu bila rumahtangga dilanda dugaan. Bukan mudah menghadapi dilema rumahtangga dan tidak mudah pula bersabar dengan segala dugaan yang datang.

Saya pun pernah melalui saat-saat hati yang terusik, sakit, pedih tapi terus melupakannya. Saya bertuah kerana punya suami yang mudah marah tapi mudah sejuk. Tidak pernah menyimpan marah di dalam hatinya.

Bagaimana mahu menghadapi karenah suami yang menjengkelkan, seperti : mula ada wanita lain walau sebaik mana pun layanan yang kita beri, mula menjauhi kita kerana sebab yang kita tidak tahu, banyak berahsia dari kita, tidak pernah menyatakan sayang, tidak pernah berlembut dengan kita, tidak pernah menghargai perbuatan kita.

Bila kita lihat dalam diri kita mungkin kita nampak, :
aku buat kerja rumah dengan baik, jaga anak-anak, jaga makan minum dan pakaian dia dengan baik, tak cukup lagikah ?

Ingat ! Jangan sampai mengungkit semua layanan dan perbuatan baik kita. Jika tidak, kita akan menjadi WANITA MANANAH, iaitu satu dari 6 golongan wanita yang dilarang untuk dikahwini (klik untuk huraian tentang ini).

Jadi, macam mana nak pupuk rasa sayang pada pasangan bila hati semakin menjauh, bila rindu semakin pudar, bila cinta semakin hilang ?

BERDOALAH. Berdoa kepada Allah siang dan malam, penuh keyakinan dan kesungguhan, mohon pada ALLAH, semoga Allah tunaskan kembali cinta yang layu, semoga Allah kembalikan rasa hormat dan rindu, di dalam diri kita dan pasangan. Semoga Allah berikan ketabahan menghadapi dugaan.

Tidak mudah menghadapinya, tapi, seperti yang pernah saya nyatakan dalam entri-entri yang lepas, sebenarnya ada jalan ternudah.

Carilah cinta Ilahi. CintaNYA penuh kepada hambaNYA. CintaNYA tidak berbelah bagi
CintaNYA cinta sejati, CintaNYA cinta hakiki, CintaNYA cinta abadi.

Perlukah lagi menanti cinta yang tak pasti selepas mendapat cinta Ilahi ? Tepuk dada, tanya iman,  rasakan di hati.

Thursday, May 12, 2011

Sup Kambing Tutup - BUKAK!

Assalamualaikum semua........ semoga sihat ye... Hari ini nak cerita pasal SUP KAMBING TUTUP- BUKAK. Haaaa........ apa benda lah Puan Ayu mengarut ni yer ?

Ok macam ni. Depan ofis saya ada sebuah gerai sup kambing yang sedap banget, baru beroperasi lebih kurang 5-6 bulan lah gitu. Anak-anak saya termasuklah Sayeeda yg 2 tahun tu, suka sangatlah makan sup kambing dia. Ada jugalah menu lain, nasi ayam, mi rebus, nasi lemak, ayam goreng berempah, kuih muih dan tentulah minuman kan....

Sejak 2 bulan lepas, sup kambing ni dah semakin maju, jadi gerainya dah besar, dah melekat lah kat situ kan (dulu berangkut dengan kereta). Sekarang dah banyak meja. Memang majulah kan, sebab sedap sangat......

Habis tu, apa yang tutup bukak tu ? Hehehehe.... Saya ni, asal pergi ofis je, semua anak-anak saya angkut. Jadi setiap pagi, bila sampai ofis, anak-anak saya tengok gerai tu, mereka akan cakap :

"ala.... sup kambing tutup..."

Terdengarlah dek adik kecik sorang nih.........

Lepas tu, setiap hari, bila nampak gerai tu, dia akan buat pengumuman : "chup ambing tutup!" (sup kambing tutup)

Mula-mula kita faham sebagai : gerai sup kambing tu tutup la kan.... Tapi, bila sup kambing tu buka, dia menjerit dengan gembiranya.... 

"chup ambing tutup ! chup ambing tutup! Mama ! Chup ambing tutup !"

Oh! Baru saya faham, dia sangkakan nama kedai tu sup kambing tutup! Bila kakak-kakak dia betulkan,

"Sup kambing buka la dik, bukan tutup...."

Pemahaman dia jadi macam ni :

"Mama !Chup ambing tutup - bukak lah ma! "

Haaaaaaa........... tu lah maksud tajuk entri saya ! Heheheheh.......

Jadi, anak saya dah bagi nama untuk gerai tu : SUP KAMBING TUTUP !

Adus! Kesian tauke ni, anak saya bagi nama yang tak best langsung! Hehehehe.... Maaf ye Tauke Sup!


Nampak tak khemah merah-merah tu.... itu lah gerai sup kambing. Masa ni masih pagi lagi, jadi Sup Kambing Tutup ! Maaflah ye, jauh sangat gambarnya............ nanti kalau saya pergi "ngeteh" kat sana, saya snap dekat sikit.... ok?

Wednesday, May 11, 2011

Peminat lorong kanan ke ? Berapa kelajuan anda ?

Wahahaha.... hari ni Puan Ayu mengganas sikit. Lari dari corak entri2 sebelum ni. Sebab ? Tengah geram dan tak faham......

Saya ni memang sangat minat pada pemanduan, dari zaman anak dara dulu. Minah speed : gelaran dari member2. Tapi, kita laju pun berpada-padalah kan, tak adalah semua tempat kita hentam laju aje. Bila jalan sibuk, jam sana sini, kita fikir jalan alternatif, bukan sibuk tekan minyak tak sudah.

Bila saya rasa tak mahu pandu laju-laju pula, saya akan duduk di lorong kiri. Biarlah kenderaan lain memotong. Kalau jalan tu satu lorong pulak, ikutlah hadlaju standard yang sesuai kan....... Jangan lah perlahan sangat sampai kenderaan di belakang tu berderet-deret.

Tadi, saya keluar, ada urusan di Indahpura, Kulaijaya. Alahai, dekat je dengan Senai ni. Perjalanan pergi, kenderaan sibuk, dan saya pun drive dengan santai di sebelah kiri. Tapi ada je manusia-manusia yang suka-suki main signal. Dah nak masuk, baru bagi signal. Bagi signal ke kiri, tapi ke kanan. Tak bagi signal, terus masuk, lepas tu perlahan je depan kita.......Adus! Geram.....tapi sabar lagi.

Bila dalam perjalanan balik, ada motor kat lorong kanan, tengah-tengah lorong, tak mahu ke tepi langsung. Ada peluang, saya potonglah dia, tapi potong kiri lah! Dia tak mahu ke tepi!

Ada kereta viva satu ni, saya nak masuk lorong kanan, dia buat bodoh je, dekk je muka dia..... tak lepas-lepas potong lori depan saya tu. Saya pun potong kiri lori tu bila sampai kat 3 lorong. Ok tak pe.

Lepas u turn nak balik senai tu, ada pulak teksi duk lorong kanan sekali kat tiga lorong tapi slow gila....... terpaksa juga saya potong kiri diikuti kenderaan lain yang dah berderet kat belakang saya ni....

Adus! Wahai pemandu sekalian, tak kiralah kereta apa pun yang anda guna, silalah beri kerjasama yang baik di jalan raya. Apa salahnya orang lain lebih laju dari kita, dah dia nak laju, manalah tau dia nak terbuang air ke kan? Beri jelah laluan, yang penting tak membahayakan sesiapa. Kalau kita nak laju, kita pun kena berhati-hati juga dengan kelajuan kita, dan kena tahu tahap kemampuan kereta kita, contohnya, breaking system kita tu berfungsi dengan baik ke tak, mampukah kita menandingi kereta lain...... ye lah, kalau kita bawa kereta kancil, mampu ke kita potong kereta BMW yang tengah laju 180 km/j kan ? Kita ketepilah, biasanya BMW ni, breaking system dia bagus, tapi kalau tuan punya kereta tak reti jaga kereta, kalau kita kat depan dia, tak ke selamat kereta kita di sondol ?

Memang salah orang yang bawak laju tu, tapi kita pun salah bila kita berada di lorong yang salah !

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, PANDU DENGAN CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!

Alaa..... kubur masing2 kan ?

Biasa tak dengar ayat tu ? Saya selalu dengar ayat tu keluar dari mulut seseorang yang biasanya mahu menegakkan pendiriannya.

Yang pertamanya, ayat macam tu biasanya keluar bila ada situasi contohnya :

a : Kau ni bila nak berhenti berjudi : Minum Arak ?
b : Alahai..... kau tak payah sibuk boleh tak. Aku tak kacau kau kan ? Lagi pun kubur masing-masing !

Atau :

a : Pakailah pakaian yang menutup aurat. Kau pakai macam ni, tak takut dosa ke ?
b : Apa kau susah ? Kubur kan masing-masing !

Yang kedua, kubur masing-masing ? Ok, bila kita cerita pasal kubur ni, pastilah ia adalah kematian. Adakah kita bersedia untuk mati ye ? Secara jujur, saya takut mati, sebab, saya rasa amalan saya yang mana akan saya bawa sebagai bekal belum meyakinkan, amanah saya iaitu anak-anak yang menjadi saham saya belum terdidik sempurna, jariah saya baru sedikit. Saya memang tak berani nak guna ayat yang jadi tajuk entri ni.

Kalau terlepas cakap, lepas tu terus "kiok", macam mana ye ?

Pernah tak tengok cerita MAUT ? Jelas mesej dari filem tu bahawa maut tidak akan tiba pada waktu yang kita jangkakan.

Orang yang suka guna ayat ni, memang berani. "Wa caya sama lu beb!" Hahahaha......... ye ke? Berani? Berani ke kalau berhadapan dengan malaikat maut?

"Sekarang masih muda, nanti dah tua gua taubat la......" Cuba bayangkan, tak sempat cakap ayat tu dah mati, tak mustahil kan ?

Mati tidak dijanjikan pada usia tua.... Mati tidak tunggu kita dah bertaubat atau belum...... Mati itu sentiasa dekat........


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Bahwa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang memperhatikan wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak-tawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT. untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa."


Betapa hampirnya maut dengan kita............ oleh kerana kubur masing-masinglah saya takut, tak ada sesiapa yang boleh bantu kita !



Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.”
Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).” Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600).
Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kubur masing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umat masing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalam perkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610).



"...Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia." Memang kubur masing-masing, tapi jiran sebelah menyebelah boleh dengar !





Monday, May 2, 2011

Tolonglah para suami.......... Hanya satu kami pinta.....

Hati wanita sangat lemah....... Kita tidak harus benarkan si syaitan menyentuh hati kita yang rapuh. Benar. Biasanya, bila kita ikutkan hati, kita akan mula termakan hasutan syaitan. Wanita mana yang tidak risau jika renungan mata suaminya sudah berpindah ke arah wanita lain. Hati siapa yang tidak gundah bila hati suaminya merindui orang lain. Kenapa kita risau ye ? Adakah kita tidak setuju poligami ? Saya tidak menentang poligami. Saya sebagai wanita faham, betapa banyaknya hikmah bagi sesuatu kejadian dari Allah.

Saya cuma mahu kaum lelaki tahu, wanita cuma tidak mahu risiko dilupakan suami. Wanita cuma tidak mahu menghadapi hari-hari pedih bila si suami tidak memandangnya sama seperti hari dia melafazkan cinta pada si wanita. Situasi yang biasa melukakan hati wanita ...... bila lelaki berjanji tidak melukakan, tapi akhhirnya dia melakukan.

Apakah perkara paling tidak mahu dihadapi oleh seorang isteri ? Bila suami mula menipu dirinya. Siapakah dia di mata suami ? Alasan suami : Abang cuma nak jaga hati awak.

Bila penipuan itu terbongkar, luka itu lebih pedih. Lebih pedih daripada kecurangan yang dilakukan. Mengapa perlu menipu....? Mengelakkan pertengkaran ?  Jika lelaki menipu kerana tak mahu isterinya marah, maka maksudnya dia tahu perbuatannya itu boleh mengakibatkan pertelingkahan.

Bagi saya, saya akan cuba sedaya upaya memahami suami jika dia mahu berpoligami. Tapi saya tak tahu bagaimana nak menerima alasan jika dia menipu saya untuk melakukan perkara lain dibelakang saya. Semoga Allah tabahkan hati saya jjika perlu melalui perkara ini. Doa yang sebenarnya , Semoga Allah jauhi saya daripada melalui semua perkara itu.

Saya menulis entri ini selepas mendengar satu cerita daripada seorang kenalan..........Semoga itu hanya dugaan dan semoga dia mampu menjaga hatinya daripada perasaan marah..........Semoga kita semua akan menjadi isteri yang solehah....... yang mampu menghadapi dugaan dan mampu menerima suami kita seadanya.