Friday, April 29, 2011

Kali ni Lelaki kottt............

Assalamualaikum semua. Sekarang ni, setiap kali buat entri, mesti saya rasa nak minta maaf. Bukan apa, walaupun blog saya ni tak sempat kemaskini, tapi ada aja yang menjejakkan kaki ke sini (tak ramai, tapi ada juga, terima kasih !). Jadi saya rasa bersalah bila kunjungan anda semua hampa sebab tiada apa-apa yang baru pun. Saya sibuk melayan karenah anak-anak sambil bekerja dan melayan pening dan batuk. Tak apa. Saya ok je. (Ada ke yang nak tahu? Macam perasan pulak, :) hehe...)

Hari ni, saya nak cerita pasal anak. Okay, kalau ada yang belum tahu, saya ada 6 anak perempuan. Sekarang, saya sedang mengandung anak ke 7, baru 3 bulan. Bila saya jumpa orang, biasanya ada dialog macam ni :

orang : Dah berapa bulan ni ?
Saya : baru 3 bulan...
orang : Alhamdulillah, rezeki........ yang ni lelaki pulak rasanya....... belum ada lelaki kan......


Biasanya saya jawab :


Saya : Tak kisahlah kak lelaki ke perempuan, rezeki daripada Allah, asalkan selamat dan sihat sudah lah.......
Orang : Yelah... betul la tu.......

Okay, saya bukan nak mengumpat, cuma saya nak mereka faham, bahawa rezeki yang diberikan kepada kita, kita mesti redha....... Tak kiralah, apa bentuk sekali pun.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
      Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah" 

( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Anak itu bukan boleh kita dapat di tepi jalan. Ada pasangan, bertahun-tahun berusaha, tetapi tidak mendapat hasil. Ada juga yang menantikan anak perempuan atau pun anak lelaki....... Bermacam-macam cara diusahakan. Tetapi, setiap perkara itu berlaku hanyalah atas kehendak Allah SWT.

Jadi, apa yang perlu kita ingat ialah, apa yang diberikan itulah yang terbaik buat kita. Tidak ada anak bukanlah musibah, tidak ada anak lelaki bukanlah kekurangan, tidak ada anak perempuan bukanlah kesedihan.

Saya suka tekankan Firman Allah SWT yang bermaksud :

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 

( Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

Bukan kita yang menentukan. Kita boleh berdoa, tapi kita mestilah tidak berputus asa atau menyalahkan takdir jika doa kita tidak dipenuhi. Jika kita benar-benar Percaya kepada Qadha dan Qadar, pastinya kita redha dengan setiap apa yang berlaku. Jangan sampai putus asa kita itu membawa kepada bersangka buruk kepada Allah SWT. Semoga kita semua jauh dari sifat tercela itu.

Saya bukan raja yang perlukan waris lelaki untuk meneruskan pemerintahan. Saya hanya manusia biasa yang inginkan kebahagian dunia dan akhirat. Anak perempuan ke, anak lelaki ke, mereka anak yang dianugerahkan Allah kepada saya. Saya akan berusaha supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang indah ini.

Lelaki ke, perempuan ke, yang penting, mereka tetap saya cuba didik menjadi hamba Allah yang bertaqwa. InsyaAllah.

8 jiwa yang tenang:

  1. wah...tahniah kak..jaga diri ye.. =)

    ReplyDelete
  2. betul tu ayu..rezeki ALLAH yang tentukan kita hanya berusaha dan merancang..kakNo doakan semoga ayu akan kembali sihat dan ceria ya dan semoga ayu selamat melahirkan bb dengan selamat dan normal...semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan...aminn..

    ReplyDelete
  3. tahniah..
    memang cmtu la sampai beranak sok..mesti ramai ahli nujum telek anak apa lam perut..yesss..yang penting sihat n sempurna..syukor...

    ReplyDelete
  4. tahniah ayu!
    ta kira lah kan... lelaki ke.. perempuan ke... janji ibu dan anak sihat walafiat...
    jaga diri baik2 ye ayu!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua....... insyaAllah, semua akan selamat. Saya juga doakan kalian semua sentiasa bahagia disamping orang tersayang.....

    ReplyDelete
  6. saya setuju...apa2 pun setiap anak yang kita lahirkan ialah amanah Allah untuk kita besarkan dan didik. Semoga selamat semuanya...

    ReplyDelete

Apa kata anda....