Tuesday, March 15, 2011

Susah sangat ke nak minta maaf?

"Maafkan saya. Saya mengaku saya salah. Saya tidak akan buat macam tu lagi."

Apa perasaan kita bila ada orang yang buat salah pada kita lafazkan maaf macam tu ? Adakah kita rasa kita menang, atau kita rasa puas hati, atau kita rasa bersyukur bila orang minta maaf ? Percayalah sangat susah nak kuatkan hati untuk melafazkan permohonan maaf. Bukan semua orang boleh melakukannya, dan tidak ramai yang boleh melakukannya dengan hati yang ikhlas.

Memohon maaf dengan benar-benar kesal atas apa yang telah dilakukan.

"Saya minta maaf, saya tak buat lagi." (Di dalam hati : aku tak salah pun, tu bukan salah aku.)

Pernah terjadi tak pada diri kita ? Hmmm.......itu perkara yang biasa. Kita minta maaf hanya untuk meredakan suasana. Mungkin kita boleh rasa bersalah kerana kita menjadi punca kemarahan seseorang atau punca kesusahan seseorang...... tidak semestinya kita yang melakukan kesilapan, tapi mungkin orang tersebut salah faham.

Macam mana nak terangkan perkara sebenar dalam keadaan yang tegang ? Kalau kita minta maaf, kemudian tunggu keadaan reda, lepas tu kita pun terangkan perkara yang sebenarnya berlaku, mungkin lebih mudah bagi orang yang marah tadi untuk memahami.

Ingat, orang yang sedang marah, tidak akan mendengar jeritan kita yang cuba melawan kata-katanya, dia hanya akan dengar kita menjerit, bukan penerangan.

Perkataan maaf itu sebenarnya satu perkataan yang penting. Tetapi untuk kesilapan yang sama, berulang-ulang, dan setiap kali juga memohon maaf, mungkin orang akan jemu dengan kita. Mungkin orang malas nak dengar permohonan maaf dari kita. Yelah, kalau betul rasa bersalah, kenapa masih melakukan kesilapan yang sama ?

Tapi, kita kena ingat, manusia tidak sempurna. Mungkin kita boleh bantu si pelaku salah tu untuk tidak mengulangi kesilapan berulang kali. Si pelaku salah pun kenalah bersungguh-sungguh untuk menahan diri dari melakukan perbuatan yang sama.

"Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." (Surah asy-Syura, ayat 43).


"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).

Bagi yang tidak ikhlas meminta maaf, dan mengaku bukan salahnya, dan meminta maaf bila dipaksa, perbuatan meminta maaf itu sia-sia. Bagi penerima maaf pula, terima maaf dengna ikhlas akan membersihkan hati dari kemarahan dan dendam.

Marilah kita saling bermaafan. Minta maaf pada suami,isteri, emak, ayah sebelum tidor. Mana tahu, esok kita dah tak melihat dunia lagi ?

p/s : Saya buat entri ni untuk peringatan kita bersama. Memang susah nak memaafkan dan memohon maaf, tapi saya minta maaf dengan semua. Manalah tau, sepanjang berblogging ni ada yang marah dan terasa hati atau kecil hati dengan cara saya atau perkataan yang saya gunakan. 
Saya betul-betul minta maaf.....Maafkan kami....maafkan kami....

5 jiwa yang tenang:

  1. memafkan itu lebih baik..

    setiap klai nak tido adalah lebih baik memafkan semua yang pernah mambuat kita sakit ati tau bersalah kat kita..ok..

    ReplyDelete
  2. Ustazah niesa pnh ckp..setiap kali kta memaafkan keslhan org yg wat slh ngan kta..kredit pahalan kta akan sentiasa masuk..maaf juga ubat bg penyakit hati...kalau niesa xsilap la.. =)

    ReplyDelete
  3. kakNo setuju tu ayu..kene mnt maaf klo kita buat silap..tak kisahlah kesalahan besar ke kecik..jangan jd pendendam buruk padahnya nnt..

    ReplyDelete
  4. betul tu semua, minta maaf tak susah, memaafkan juga mudah, banyak pula manfaatnya...

    ReplyDelete

Apa kata anda....