Wednesday, March 9, 2011

SENTAPAN YANG MENDALAM...

Tersentap bila dengar macam-macam cerita di luar sana...... Beberapa hari yang lepas, berbual dengan beberapa sahabat yang bekerja di salah sebuah hospital kat Johor Bahru ni. Cerita pasal salah laku remaja.

Kalau ikutkan maklumat dari Bahagian Kebajikan Sosial di hospital tu, kes anak luar nikah aje dah nak masuk 800 kes, padahal hospital tu belum pun 10 tahun beroperasi......Sangat menyedihkan.....

Ada satu kes diceritakan kepada saya. Ibunya mengejutkan anak gadisnya untuk bangun dan bersiap menghadapi peperiksaan SPM. Selepas beberapa jangkamasa, anaknya masih belum keluar dari bilik mandi. Risaukan apa-apa terjadi, ibu tadi minta bapanya membuka pintu dengan kunci pendua. Apa yang ibunya lihat, si gadis sedang memegang bayi dengan keadaan berlumuran darah dan tali pusat yang tergantung. Mereka pun cepat-cepat bawa anak gadis ke hospital.

Tengoklah, itu masih tinggal di bawah jagaan ibu bapa. Pergi dan balik sekolah macam biasa.....pergi kelas tambahan.....pergi buat "study group".... Agaknya, kemana dia pergi sebenarnya..... Risau sangat dalam menjaga anak gadis ni...yelah...orang lelaki jahat macam mana sekalipun, tak nampak kat badan, tak tertulis kat muka....orang perempuan, bila silap langkah, tanggung malu seumur hidup.....

Bagi anak gadis di luar sana, adik-adik yang masih belajar, BERASMARA itu bukan bukti cinta. Bukti cinta ialah bila si lelaki melindungi kita dari dirinya sendiri, jangan lah kerap sangat berjumpa, saya tahu, nasihat ni nampak kolot, tapi, sekolot-kolot zaman saya, kes buang bayi tak ada keluar pun dekat tv.

Kalau zaman saya agaknya, anak perempuan yang liar memang hampir mati dibelasah oleh bapanya atau terus dikurung di dalam bilik. Zaman sekarang, bila ibu bapa mendidik anak, kadang-kadang ada pula yang mengadu kata ibu bapa mendera anak sendiri... Kalau kes yang betul tak apa, kalau anak tu yang degil, macam mana?

Bila mak ayah tak izin keluar dengan lelaki, kata mak ayah kongkong, bila mak ayah tegur pemakaian, kata mak ayah kolot, bila mak ayah tak suka kawan lelaki, kata mak ayah cerewet.....tapi, untuk siapa mak ayah cerewet kalau bukan untuk kesenangan dan kebahagian anak sendiri ? Memang ada lelaki yang baik, tapi lelaki yang baik untuk perempuan yang baik... Kalau kita nak dapat jodoh yang baik, kita pun kena jadi seorang wanita yang baik.... Bukan dah kahwin baru nak berubah... Sebelum kahwin mesti dah berubah...

Tak ada istilah "couple suka-suka" ni....Nanti, kalau dah boncit, bila lelaki kata, "kan kita cuma suka-suka, takkan saya yang nak bertangungjawab, awak pun nak kan...."........nak cakap apa ?

Bukan mudah......... Lelaki yang baik pun, kalau hari-hari duduk menghadap bahagian depan perempuan yang masih segar dan punggung yang melentik, bila ada yang percuma di depan dia, susah dia nak tolak....kecuali kepada yang betul-betul beriman.........

Kepada ibu bapa yang ada anak gadis, perhatikan perubahan mereka....dan ke mana mereka pergi....

Kepada gadis-gadis........jangan mudah percaya lelaki, belajar pandai2, kerja bagus2, kumpul harta sendiri, ataupun duduk rumah, tolong mak ayah, jadi anak yang solehah, yakinlah......ada PUTERA yang dicipta khas buatmu.......

10 jiwa yang tenang:

  1. betul....ibu-bapa,karier baru cinta...

    ReplyDelete
  2. ibu bapa..sila pantau ank anda!

    ReplyDelete
  3. takut nak menghadapi masa depan...

    ReplyDelete
  4. semoga dia insaf akan kesilapannya..

    semoga ALLAH mengurniakan akan-anak yang sleh n solehah pada hamba hamba-NYA..amin..

    ReplyDelete
  5. penyair : itulah yg sepatutnya....

    Puan Kutu : ye! mesti!

    Ayuraza : setiap ibu bapa akan merasakan takut itu...tp, kenajug lalui apa pun yg bakal terjadi denan redha...

    bunga : amin....

    ReplyDelete
  6. As salam...'
    mai jejalan kat sini
    212 lapor diri kat sinii

    ReplyDelete
  7. ngeri bila fikirkan kejadian2 yg sokmo kuar paper - anak pompuan lari ikut jantan - kes buang anak - blom masuk kes rogol n bunuh segala tuh!

    tu sebb sampai sekarang - iols tak penah lagi beri kebenaran utk anak iols keluar sendirian ngan kawan2... biaq pi lah orang nak kata iols ni kuno or ketinggalan zaman...
    iols lebih sayangkan anak iols... if anything happen kat anak iols... adakah orang2 tu nak tolong sama bertanggungjawab???
    so... memang nampak macam mengongkong - tapi kalau itu yg terbaik... i have to do it lah kan????

    ReplyDelete
  8. kakNo pun naik risau dengan perkembangan dunia skang..tambahan anak dara dan teruna kakNo makin membesar..br nak kenal dunia luar...hanya doa dan didikan agama insyALLAH mereka pandai jaga diri dan agama..

    ReplyDelete
  9. risau gak dnga mcm2 kes..peringatan utk nisa sendiri gak..tkt nk hidup kt zaman ni..terlalu besar ujian..kalau tersilap langkah habis la..

    ReplyDelete
  10. ye.... memang makin hujung dunia, makin besar cabaran.... antara kita dalam golongan yang sedar atau yang lalai, itu aje..... semoga kita semua terlindung dari perkara2 yang tak diingini, baik untuk anak2, diri sendiri, saudara mara, rakan taulan, semualah !

    ReplyDelete

Apa kata anda....