Monday, March 14, 2011

Rumahtangga tak seindah luarannya ?



Beberapa hari ini saya terlalu sibuk, saya pun tak tahu apa yang saya sibukkan, tapi masanya macam pendek. Terasa terlalu pantas dari pagi ke pagi yang baru..... Dalam pada itu, ada beberapa kisah yang saya dapat dari teman-teman. Kisah rumahtangga yang mungkin sama dengan orang lain...Tapi, ingin saya ketengahkan di sini sebagai pengajaran dan renungan buat diri saya dan rakan-rakan yang lain....

Seorang teman lama mengadu nasib dengan saya. Kita panggil dia Ita. Suaminya berhubung semula dengan bekas kekasihya, dan mereka seperti berbaik semula. Ita yang sudah melahirkan dua anak sepanjang perkahwinan mereka rasa cemburu. Tentu sahaja. Namun begitu, dia tidak mahu melihat suaminya sedih dan tertekan. Lalu dia bersetuju untuk berpisah....Namun, si suami masih sayangkan Ita, dan tidak mahu menjadikan penceraian sebagai pilihan. Tapi, hati seorang isteri, tetap boleh menghidu isi hati suaminya....Ita bersetuju suaminya memadukannya. Tapi, keinginan si suami itu dihalang oleh ibunya sendiri. Masih hormatkan keluarganya, si suami membantutkan hasrat yang masih membara.

Apa yang menyedihkan, si suami sanggup meninggalkan anak-anak dan isteri untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Walaupun faham, isteri mana yang boleh tahan. Lama-lama hati boleh menjadi panas. Ita selalu cari pasal dengan suaminya bila mereka berbicara. Dia akan perli suaminya tentang perempuan itu. Dia akan merajuk dan bermasam muka. Namun, tanggungjawab menjaga rumahtangga tidak dia lalaikan. Dia teruskan seperti biasa.

"Selepas aku cakap perkataan yang mungkin melukakan hati suami aku, baru aku sedar, aku tersalah cakap. Macam mana ayu ? Macam mana aku nak lalui semua itu dengan hati yang redha ? Macam mana aku nak mengawal diri dari menjadi isteri yang tidak diredhai suami ? "

Saya terdiam...saya ingin membantu tetapi tidak mahu silap dalam percakapan. Nanti, yang susah bukan saya, tapi Ita.

"Ita, sebenarnya, kau dah cukup tabah sebagai seorang isteri, kerana bukan mudah menizinkan suami berkahwin lagi. Situasi ini aku tak pernah lalui. Aku hanya boleh beri sedikit pandangan dari hasil pembacaan aku dan pengalaman aku dan orang-orang yang pernah aku kenal."

Saya menyarankan ita amalkan solat malam : solat taubat, solat tahajjud, istikharah dan solat hajat. Sesungguhnya, wanita yang penat melaksanakan tanggungjawab menguruskan rumahtangga di siang hari dan menangis di hadapan ALLAH di malam hari saat orang lain nyenyak tidur, dijanjikan syurga.

Saya juga memberitahu Ita, setiap kali saya rasa marah tidak dapat mengawal perasaan geram pada suami, saya akan sejukkan diri dengan membaca surah Al-Insyirah / Ash-Syarh (Alam Nasyrah). Sebaik-baiknya, ambil segelas air masak, baca surah Al Insyirah, dan selawat atas nabi, kemudian minum air itu dengan niat mengawal perasaan marah. Sebaiknya kita tidak bersuara walau satu patah pun.

Api, jika ditambah dengan api, makin maraklah api tersebut. Tapi, jika disiram dengan air, akan padamlah api yang panas tadi.

Sesungguhnya kemarahan adalah kunci masuknya syaitan dalam hati anak Adam. Kita jangan bagi peluang kepada syaitan laknat untuk masuk ke dalam hati kita dan mengheret kita ke neraka. Na'uzubillah.

Beberapa hari yang lepas, Ita menghubungi saya, dan mengaku, dengan mengamalkan surah tersebut, dia mampu mengawal marahnya. Alhamdulillah, saya bersyukur.


Surah Asy Syarh


[1Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? [2Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) [3Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? [4Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? [5Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, [6(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [7Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 8Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). 


Moral :
Sebagai isteri kita harus bersedia dengan perubahan yang mungkin berlaku kepada suami
Sebagai ahli keluarga dan ibu bapa, kita tidak berhak campur tangan urusan rumahtangga anak-anak. Seeloknya, suruh si anak mendapat nasihat dari kadhi atau imam..
Jika bergaduh, sebagai isteri, jangan lancang meminta talak, kita berdosa. Jika memang suami gagal melaksanakan tanggungjawab, pergilah kepada kadhi, dan mohon nasihat untuk fasakh.

Apapun yang saya tulis di atas, yang baik datang dari Allah, dan yang silap atau salah, dari saya sendiri... jika ada yang sedar silap saya, saya akan terima teguran anda. Siapalah saya untuk menghukumkan sesuatu keadaan.........Saya hanya seorang isteri dan wanita biasa....

2 jiwa yang tenang:

  1. Saya belum berkahwin. Insha Allah bakal. Bila saya baca cerita-cerita macam ni, memang takut untuk berangan yang indah-indah tentang perkahwinan.

    Tetapi satu yang bakal suami selalu ingatkan selepas toleransi dan saling memahami, iaitu tawakkal kepada Allah. Kerana ini adalah ujian untuk kedua-dua belah pihak.

    Semoga Allah sentiasa menguatkan hati-hati ini untuk menghadapi ujian darinya. Amin.

    Oh ye, saya dah masukkan link blog awak di atas.

    Salam singgah dari heliantuse[dot]com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah atas info ini..panduan yang begitu bermakna untuk kita amalkan..betul api lawan air insyALLAH berkat kesabaran kita kan beoleh kemenangan bg pihak kita..setiap manusia tidak lepas dr ujian ALLAH SWT..yakinlah bhw ALLAH tetap ada bersama untuk membantu kita..insyALLAH..

    ReplyDelete

Apa kata anda....