Monday, March 21, 2011

Belum Sampai Seru........

Bila sebut soal kahwin.......biasa orang akan jawab, sampai seru, kahwinlah saya.......

Bila sebut tentang pakai tudung.......biasa orang jawab, belum sampai serulah........

Sebenarnya, kita tidak patut jawab begitu. Okay, soal kahwin, rasanya saya pun pernah cerita pasal kahwin ni, seru-seru ni tak payah sebut. Jawab sajalah, insya-ALLAH........

Bab pakai tudung pula, sama juga tak boleh jawab begitu. Sepatutnya, kita rasa insaf bila orang tanya, "bila nak bertudung ? "

Kenapa dikatakan tidak boleh jawab dengan perkatan seru ni ?

Tentang kahwin, Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya,

"Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Kita memang tak tahu kan, bila jodoh kita sampai, jadi macam saya cakap tadilah, jawab insyaALLAH.... Sebab, islam DAH SERU dari zaman dakwah Rasulullah lagi.

Pakai tudung tu pula, ia adalah kewajipan, bukan tunggu seru. Sekali lagi saya tegaskan, SERUAN tu dah sampai masa Rasulullah terima wahyu dari ALLAH SWT tentang aurat. Hukumnya pula wajib, dalam ayat tu, tak sebut pun " bila kamu dapat seru, barulah pakai tudung ya." Tidak ada pilihan.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab : 59)

Wajib pakai tudung. Disebutkan di situ : "suruhlah", bukan tanyalah mereka mahu atau tidak..... Jadi, bagi mereka yang masih belum pakai tudung, saya tidak mengkritik anda, tapi, janganlah guna ayat "BELUM SAMPAI SERU " tu. Seruan tu dah sampai lama dah. Anda lebih baik berdiam dari jawab macam tu. Bukankah Rasulullah juga berpesan, "banyak bercakap, mendatangkan banyak dosa, walaupun hanya menceritakan tentang kebenaran."

Kesedaran demi kesedaran perlu ada dalam diri kita dalam mengeluarkan apa-apa saja perkataan dari lidah ini. Jangan nanti, kerana lidah badan binasa.

Saya hanya wanita biasa yang ingin menjadi muslimah sejati. Penulisan ini hanyalah berupa peringatan kepada saya, anak-anak, dan semua yang terbaca. Semoga yang leka akan tebangun, yang lupa akan teringat, yang tidak tahu akan jadi tahu dan saya juga akan sentiasa sedar akan kekuragan diri.

Pssstt...: Hadiah yang saya poskan untuk pemenang contest saya dah sampai ke belum ? Saya dah poskan hari Selasa lepas........

6 jiwa yang tenang:

  1. ada betulnya tu ayu..dlu kita pakai sebab mak yang suruh atau ikutan kawan2..ada skali kawan kakNo cakap, dia nak juga bertudung tapi suami dia kata enjoy la dlu..jadi kita nak cakap apa?..

    ReplyDelete
  2. saya pun dulu sebab family semua bertudung, jadi, alhamdulillah lah, mudah sikit bagi saya. Suami ni, kalau kurang ilmu, tapi isteri tahu, larangan dia tu jadi dosa, wajib isteri meneruskan tangungjawab, bukan wajib isteri ikut suami cakap walaupun melanggar hukum, betul tak k no ? Masing-masing lah, ye tak ?

    ReplyDelete
  3. dulu sebelum start pakai tudung punyalah susah nak pakai .. macam allergic je kat tudung tu .. husband asyik nasihat je sebab wajib pakai tudung .. tapi sekarang thinking bout x pakai tudung pun rasa janggal .. its already part of me .. alhamdulillah .. the best thing is to start from young .. ibubapa plays a major part .. muda2 dah bagi pakai sexy2, takpe kecik lagi katanya .. tapi kalau dari kecik dah ajar pakai sexy2 rasanya susahla nak suruh pakai tutup2 lepas tu ... panas la, tak cantik la macam2 alasan nanti ..

    ReplyDelete
  4. salam noni, ur back..hehe,
    betul, ibu bapa mmg faktor utama, bila dah kawin, kalau dpt suami yg sedar pasal hukum tak pe, tp, kalau yg jenis x ambil kisah, apa jadi pula dengan anak2 n cucu2 nanti kan ?

    ReplyDelete
  5. suka enrti ni cym..

    lau ckp lum sampai jodoh leh x??bunga selalu sebut..sbb ramai yang tanya..kadang2 pening..hehehe..

    ReplyDelete
  6. tu lah masalah masyarakat kita, sibuk tanya2 kan ? bunga boleh je jawab macam tu, cakap je, "nanti kalau nak kahwin, bunga jemput ye makcik......." hehehehe

    ReplyDelete

Apa kata anda....