Friday, March 25, 2011

Antara kemahuan dan ketentuan

Maaf buat kesekian kali kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Saya memang jarang update sekarang atas sebab-sebab kesihatan. Jadi, bila ada kesempatan dan kemampuan, barulah saya isikan blog ini dengan sesuatu.

Rutin harian saya pula bukannya sesuatu yang luar biasa yang boleh saya kongsikan dengan pembaca. Saya cuma seorang isteri, ibu dan peniaga yang cuba melaksanakan tangungjawab walau tidak sempurna.

Kadang-kadang, kita mahukan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita seperti yang kita rancang. Kita merancang untuk memiliki keluarga pada usia 27 tahun (contoh), kita merancang untuk mempunyai rumah sendiri yang dihias mengikut citarasa kita berdasarkan pekerjaan yang 'akan' kita pohon, kita merancang untuk mempunyai masa hujung minggu yang seronok dengan keluarga, kita merancang untuk sentiasa menjaga hubungan silaturrahim dengan sahabat handai walau pun kita telah berumahtangga.

Rancangan manusia biasanya membayangkan pengakhiran yang indah. Bagi umat islam pula, kita perlu sedar salah satu Rukun Iman ialah Percaya kepada Qada' dan Qadar. Ia merupakan kewajipan untuk melengkapkan Iman kita.

Kebanyakan daripada kita percaya, ada masa-masa tertentu yang di panggil Qada dan Qadar. Contohnya, bila ditimpa musibah yang tidak disangka-sangka. Orang sekeliling akan berkata , Terimalah Qada dan Qadar dari Allah..........

Bila kita mendapat sesuatu kebaikan, contohnya kenaikan pangkat, kita mula lupa semua tu. Kita mendabik dada dan berkata, "Aku patut dapat kenaikan pangkat ni, sebab aku dah banyak berkidmat untuk syarikat ini." Kita bangga dengan sesuatu yang bukan milik kita. Pangkat, harta, anak-anak, isteri, semua adalah hiasan dunia. Ya, kaum isteri, kita cumalah hiasan di dunia. Jadilah kita sebai-baik hiasan, iaitu wanita solehah.

Namun, dalam kita merencanakan perjalanan hidup kita, kita perlu seiring dengan kepercayaan kita. Kita perlu sedar, jika apa yang kita rancang tidak menjadi kenyataan, ia bukanlah menjadi punca rosaknya hidup kita. Selalunya, pilihan kitalah yang merosakkan hidup kita. Allah Maha Mengetahui sesuatu. Dia lebih tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk hambanya.

Firman Allah SWT :

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (AL-Baqarah : 216)


Oleh sebab itulah kita wajib percaya kepada Qada dan Qadar. Dan kita juga hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang kita ada dan rasa sehingga hari ini. Tiada satu pun yang lepas dari pandanganNYA. Dia tahu apa yang diperlukan oleh makhlukNYA. Hanya kita saja yang entah sedar atau tidak akan kenikmatan yang kita peroleh itu bukan berpunca dari kita, tetapi dari ALLAH SWT.


*Saya sedang diduga nikmat kesihatan kerana DIA ingin memberikan saya nikmat yang lebih indah iaitu zuriat. Semoga saya tidak mengeluh dengan apa yang sedang saya lalui. Doakan saya tabah hati......

6 jiwa yang tenang:

  1. harap bersaba..
    nikmat yang tidak terkata bila nampak si kecik di depan mata..

    kalo mama tough..bb mesti tough..:P

    ReplyDelete
  2. Yawajib percaya pada qado dan qadar..hidup tak selalunya indah..ohye lupa nk bgtau,that gift dh smp isnin lepas, tp tutup mug pecah la..nasib baik mugnya tak pecah..btw tq yer..:)

    ReplyDelete
  3. ayuraza : ye, walaupun dah masuk kali ke -4, setiap anak bbeza dugaannya, tq......

    Puan Kutu : Alahai..... tutupnya pecah ?, kesiannya.....sorry ye, tapi mug boleh guna kan ? :)

    ReplyDelete
  4. ayu : tahniah....! bila due???
    moga sihat sokmo ye... jaga diri baik2 tau!

    ReplyDelete
  5. kakNo doakan semoga ayu kembali sihat dan ceria ya...

    ReplyDelete
  6. milo : tq, lum pi klinik lg, lebih kurg bulan 10 kot, awal sgt lagi.....

    k no : terima kasih kak no, k no memang rajin mendoakan org kan....tq2

    ReplyDelete

Apa kata anda....