Wednesday, February 2, 2011

Ya ALLAH !! Lindungilah mereka !

Saya tak ada idea nak buat entri hari ni, sebab risaukan keselamatan anak saudara saya serta suami dan anaknya yang berada di Mesir. Sudah beberapa hari hubungan terputus. Semoga Allah memudahkan urusan membawa warga Malaysia pulang ke kampung halaman. Risau dan resah. Apalah yang mereka hadapi agaknya.

Betul, dugaan kita semua tidak sama. Tapi, rasa kasih dan sayang kepada darah daging membuatkan hati agak kalut, keliru, risau dan cemas selagi belum mendapat berita sahih keadaan mereka di sana.

Semoga ALLAH lindungi mereka dari segala macam kesusahan dan segeralah bawa mereka pulang ke pangkuan keluarga yang amat menyayangi mereka di sini........Amin......

4 jiwa yang tenang:

  1. Ya ALLAH..selamatkanlah mereka dari mara bahaya..permudahkanlah segala urusan mereka..amin
    kakNo dengar berita pun naik sebak jg..bersabarla ye shidah dan sentiasa doakan untuk mereka..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak no, kami risau sangat, semoga semuanya akan selamat.

    ReplyDelete
  3. sbar la kak.. i.allah keluarga akk selamat kt sne.. doa la bnyak2 spy allah lindungi mereka walu di mna pon dorunk berada :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih marsha, insya Allah, mereka akan dilindungi....

    ReplyDelete

Apa kata anda....