Friday, February 4, 2011

SUAMI MESTI.......& ISTERI MESTI...................

Alam rumahtangga penuh dengan pelabagai rempah ratus. Ada yang pedas, pahit, manis, masin, berangin, keras, lembut....macam-macamlah......Bila kita bicarakan tentang pasangan kita, ada tak kita terfikir perkara-perkara di bawah ni ?

Suami nak isteri :

Selalu cantik
(kalau dah beranak 3 ke atas, dalam pantang pun tak terjaga, salon pun tak pernah pergi, kalau masih cun tu kira keturunan la...)

Selalu senyum
(walaupun suami selalu keluar dengan member, ada skandal, kedekut, baran, kaki pukul, dll)

Selalu masak sedap-sedap
(entah apa yang ada kat dapur, tak pernah tanya, tahu-tahu je nak siap atas meja)

Selalu bersedia untuk memberi layanan malam
(anak nangis, anak yang kena marah, isteri tertidur awal suami merajuk, eeeee...)

Selalu bertenaga untuk siapkan semua kerja di rumah
(menyapu, mop, basuh baju, gosok baju, masak, mandikan anak, kemas halaman, dll)

Pandai jaga anak
(sambil buat kerja rumah, ajar anak membaca, menulis mewarna, mengira)

Pandai jaga hati mak suami
(Biar mak cakap apa, mak tu dah tua, biarkan, walau awak betul dia salah, masak ikut citarasa dia...>sedangkan si isteri tak tahu cara mak mertua dia masak)



Isteri nak suami :

Sentiasa kemas dan kacak
(Janganlah boroi bang, lelaki kan tak payah beranak, senang je kan jaga badan---->sedangkan isteri selalu masak macam-macam dan merajuk kalau suami tak habiskan)

Sentiasa faham kehendak isteri
(tak perlulah cakap saya nak apa, kena lah faham dari tingkah laku saya sama ada saya suka atau tidak...)

Romantik
(Suami tak boleh lupa tarikh lahir dan tarikh ulangtahun sedangkan si suami memang pelupa)

Sediakan barang dapur secukupnya termasuk bermacam jenis periuk dan kuali
(masak sekali-sekala aje guna microwave tu, balik2 guna periuk dan kuali yang sama jugak, silap2 makan kat kedai je...)

Rajin membantu
(Daripada abang tengok bola, baik tolong basuh baju.....sebab saya dah berjam-jam tinggalkan Facebook tu tak berteman)

Selalu memuji masakan isteri
(masin ke, masam ke, tak ada rasa ke, nasi macam beras ke, nasi dah jadi bubur ke......kena redha dan bersyukur, sebab isteri dah masakkan, jadi pujilah sikitt....)

Balik raya rumah isteri
(Walaupun dah tahu, syurga lelaki berkahwin, adalah ibunya.....bukan ibu isteri.......tapi kalau abang redha, kan lagi bagus, rumah mak saya lagi meriah bang........)

ADA BANYAK LAGI YANG TAK TERSENARAI.........

Kalau semua persoalan ni ada terlintas di minda, buangkanlah. Mari kita sama-sama buangkan. 

Bila kita asyik fikir apa yang kita nak, kita mementingkan diri sendiri, bila kita tak fikirkan orang lain, kita melukakan hati pasangan kita tanpa kita sedari ia akan melukakan kita pula kemudian.

Motif Entri saya : Terimalah pasangan seadanya. Berubah bersama-sama ke arah kebaikan, bukan meminta pasangan berubah mengikut kehendak kita. Dapatkan keindahan alam rumahtangga dalam perjalanan menuju hari tua kita bersama pasangan yang tercinta.......

Cara yang senang sekali ialah khaskan bahagian terbesar dalam hati kita untuk CINTA KEPADA MAHA PENCIPTA..........maka kita akan sentiasa dibawah keredhaanNYA.....

5 jiwa yang tenang:

  1. queen : ye....tq..

    Ferra : daripada pengalaman gak ni...hhhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. semuanye benar:) sebenarnye kedua2 pihak kene tau ape pihak len nak, n paktikkan:) baru la rumah tangge best!hehe

    ReplyDelete

Apa kata anda....