Tuesday, February 8, 2011

Peringatan untuk semua : MESTI BACA !

Bersama kita merenung semua perkara di bawah. Yang mana yang belum berlaku ? Bersediakah kita ? Renungkanlah.....

Daripada  Ali, Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi ALLAH menimpakan bencana ke atas mereka iaitu :

  • Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu sahaja
  • Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan
  • Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
  • Apabila suami terlalu mentaati isteri
  • Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya
  • Apabila seseorang itu lebih memuliakan temannya daripada ibu bapa sendiri
  • Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising
  • Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid
  • Apabila pemimpin sesebuah kaum adalah orang yang dihina kaumnya sendiri
  • Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya
  • Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis
  • Apabila ramai lelaki memakai sutera
  • Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki
  • Apabila wanita mula bermain alat muzik
  • Apabila orang terkemudian menghina orang terdahulu
 
Maka pada saat itu, tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi. "


(Daripada Tarmidzi)

2 jiwa yang tenang:

Apa kata anda....