Saturday, February 5, 2011

Jangan ambil mudah.....!

Macam mana keadaan bila kita semua mebeli sesuatu ? Adakah kita cuma tengok harga, ambil barang, dan bayar dan terus balik........ Atau kita buat tawar menawar? Atau kita rasa terpaksa beli sebab kes tipu, macam zaman dulu tu, ada orang datang, kata kita menang cabutan, lepas tu rupanya kena bayar lagi banyak......

Ok, motif saya ialah, adakah semua orang sedar bahawa jual beli iini ada RUKUNnya, dan ada Syarat sah untuk setiap rukunnya ?

Rukunjualbeli terbahagi kepada enam :-
  1. Penjual  
  2. Pembeli 
  3. Harga yang dibeliBarang yang dijual
  4. Sighah (lafaz penjual)
  5. Qabul (lafaz pembeli)

Syarat-syarat penjual dan pembeli :- 

1. Baliqh dan berakal
2. Tidak bankrap atau bodoh
3. Tidak dipaksa
4. Beragama Islam
5. Merdeka
6. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.

Syarat-syarat harga dan barang yang dijual:-
  1. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.
  2. Barang itu kepunyaan penjual itu sendiri atau wakil penjual
  3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli.
Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual
jualan secara tipu daya." 

4.  Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang
dijual. 

Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli) :- 

1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul
3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya.
4. Tidak boleh dihadkan waktunya.
5. Tidak boleh bertakliq.
Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli) 

1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul
3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya.
4. Tidak boleh dihadkan waktunya.
5. Tidak boleh bertakliq.

Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tidak sah. 

Contohnya, kalau pergi pasar :
Penjual : Semua sekali 25.00 ye kak.
Pembeli :Yelah. Ini RM 25.00 NYA

Situasi ini, kita tahu dan nampak barang yang dijual, tahu keadaan dan harga yang ditawarkan, dan boleh tawr menawar sehingga kedua belah pihak bersetuju pada satu kadar harga.

Kalau beli belah di Pasar raya pula, lafaz jual beli biasanya dijalankan oleh pembeli dengan juruwang (cashier) yang bertindak sebagai wakil penjual. Si juruwang akan memberitahu harga keseluruhan, dan kita pula bersetuju untuk membayarnya. Kita pasti sudah tahu harga setiap item yang kita ambil kerana telah tertera harga pada setiap produk di pasaraya. Keadan kualiti barang itu juga kita dapat lihat sendiri.


Bagaimana pula dengan jual beli secara online ?


Kalau saya nak ceritakan disini, agak panjang, jadi boleh rujuk di laman www.zaharuddin.net di link ini -> klik

 

Semoga bermanfaat untuk kita semua.  



No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....