Monday, February 7, 2011

ENTRI KOMPILASI....1

Agak berkecamuk idea dalam otak saya, apa yang saya nak kongsikan hari ini.....

Mula-mula saya nak berterima kasih kepada Faizah's Diary sebb rasa terharu yang dia luahkan, maklumlah....tak sangka ada org nak sebut nama kita kat blog dia tanpa sebb, lagi2 tak kenal.

Yang keduanya, saya nak minta maaf kepada Princess Sunshine sebab belum sempat lagi buat entri yang dia tag saya hari tu.....Sibuk betul !

Yang ketiga, hari ni baru rasa lega sebab baru dapat berita dari anak buah yang kat mesir dengan suami dan anaknya akan balik beberapa hari lagi.....

Yang keempat, hari ni pergi pasar lambak kat rumah mak dan terjumpa dengan kawan sepermainan yang dah 10 tahun tak jumpa......Wah semangat dia sekarang! Semoa gembira bersama isteri & anak2 ya, Dr Mamat.

Yang kelima, kat pasar lambak tadi, jumpa juga dengan guru besar sekolah agama dulu, hehehe, agak malu nak tegur dia, takut dia lupa saya, tapi dia yang tegur saya, tanya " Awak tak ingat saya ke ?" huhuhu....

Yang keenam, rasa tenang sikit hari ni, sebab kaum ci-- yang menyambut raya mereka dah berhenti main mercun bertalu2 macam 3 hari lepas....

Yang ketujuh, sakit kepala memikirkan kerja yang banyak esok !

Yang kelapan........tak payah lah!

Semoga semua akan menjalani hari isnin yang memberangsangkan dan diberkati......Assalamualaikum!

p/s : Update blog sambil layan SB.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....