Monday, February 7, 2011

EKSIDEN ! TAK NAK...!

Dalam beberapa hari ni, dengar cerita pasal eksiden aje. Kawan saya sendiri pun baru aje eksiden.....Awak pernah eksiden tak ? Saya pernah..... macam-macam pengalaman.

Dulu, masa saya darjah 6, saya dengan kakak saya, abang ipar dan anak-anak mereka dan 2 orang kakak yang masih anak dara, pergi berkelah di Tanjung Leman. Balik tu, dah penat sangat, tertidur laaaa.....Dah nak sampai Felda Ulu Tebau tu, ada satu tempat orang panggil tempat tu "keras". Apa-apa lah kan.... Kat situlah, kereta abang ipar saya terturun dari bahu jalan, lepas tu terus terpusing dan terbalik terus bila dia cuba naik ke jalan semula. Kami dalam kereta tu dah macam dalam bola. 2 kali terpusing dan terbalik, dan bila kereta berenti, tayar semua kat atas......Nasiib baik, paling teruk pun cuma luka dan lebam....Yang bestnya, kamera abang ipar saya dicuri masa peroses menyelamatkan kami....huhu.......sempat kan diorang?

4 tahun sudah, saya eksiden dekat dengan Kemayan city yang terbengkalai kat tampoi tu. Masa tu saya mengandungkan anak ke2 8 bulan. Kami menghala ke bandar, jalan memang agak sesak sebab ada pembinaan. Jarak saya dengan kereta depan dalam keadaan selamat. Tiba-tiba, satu kembara masuk dan tak lama tu, terus dia emergency brek. Saya ni, tak adalah terer sangat skil nya, bbila saya tekan brek tu, dia brek betul-betul kat belakan kembara tu, dum! Kemek jugak lah bonet depan kancil saya tu......Kena sikit kat kipas depan tu. Huhuhu...Nasib baik anak saya dan saya tak apa-apa. Suami saya kata, kalau jadi macam tu lagi, cuba main dengan handbrake....baru la saya tahu.......Kancil punya brek memang lambat berhenti......

Dua tahun lepas, sya dan suami menghala ke Melaka, di hari minggu, tiba-tiba, benang tayar kereta tu terkeluar dan menyebabkan tayar mula pecah. Nasib baik pakai kereta yang teknologi canggih, dia ada sistem keselamatan yang sangat baik, dia terus reduce speed, dan kami pun cepat-cepat keluar dari lebuhraya, dan mengahala ke kedai tayar berhampiran. Kami terpaksa berhenti selang 1-2 kilometer sekali untuk gunting tayar yang mula terkopek sedikit-sedikit ! Saya masa tu mengandungkan anak ke 3. Masa tu memang bersyukur sangat sebab ALLAH berikan kami kemampuan pakai kereta tu. Saya tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kalau saya bawa kancil yang kat rumah tu. Masa tu suami sedang memotong sebuah bas ekspres ! Eeeeee......Bahaya kan......

Awak semua pernah eksiden tak? Kalau pernah, buatlah pengajaran ye, kalau tak pernah, berrhati-hatilah dan selalulah belajar dari yang pro tentang skil pemanduan dan tentang kebolehan kenderaan anda.... PENTING TU!

*Kebanyakan kemalangan di lebuhraya berpunca dari mengantuk dan laju, jadi, kalau kondisi kereta anda tidak tip top dan skil anda tidak meyakinkan, tak payah lah laju-laju! Kalau mengantuk, berhenti rehat, lelapkan mata. Sepatutnya, jangan memandu dalam keadaan penat dan mengantuk.

4 jiwa yang tenang:

  1. Sang xpenah eksiden..alhamdulillah..tp org eksiden kan Sang penah...hehehee...smoga Allah lindungi kaq ayu n keluarga...

    ReplyDelete
  2. Baguslah Cik Sang....hehe...t kasih atas doa....begitu juga untuk cik Sang....hehe....

    ReplyDelete
  3. huhu..sgt2 bernasib baik.Umur maseh pnjg kan.Kereta kembara kat rumah,ayh beli 2ndhand.asek xcdent je.smpaikan gate rumah pun g langgar.last2 tadah air hujan,baca yassin pas2 mandikan kereta 2 O.o

    ReplyDelete
  4. Ye ke zati ? Akak doakanlah zati tak eksiden lg ya....insya Allah..amin....

    ReplyDelete

Apa kata anda....