Sunday, February 13, 2011

Cara mudah mencari mukasurat dalam AL QURAN !

Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yg Bdk Botak nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... 



Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.


 p/s: dah mudah ni, adakah saya, kamu, kamu dan kamu mencari alasan untuk membaca Al Quran.....?????? oopsss....mungkin ada yang tak perasan, saya ambil entri ni daripada BLOG UMI WARDAH yang mana beliau ambil dari BUDAK BOTAK seperti di DALAM PERENGGAN KE 2. TQ semua.....

8 jiwa yang tenang:

  1. info menarik..
    akn aQi cube walaupun masih mrangkak lg nk bace Al-Quran ni..
    tp yG aQi musykil ayat ni "Tip yg Bdk Botak nk kongsikan"
    sape bdk botak tu kak..:D

    ReplyDelete
  2. zati : ye, mukjizat yang penuh dengan keajaiban...

    ReplyDelete
  3. Aqi : itu blogger yang share formula tu. akak ambil dari blog umi wardah........ akak amik sebijik sebijon, tak ubah apa2, kecuali saiz font, hehehehe.......

    ReplyDelete
  4. Suka entri ni. Tapi ingatkan buat sendiri. Lebih baik rasanya letak kredit dari mana dapat tulisan ini=)

    ReplyDelete
  5. akumuzikfilem, saya tak ubah satu pun dan memang bukan saya yang buat, cuma mungkin tertinggal link ke budak botak pasal hari tu carik linknya tak jumpa......

    ReplyDelete
  6. huhu. ye ayushida. menarik sangat entri ni, thanx atas perkongsian, kalau awak tak kongsi entri ni, saya pun tak tahu tentang ni.

    ReplyDelete
  7. akumuzikfilem, memang menarik, pandai si budak botak tu, bole kita praktikkan sama2...

    ReplyDelete

Apa kata anda....