Monday, February 28, 2011

JIWA KACAU !

Saya nak tanya, awak semua pernah tak rasa sunyi, bosan, resah, gelisah, celaru....dan macam-macam yang sewaktu dengannya. Sunyi walaupun ditengah keriuhan...Pernah tak?

Bila dilanda dugaan yang bertimpa-timpa, saya pasti akan rasa macam tu buat seketika........Saya tak boleh berfikir, saya jadi malas nak buat apa-apa, saya rasa sunyi walaupun anak-anak sentiasa riuh......walaupun suami selalu menyakat, saya rasa dia jauh..... walaupun sibuk dengan kerja saya rasa semua tu tak payah buat....

Saya tak suka perasaan itu....pada saya itulah yang dinamakan JIWA KACAU. Huhuhu.....tak suka jiwa kacau...Dalam beberapa hari ini, itulah yang saya rasa. Tapi saya cuba juga bergelak ketawa walau pun hati tak seiring dengan nada itu.

Bagaimana nak ubat ye? hmm.........

Mudah saja....bila kita dekatkan diri dengan Allah, semuanya akan menjadi mudah bagi kita...walaupun hakikatnya payah.....

Maksudnya di sini, kita mampu terima dugaan dengan hati terbuka, kita sabar, walau pedih macam mana pun hati tu, kita tak buat perkara-perkara negatif......Banyakkan selawat kepada nabi, banyakkan membaca AlQuran........Berdoalahlah cara yang selayaknya kita sebagai hambaNYA untuk meminta pertolongan......

Sungguh, dugaan saya sedang bertingkat-tingkat tersusun di atas kepala, rasa berat, macam rasa nak tenggelam dek keberatan dugaan tu, tapi saya harap dan berdoa, saya akan tabah walau apa pun penghujungnya nanti......

Banyak masalah yang tak nampak ada penyelesaian.......tapi ALLAH pasti akan bantu saya......Insya ALLAH..... semoga hati saya terus tabah demi menjalankan tanggungjawab saya di atas muka bumi ini. Perjalanan yang tidak tahu bila akhirnya, hanya saya mohon, ia berakhir dengan baik.........

Wahai Puteri Ayah dan Mama.......

Sayang, kini kita sebahagian dari diri masing-masing...Abang bersyukur atas nikmat ini...Akan abang sayangi dirimu,...Dan abang akan menjadi pelindungmu

Terimalah diri ini seadanya abang...Diri ini mungkin banyak kecacatannya....Namun lihat lah zurait kita bakal tiba......Jika panjang nyawa...Kita jaga dan sayangi dia bersama-sama

Lihat sayang,...Puteri kita semakin cerdik...Iras wajahmu, dia cantik...Ajarkan dia mengaji, ajarkan dia mengira....ajarkan dia membaca

Ya sayang,...Dengarlah pesanan ayahmu itu,...Mama mahu puteri yang sopan...Puteri yang lembut tetapi tegas...Puteri yang berani tetapi berbatas

Ayah bukan ayah yang sempurna...Harap puteriku bisa terima...Kadang cukup kadang tiada...Bersama kita tempuh semua

Wahai puteri mama, kini kau sudah dewasa......Mata lelaki mula mengekori.... senyum tawamu jangan terbuka....kelak ada yang tercuri hati.....

Puteriku ini, permata ayah.....Jangan mudah percaya mereka,...... kata-kata lelaki semuanya indah....janji mereka di dengar usah......percayalah, kerana ayah pun lelaki juga......

Wahai ayah, wahai mama...Dia kata dia cinta....puteri mahu hidup dengannya....tanpanya puteri takkan bermakna.....

Puteri mama masih terlalu muda... belum kenal erti derita.....cinta memang tak boleh dipaksa....tapi kita harus waspada......

Puteri ayah kini berubah.....senyummu bukan lagi untuk ayah......bila bersua, kata hanya sepatah......Kau rasakan dirimu sedang gah......

Jangan begitu puteri mama...dengarkan ayah dengarkan mama.....Penuhkan bekal sebelum perjalanan....tapi kini kau berubah wajah.....

Dimana manjamu puteri ayah....Ucapan sayangmu kini sangat mudah...Kau sudah jauh dari rumah......Walaupun pulang kau kan menghilang.....

Puteri kini hidup bebas...seperti burung puteri kan terbang.....rakan taulan suka memandang...puteri rasa diawang-awang.......

Burung itu tahu asalnya......Tapi kau kini semakin lupa....semua tak cukup, semua tiada......Apa dikejar gembira dunia?

Ayah mama, puteri kan muda, mahu seronok mahu gembira.....puteri tak boleh lupakan dia...dia menghibur dikala duka.....

Kenapa puteri kini pulang....disaat hati ayah dah hancur....ayah malu untuk dipandang....adakah kau mahu hati ayah yang lebur ?

Wahai ayah wahai mama, puteri ini besar salahnya, tapi tidak tahu mahu ke mana .......izinkan puteri pulang semula.....

Ayahmu itu terlalu kecewa......kesabarannya kini sudah tiada....kepulanganmu mama terima....tetapi ayah itu suami mama......

Puteri kini tidak keruan...didalam perut dah lebih tiga bulan......dia tak mahu mengaku kesilapan.....hanya puteri yang dipersalahkan.......

Lihatlah dulu ayah dah pesan....mengapa sekarang baru kau sedar ? ...Disaat ini dah kelewatan.......Jagalah dia jangan dipersiakan.....

Aduh mama sakitnya terasa......begitu perit bertarung nyawa.....kini puteri tahu sakitnya......pohon ampunkan puteri ya mama.......

Kini kau hidup sudah berdua....setiap gerakmu fikirkanlah dia....jangan sekali dia persalahkan...dia ke dunia bukan atas permintaan......

coretanku......ayurashidah.

Fikir-fikirkanlah wahai adik remaja sekalian.......

PENGUMUMAN : Pemenang Contest Sempena 3 Series : Ayurashidah

Bismillaahirrahmaanirrahiim.....
Assalamualaikum.... 
Dengan Ini diumumkan nama pemenang perserta CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH....(Sila bayangkan anda berada di dalam auditorium.... hehe)

Hadiah 1 : SERIKANDI UMAR


Hadiah 2 : Puan Kutu

Hadiah 3 : Maizura Moksin

Hadiah 4 : ADzriel AB



Hadiah 5 : Mama Zharfan


TAHNIAH KEPADA PEMENANG ! 

Saya perlukan maklumat anda untuk penghantaran hadiah. Jadi, sila emailkan NAMA, ALAMAT LENGKAP & NO TEL ke ayurashidah@gmail.com , ok ?

Hadiah dah siap balut dengan brown paper, tinggal nak pos aje...........

Walaupun agak payah nak  memilih pemenang, tapi akhirnya saya berjaya juga buat keputusan.Yang lain tu bukannya tak menyentuh hati saya, tapi yang terpilih tu lebih menyentuh hati. Mungkin lain orang, lain sensetivitinya kan.....

Tujuan saya buat contest macam ni ialah cuma nak mengajak rakan2 blogger meluahkan apa yang tak terluah kepada ibu kita.... 

Kadang-kadang, susah nak melafazkan tapi banyak nak dikongsikan, 
penulisan adalah salah satu jalan........

Alhamdulillah....semoga dipermudahkan semua bagi kita.....

Sunday, February 27, 2011

Di mana level HATI anda ?

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau sudah bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati kalau terlalu bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila di kotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran.......

Tiba-tiba saya teringatkan lagu ini. Ini adalah bait-bait nasyid yang pernah saya nyanyikan sewaktu zaman persekolahan dulu. Bukan saya nak mengimbau zaman sekolah, tapi saya nak kita sama-sama selami erti dan maksud penulisan nasyid tersebut.

Sebersih mana hati kita ? Bagaimana kita nak tahu "tahap kebersihan" hati kita ? 
Kita sendiri tidak akan tahu, hanya Allah yang tahu.....

Hati yang bersih membawa keikhlasan yang penuh.

Kita boleh kata " Saya ikhlas maafkan dia..."
Kita juga boleh kata, " Saya ikhlas beri pada dia...."
Kita juga selalu kata " Saya ikhlas buat semua ni, tak minta balasan..."

Pastikah kita tidak berdendam ?
Pastikah kita tidak mengungkit pemberian ?
Pastikah kita tidak mengharapkan sekurang-kurangnya pujian ?

Secara jujurnya, saya pun tidak pasti level kebersihan hati saya........
Anda semua bagaimana?

Bukan amalan yang banyak yang ALLAH mahukan dari kita, 
ikhlasnya hati dalam mengerjakannya,  
itu yang diambil kira.....

Ikhlas itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap - Imam Al-Ghazali

Saturday, February 26, 2011

KEPADA PESERTA :CONTEST SEMPENA 3 SERIES AYURASHIDAH !

Assalamualaikum semua.....

Saya cuma nak beritahu, pengumuman pemenang adalah pada hari isnin (28/2/2011) sebab, laptop saya ditimpa gering, jadi dia dimasukkan ke hospital. Saya akan listkan senarai peserta di sini ye. Senarai di susun mengikut penyertaan :



Friday, February 25, 2011

Mohon Sebar : Resepi Rahsia 7X Coca Cola Termasuk Alkohol !!!


Assalamualaikum pengunjung budiman. Berita dari Aljazeera hari ini (Baca di SINI ) telah melaporkan tentang resepi rahsia coca cola yang dicuri oleh seorang setiausaha syarikatnya dan menjualkannya kepada pesaing terdekat coca cola iaitu Syarikat Pepsi. Baca di  sini . Antara kandungan resepi rahsia coca cola ialah ramuan 7X nya yang salah satunya ialah ALKOHOL !!  Bagaimana lambang halal JAKIM boleh ada pada botol minuman itu ? Diharap pihak JAKIM dapat membuat siasatan terperinci dan menarik balik lambang halal tersebut dengan segera supaya pengguna-pengguna Islam tidak teraniaya.  Ayuh sebarkan .


BACALAH YE, Moga kita prihatin dengan apa yang kita makan........


"Kamu adalah apa yang kamu makan....."

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH

ENTRI INI MELEKAT SEHINGGA 25 FEBRUARI 2011
(sila scroll ke bawah untuk entri baru ye, terima kasih)

SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN 3 SERIES DALAM HIDUP SAYA. hehehehehe, saya nak bagi hadiah kepada kawan-kawan. Tapi, kenalah sertai contest saya....

SYARAT-SYARATNYA IALAH :

Thursday, February 24, 2011

TAK PAYAH JADI ORANG JUJUR > mati lebih mudah...

Eksiden semalam saya rasakan banyak mengajar saya kepalsuan dunia sekarang ni.

Salah saya ke kalau tiba-tiba kereta saya punya tayar longgar dari shaft dan mengarah ke kiri ? Saya sendiri terkejut waktu tu..... Kereta saya ke kiri dengan sendirinya....! Sedangkan stereng saya tegak....! Saya memang tak pernah alami situasi macam ni..... Bila husband driver satu lagi sampai, dia dah call entah sesiapa entah..... saya hanya di temani beberapa orang pegawai bomba yang kebetulan balik dari bertugas....... Mereka bertanya kan saya hal yang sebenar, saya ceritakan..... Mereka kata, "tak payah cerita tu semua dekat polis. Akak cakap aje dengan polis tu, jalan licin. Tak boleh kawal kenderaan....." saya agak keliru, tapi saya iya kan saja sebab saya ni tak tau benda tu semua....

Suami driver satu kereta lagi kata, kawan dia dah telefon polis, polisnya pula dia kenal sangat.....Isterinya yang hentam saya tadi dah tiada di situ......Pergi bertugas guna kereta suaminya....... Bila polis datang, mereka ambil gambar, dan yang berpangkat sarjan tu, minta ic dan lesen saya......Dengan hati ikhlas saya serahkan......

Tak lama, towing pun sampai, kawan suami (Abg D) pun sampai. Saya tunggu ic dan lesen saya. Saya tak tahu nak buat apa masa tu. Bila minta ic dan lesen, Tuan Sarjan kata, pergi balai...... Sampai di balai, saya kena buat repot. Repot memang tidak menunjukkan saya bersalah, tapi bila masuk bilik sarjan dia tanya :

"Salah siapa ni ?"

Saya teringa pesanan orang-orang tadi, dan Abg D, mereka kata jangan cakap sapa salah.....

"Salah siapa pulak Sarjan ? Kereta saya tu tiba-tiba je macam tu, hari pulak hujan, jalan licin..."

"Saya kena saman salah seorang, jadi saya bagi awak saman ye..."

"Saman apa pula Sarjan ?"

"Saman kemalangan.....RM 300.00. Kalau bayar dalam 2 minggu, dapat kurang 50 %.."
Dia terus keluarkan saman dan minta saya sain. Teragak2 juga saya nak sain, hati saya ni takut pula nak melawan, bukan takut apa, kalau tiba2 saya bawa maslah lain pula nanti.....

Hari ni, pergi ke bengkel untuk setelkan insurans....... suami agak marah, sebab saya ambil saman tu. Dia tak nak orang yang satu lagi tu claim dari insurans saya......kena lah kami keluar duit nak tambah insuran  yg dah diambil nanti ya? Berapa ye ? Ribu2 ke? Ya ALLAH....! Saya sangat rasa lemah hari ini. Hari-hari hidup saya nak gembirakan suami, tapi, kenapa jadi macam ni pula ye? Dugaan sungguh......

Pesan suami :

"Dalam dunia sekarang, bila ada kemalangan melibatkan orang lain, jangan sekali-kali mengaku bersalah walau apapun situasinya. Kejujuran tak boleh pakai lagi dengan orang-orang yang macam tu. Bila dia kenal orang kuat, dia pula dapat faedah. Walaupun awak tak bersalah, awak pula yang dipersalahkan...Satu lagi, walaupun dia polis, dia tiada hak pegang ic orang macam tu.....dia boleh minta awak ke balai, tak perlu bawa ic awak ke mana dia suka....."

Saya termenung.... sedangkan saya di langgar dari belakang,dan yang berkemungkinan mati pun saya, tapi saya yang kena saman ? Kejujuran dah tak penting bila melibatkan wang.........Tiada langsung toleransi...... sedangkan dia nampak keadaan kereta saya yang terbabas.........kepala saya masih terasa benjol dan pening, kaki saya masih terasa bengkaknya...... Saat mengetahui hal ini, saya fikir, lebih baik saya mati waktu itu...... Namun bila melihat wajah anak-anak..... saya sangat bersyukur saya masih hidup, dan semoga ALLAH tabah kan saya dengan apa jua yang akan saya hadapi selepas ini......

tolong jawab : DIMANA NAK GUNA KEJUJURAN TU?............... airmata ini masih belum mau kering............

Wednesday, February 23, 2011

SAYA EKSIDEN.........

Tajuk yang sangat simple tapi bermakna.... huhu..... bermakna sangat..... sebab saya tak minta perkara ni terjadi.

Suami selalu pesan, kalau memandu ni, hati rasa tak sedap, jangan teruskan....

Saya keluar dari pejabat, hantar barang ke MRSM PONTIAN......Teringat pulak cendol. Dah dekat setahun teringinkan cendol yang tepi jalan dengan dengan Ulu Pulai tu, CENDOL MAK SITI NAMANYA......Memang murah dan sedap.......Anak saya pun dah banyak kali nak cendol tu......Bukannya tak ada cendol dekat2 sini, tapi nak yang tu juga...(ngada2, bukan mengidam pun...)

Dalam keadaan hujan lebat, saya berjaya mendapatkan 3 bungkus cendol, dan terus menghala ke Skudai.... Tiba-tiba saya teringat nak beli sesuatu di Taman Universiti..... saya pun telefon suami, minta izin, tapi nada dia macam tak berapa best je... di jawab...."ya lahhhh". Memandangkan malas nak ke sini lagi di lain hari dan waktu, saya pergi juga.

Dalam perjalanan balik, keadaan yang hujan, saya memandu dalam kelajuan yang sederhana perlahan.....Tiba tiba, kereta saya ke kiri dengan sendirinya tanpa "arahan" dari saya. Saya cuba kawal stereng tapi tak boleh juga..... Bila saya cuba bawa kereta saya ke lorong asal, ia jadi macam ular pula, dan akhirnya, sebiji kancil menghentam saya dari belakang. Kereta saya terus terdorong ke pembahagi jalan dan melanggar pokok bunga yang ada. Dah macam ayat report pulak kan.... Masa tu, saya cuma bayangkan macam mana keadaan saya mati, dan cuba sebanyak mungkin mengucapkan LA ILAHAILLALLAH...... Tapi ajal saya belum tiba rupanya... Dapatlah saya menatap wajah suami dan anak-anak buat beberapa jangka masa lagi........

Kereta saya tak rosak teruk.... tapi kesian juga akak tu punya kereta..... Dia yang langgar saya, mungkin dia panik tengok kereta saya (dia kata saya tukar lorong tak bagi signal, saya kata, saya tak nak tukar lorong, kereta tu belok sendiri...! Itulah kenyataannya...........

Kemudian, tunggu towing, dan kawan suami untuk ambil saya (suami saya jauh..... pergi KL.....huhuhu....).  Lepas tu, pergi ke balai, buat repot......... Lepas, repot, saya balik........

maaaaaakkkkkk!

Dua hari lagi akan tamatlah contest yang saya buat, iaitu CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH. Jadi, sebelum tamat contest tu, saya pun nak kongsikan luahan rasa saya kepada mak saya. bukan nak sertai contest sendiri, tapi nak meluahkan juga)

***************

Mak, ayu selalu ingat pada mak. Ayu selalu terasa nak duduk bersama mak macam masa ayu kecil-kecil dulu. Ayu rindukan saat itu. Mak, maafkan ayu bila harapan mak melihat ayu menggenggam ijazah tidak tercapai. Bukan malas, bukan tak mau. Ayu cuma tak mau dibebani hutang pinjaman lantaran kehidpan mak sendiri bukannya senang. Ayu tak mau habiskan harta mak. Cukuplah dengan apa yang ayu dah guna selama ayu di bawah tanggungan mak. 

Mak, ayu sebenarnya malu nak tengok muka mak, tapi ayu rindukan senyuman mak. Malu, sebab ayu terlalu banyak menyusahkan hati mak dan keluarga. Ayu faham, semua orang cuma nak lihat hidup ayu bahagia dan tidak sia-sia. Sebagai anak bongsu, memang ayu tidak cuba memanjakan diri, tetapi, semua orang dalam rumah tu manjakan ayu. Terima kasih mak dan semua.....

Mak, sampai sekarang mak masih menjadi pendokong dan penyokong ayu. Sampai sekarang mak lah tempat ayu mengadu. Tapi ayu masih tak puas. Ayu nak macam dulu, sentiasa bercerita dengan mak tentang semuanya. Memang pada dasarnya kita dah biasa terpisah, memandangkan dari tingkatan satu hingga tamat diploma, ayu habiskan di Kuala Lumpur. Pasti mak nak lihat ayu berjaya. Dan siapa sangka, ayu bertemu jodoh di awal usia 20-an...... Ayu tau mak takut ayu tak bahagia kalau salah pilih suami..... Mak juga nak tengok ayu hidup senang macam yang ayu selalu cerita pada mak dulu......

Mak, alhamdulillah, doa mak sentiasa mengiringi anak-anak. Ayu bahagia di samping suami dan anak-anak. Suami yang sangat penyayang, pemurah, dan seorang pemimpin yang baik. Anak-anak perempuan yang baik dan comel menghiasi hidup ayu kini. Tapi, ayu masih rindukan mak......

Maafkan ayu mak, tak dapat jaga mak...... Dulu ayu berangan, ayu yang nak jaga mak dan ayah sampai akhir hayat. Tapi, ayah dah pergi tinggalkan kita. Ayu naaak sangat jaga mak bila melihat mata mak yang dah tak lagi bermaya kerana kesunyian tanpa suami tersayang....... Tapi apakan daya. Isteri itu wajib menjaga suami lebih dari ibunya sendiri. Ayu memang ada kehidupan sendiri. Tapi hidup itu sebenarnya bermula dengan mak. 

Mak, maklah sebenarnya wanita paling tabah yang ayu pernah jumpa selama hayat ayu. Maklah ibu yang sangat sayangkan anak-anaknya. Ayu tak mungkin mampu jadi seperti mak. Ayu telah cuba untuk jadi seperti mak, mengabdikan diri pada anak-anak dan rumahtangga. Tapi, mungkin kehidupan zaman ini sangat sukar bagi ayu untuk menciptakan "mak" dalam diri ayu ni.

Mak, bila ayu tak balik jenguk mak, bukannya ayu tak rindu, bukannya ayu dah lupa, bukannya ayu tak suka. Bila ayu tidak ada bersama dalam keramaian keluarga, bukannya ayu mengelak, bukannya ayu menjauh, bukannya ayu menghindar....... Ayu tak mampu ceritakan mengapa, tapi mak, percayalah, mak sentiasa akan menjadi emak tebaik dan paling ayu sayang dalam dunia ni. Ayu doakan mak akan sentisa di bawah limpahan rahmat dan kurniaNYA.......

Walau berusaha banyak mana pun, ayu takkan boleh menjadi sebaik mak, walau sebanyak mana pun yang ayu buat, ayu takkan mampu membalas jasa mak. Kini, hanya satu yang tinggal, ayu akan berusaha menjadi isteri solehah, kerana mak pasti akan mendapat ganjarannya juga..........Doakan ayu mak..........SAYANG MAK........SAMPAI BILA-BILA.........................

Monday, February 21, 2011

JOM JOOIN FACE BLOG !

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit
p/s: Saya suka sebab dia sama dengan theme color blog saya.... hehehehe. JOM BLOGGERS ! RAMAI-RAMAI KITA SERTAI FACE BLOG!

Sunday, February 20, 2011

KELEBIHAN ORANG TAK ADA PAKWE / MAKWE

Haaaa, kali ini, kita cerita topik yang lain dari yang lain....... Orang asyik cerita pasal pakwe la, makwe la, rindu la, apa-apa la......

Okay, jadi, apa kelebihannya ya ?

  • Dapat menjauhkan diri dari melakukan maksiat dan zina
  • Tidak ada risiko "frust menonggeng"
  • Tak perlu membazir duit nak pergi dating (yang patutnya x boleh tu)
  • Tak perlu asyik fikir nak top up je
  • Taki perlu fikir hal cemburu dan rindu (cemburu tu menyusahkan hati dan rindu pada bukan muhrim tu mendatangkan dosa)
  • Tak payah fikir "mak ayah suka dia tak ? kalau tak , macam mana ye....? macam mana pulak dengan bakal mertua, diorang suka aku tak ye?"
  • Tak payah sibuk nak ingat hari lahir orang lain
  • Boleh pergi mana-mana tanpa ada orang cemburu atau bising (dengan izin mak ayah ye ...)
  • Kalau keluar makan, tak payah fikir apa orang lain nak makan
  • Bila nak keluar, pakai aja pakaian yang simple (menutup aurat ye), tak perlu fikir, "dia suka baju yang mana ye?"
  • Tak payah sibuk nak fikir, "bila la cik abang nak masuk meminang ya?" atau "bilalah dia nak setuju kahwin ngan aku ni"
  • Lebih baik fikirkan kesihatan keluarga daripada fikirkan kesihatan orang yang belum tentu jadi isteri / suami kita tu.

Setakat tu je saya terfikir....... kalau ada yang tambah, silalah ye.......

Kepada yang tak ada pasangan bercinta, bersyukurlah, kerana ALLAH sedang menjauhkan kamu daripada maksiat dan zina.

Kepada pasangan yang sedang hangat bercinta, percepatkanlah ikatan dan tidak perlulah amalkan dating tu. Kalau jumpa, biarlah di rumah orang tua dan biarlah dihadapan mereka supaya kita lebih tertib dan menghormati antara satu sama lain.

Banyak perkara kita boleh jadikan alasan untuk membolehkan apa yang tak boleh. Tapi jangan lupa, setiap perbuatan dijanjikan balasan.................................Renungkan.........

Saturday, February 19, 2011

CIRI-CIRI SUAMI TERBAIK

Bila kita cerita tentang pasangan, kita akan angankan pasangan yang macam mana yang kita nak. Lain perempuan lain ciri-ciri lelaki yang ada dalam senarai. Begitu juga lelaki.

Sebenarnya, macam mana kita yakin sangat orang yang memenuhi ciri-ciri tu akan buat kita bahagia hingga akhir hayat ? Apa yang kita mahukan, tidak semestinya baik untuk diri kita. Kadang-kadang, kita dah temui seoang lelaki yang baik, rajin, setia, penyayang, tetapi kita tolak dia hanya kerana dia tidak berharta atau tidak berpangkat.

Secara jujurnya, saya menerima suami saya semasa dia langsung tidak mempunyai simpanan, duda anak tiga, tidak ada tempat tinggal tetap, tidak ada kenderaan sendiri walau basikal pun, dan tidak ada kelulusan yang tinggi. Walau dia kacak di mata saya sekarang, tapi, dengan penampilan sebarangnya dulu, membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa saya pilih dia.

Pada saya, saya tidak memandang luaran. Dia punyai karisma seorang suami yang baik. Dia mampu membuatkan saya hormat dan menurut perintahnya sebagai ketua keluarga sedangkan saya seorang yang degil dan suka berdikari (tidak suka ada orang yang membuat perancangan). Pengetahuannya yang banyak tentang rumah tangg (duda!) dan pengalaman hidup yang bercampur-campur, buatkan saya yakin untuk hidup dengan dia. Saya tak kisah walaupun dia tidak boleh sayang saya lebih atau sekurang-kurangnya sama dengan arwah isterinya, asalkan dia membuat saya bahagia dengan cara yang tersendiri. Kami selalu bergeduh, sebab kami sangat berlainan pada awalnya. Tapi, tahum-demi tahun, kami semakin memahami.

Jadi, jika kita mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri kepada suami yang baik, kaya, penyayang, ambil berat, rajin, bertanggungjawab, adakah kita mampu memberikan yang terbaik buatnya nanti ?

Suami terbaik akan kita perolehi bila kita menjadi isteri terbaik. Percayalah.......

Mungkin ada yang kata, 'saya dah buat macam-macam untuk suami, itu, ini, begitu begini, tapi dia tak pernah hargai'. Kita perlu sedar betapa kedudukan isteri dengan suami memang seiring tetapi besarnya tanggungjawab menghormati suami sehingga tidak boleh mengungkit-ungkit apa yang kita dapat selama hidup dengannya.

Demikian pula dalam Al-Musnad, Sunan Ibni Majah, dan Shahih Ibni Hibban dari Abdullah ibnu Abi Aufa radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:


لمَاَّ قَدِمَ مُعَاذٌ مِنَ الشَّام ِسَجَدَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: مَا هذَا يَا مُعَاذُ؟ قَالَ: أَتَيْتُ الشَّامَ فَوَجَدْتُهُمْ يَسْجُدُوْنَ لِأَسَاقِفَتِهِمْ وَبَطَارِقَتِهِمْ، فَوَدِدْتُ فِي نَفْسِي أَنْ تَفْعَلَ ذَلِكَ بِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ .فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لاَ تَفْعَلُوا ذَلِكَ، فَإِنِّي لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللهِ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّي الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ زَوْجِهَا، وَلَوْ سَأََلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ



Tatkala Mu’adz pulang dari negeri Syam, ia sujud kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau menegur Mu’adz, “Apa yang kau lakukan ini, wahai Mu’adz?” Mu’adz menjawab, “Aku mendatangi Syam, aku dapati mereka (penduduknya) sujud kepada paderi mereka. Maka aku berkeinginan dalam hatiku untuk melakukannya kepadamu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan engkau lakukan hal itu, karena sungguh andai aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada selain Allah niscaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang isteri tidaklah menunaikan hak Rabbnya sampai ia menunaikan hak suaminya. Seandainya suaminya meminta dirinya dalam keadaan ia berada di atas pelana (haiwan tunggangan) maka ia tidak boleh menolaknya8.” (HR. Ahmad (4/381) dan Ibnu Majah no. 1853)



JANGAN ENGKAU KAHWINI WANITA YANG ENAM


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama : wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua : dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli..

Jadi, adakah kita masih nak ikut pilihan hati kita atau perbaiki diri kita supaya tidak termasuk dalam 6 golongan di atas ? 

Bukankah telah dijanjikan, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Fikirkanlah...... 

Maafkan segala kesilapan, perbetulkan jika ada kesalahan.  

Mari Berbalas !

Pantun laaa........ Hari ni rasa nak berpantun pulak, terbawa-bawa dengan entri kak cik nur seroja.......

Mengarang pantun rasa teruja
Memerah otak tanpa keringat
Pantun dikarang untuk semua
Yang sudi datang melihat-lihat

Pagi hari hujannya lebat
Diharap petang tak akan hujan
Entri saya tidaklah hebat
Bacalah ia jika berkenan

Disuruh masak ikan tilan
diberi oleh jiran terdekat
Sejak berkahwin tiada teman
Rakan online kini sahabat

Melihat-lihat sarang tempua
Terjatuh pula ia ke pangkal
Walau kita belum bersua
Moga ikatan ini kan kekal

Berjalan-jalan sambil mengira
Jatuh pula di tempat rata
Jika saya salah bicara
ampun dan maaf yang saya minta

Selesai sudah saya berpantun
Pantun yang biasa diperindahkan
Jika ada ingin berpantun
Didalam komen nanti sertakan.......

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH

Nampak takgambar lebah yang comel tu? Itu lah lebah belaan Izamir Ridzwan. Ia tak merbahaya.

Okay, saya suka menjengok ke sarah lebah ni sebab banyak cerita yang menarik dan blog nya nampak kemas, selesa nak melepak-lepak di blog beliau. Blog ni ada macam-macam cerita yang diketengahkan. Tuan punya blog ni pun nampak macam best je pada saya, jadi oleh kerana dah tinggal 4 kekosongan (sempat ke) saya pun berebut-rebutlah buat entri ni.

Sapa yang belum ke blog IR ni, silalah bekunjung. Macam-macam ada.......Sapa yang nak join bloglist nih, jom lah, kot2 sempat lagi ke!

Thursday, February 17, 2011

Ikan apa ni....?

Dua hari yang lepas, kawan cik abang beri sedikit hasil memancing mereka kepada kami sekeluarga. Ada dua jenis ikan yang pelik. Kenapa pelik  Sebab saya tak pernah tengok. Cuba anda semua tengok gambar ni, dan siapa tahu, bagi tau saya namanya ye........ haaa... hari ni kita main tekateki nama ikan.....


Merana nak siang ikan ni, kulitnya liat, lendir yg banyak, jadi susah nak pegang sebab licin gila,duri kat belakang tu susah nak di buang (tak de parang mcm penjual ikan laa...)

 Ikan ni banyak tulang macam ikan beliak mata, Jadi, saya kelarkan halus-halus sebelum di goreng.


Apa agaknya nama dua jenis ikan ni ye ? Setahu saya ikan sungai......

Ni ikan belang merah yang licin tadi, saya masak asam pedas sikit, dan goreng yang selebihnya.....

Rasanya, tak dapat nak diceritakan. Macam liat sikit bila di makan. Memandangkan ikan sungai, memang terasa lemaknya, dan kurang rasa masin semulajadinya tu......

Jadi, siapa tahu nama mereka ?

Pak Arab kecek kelate

Selamak pagi. Saya nak share klip nih....... tak nak cerita apa-apa.... Kamu semua tengok la ye.....

Wednesday, February 16, 2011

IDOLA MU ? IDOLA KU.........

Siapa yang ada idola ? Siapa idola awak? Hmmmm...awak faham tak maksud idola tu ? Idola tu ialah seseorang yang kita jadikan contoh untuk kita suka dan kita ingin menjadi seperti dia.

Kita akan dengar anak-anak remaja kebiasaannya memilih golongan artis atau ahli sukan untuk dijadikan idola. Mungkin mereka melihat kejayaan artis itu, atau kebijaksanaan artis tersebut membahagi masa untuk menghibur, menjaga kecantikan diri dan memiliki kemewahan sebagai pendorong untuk mereka mengejar impian mereka.

Ada juga di antara kita yang memilih ahli korporat atau politik untuk dijadikan contoh setelah melihat kepada kejayaan mereka, semangat dan kesungguhan tokoh itu yang membuatkan mereka mencapai satu level yang tinggi di mata masyarakat.

Jika kita faham pada sudut agama, sebenarnya kehidupan di dunia ini hanyalah satu jangkamasa yang diberikan untuk kita mempersiapkan diri untuk memilih 'Tempat' kita di akhirat kelak. Jadi wajarkah kita menjadikan Justin Bieber, Madonna, Dato' Siti, Anuar Zain dan ramai lagi artis yang di pilih untuk menjadi ikutan kita? Jika kita jadikan ahli politik yang berjaya seperti DR.M sebagai idola, adakah kita juga akan menjerumuskan diri dalam kancah politik hingga di akhir usia kita ?

Jika begitu, apa pula bekalan yang kita bawa untuk ke akhirat nanti ?Bukan saya katakan pilihan itu tidak baik, tetapi ia adalah pilihan yang akan membuat kita melalui jalan yang salah.

Kita boleh melihat cara dan kesungguhan mereka untuk mencapai tahap mereka sekarang sebagai satu cara untuk kita mencapai kejayaan kita. Mereka itu semua, yang saya tahu, tidak pernah kenal erti jemu, penat malah mereka suka kepada apa yang mereka laukan.

Jadi, bila kita ikhlaskan hati untuk mempelajari selok-belok fardhu ain, tauhid dan banyak lagi cabang dalam islam dengan kesungguhan, kesabaran, tekun dan hati yang suka, pasti kita akan mendapat keredhaanNYA yang abadi.

Cuba kita dalami ilmu sirah. Saya pasti kita akan temui tokoh yang paling berwibawa dan memang di hantar untuk dijadikan idola oleh manusia -------> Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah insan yang paling tepat untuk dijadikan idola.

Cara pemikirannya, cara pertuturannya, kasih sayang dan kelembutannya, ketegasan dalam melaksanakan suruhan ALLAH, keberanian dalam menegakkan kebenaran, kesabaran dalam mengharungi tentangan dari kaumnya sendiri, kemurahan hati kepada umat manusia seluruhnya, amanah dan jujur dalam melakukan setiap sesuatu, dan banyak lagi sifat-sifat terpuji Rasulullah. Bagindalah yang disebut-sebut di dalam alQuran. Baginda lah yang digelar kekasih Allah.

Dimana perkara yang dikatakan tidak boleh menjadikannya idola kita? Kerana dia hidu di zaman terkebelakang dan tidak canggih ? Rasulullah cukup canggih kerana tidak perlu kapal terbang atau roket untuk naik ke langit. Rasulullah cukup canggih kerana dapat melihat orang yang duhukum di neraka dan yang mendapat nikmat di syurga tanpa perlu scan apa-apa. Rasulullah cukup canggih kerana boleh menyebarkan Islam dengan cukup luas tanpa jaringan internet !

Siapa idola saya ? Idola saya ialah Saidatina Aisyah RA dan tentunya Muhammad Rasulullah SAW. RASULLULLAH diturunkan oleh ALLAH SWT kepada umat manusia untuk dijadikan contoh dalam menjalani kehidupan seharian sebelum hari Perhitungan kelak.

Kenapa? Tentang Rasulullah SAW, telah saya huraikan secara ringkas.

Bagi wanita, Siti Aisyah adalah lambang wanita yang amat berperibadi tinggi. Beliau cantik, baik, taat, bijak, penyayang, pengajar yang baik, isteri solehah, madu yang bertimbang rasa dan pemaaf. Memang ada perselisihan faham dalam rumahtangganya dengan Rasulullah dan mdu-madunya, tetapi beliau tidak pernah menyimpan dendam, malah beliau sentiasa saja bercerita tentang hal yang baik-baik mengenai mereka. Beliau juga sangat penyabar. Beliau juga tidak pernah mengeluh kerana tidak diberikan anak sepanjang perkahwinannya.

Selain Siti Aisyah, seorang lagi isteri Rasulullah yang mesti dijadikan contoh oleh semua isteri umat islam, ialah Siti Khadijah RA. Wanita yang berjaya walaupun janda, tidak pernah bergantung kepada orang lain dan kemudian menyerahkan jiwa dan raganya untuk Allah dan Rasulnya, iaitu suaminya sendiri. Khadijah tidak pernah menunjukkan muka masam bila Kekasih Allah pulang dalam keadaan menggigil selepas menerima wahyu Allah. Khadijah sangat bermurah hati dan tidak pernah kedekut untuk mensedekahkan hartanya kepada umat islam yang memerlukan. Dia yang kaya, kemudian semakin susut simpanannya, juga tidak pernah membangkitkan apa-apa kekurangan kepada suaminya.


Ada lagi ke lelaki di zaman ini seperti Rasulullah ? Ada lagi ke wanita di zaman ini seperti isteri-isterinya itu ? Jadi, tentulah mereka yang selayak-layaknya dijadikan idola. Semoga kita akan berjaya mendekatkan tempat kita di akhirat bersama-sama mereka kelak...... Insya Allah.....Amin....

Monday, February 14, 2011

Ya RASULULLAH (SAW)........





Maulidur Rasul sepatutnya menjadi hari yang amat bermakna bagi Umat Islam seluuh dunia. Saya tidak mahu mengarang sesuatu yang saya tidak tahu. Cuma di sini saya minta, kita pupuk diri kita CINTAKAN Rasulullah SAW. Titiskan airmata kerinduan buatnya. Buktikan cinta kita kepada kekasih Allah dengan mengikut sunnahnya. 

Lagu di atas menggambarkan hampir sebahagian dari apa yang ada dalam diri Baginda. Kita hayati lagu di atas sambil menghayati saat-saat akhir Baginda di dunia ini. Umatnyalah yang Baginda risaukan di saat maut hanya beberapa detik sahaja lagi menjemputnya Banyakkan berselawat kepada baginda, dan keluarganya sebagai tanda terima kasih kepada baginda. Semoga kita semua mendapat syafaat dari Baginda kelak.


Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW
 
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."  
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."  
Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"  
Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."  
Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"  
Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait."  
Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."  
Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."  

SEMAKIN TENAT
  Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?"  
Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah."  
Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit."  
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."  
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.  
Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"  
Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."  
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.  
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,
Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."  
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"  
Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  
Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"  
Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."  
Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."  
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."  
Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"  
Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."  
Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"  
Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."  
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"  
Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."  

KETIKA SAKARATUL MAUT:  
Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  
Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  
Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  
Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  
Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  
Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  
Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  
Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  
Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  
Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  

Sunday, February 13, 2011

Cara mudah mencari mukasurat dalam AL QURAN !

Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yg Bdk Botak nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... 



Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.


 p/s: dah mudah ni, adakah saya, kamu, kamu dan kamu mencari alasan untuk membaca Al Quran.....?????? oopsss....mungkin ada yang tak perasan, saya ambil entri ni daripada BLOG UMI WARDAH yang mana beliau ambil dari BUDAK BOTAK seperti di DALAM PERENGGAN KE 2. TQ semua.....

Saturday, February 12, 2011

CIKGU SEJARAH, NOTA & POP KUIZNYA

Anak : Mama, cikgu suruh fotostat dari muka 1 sampai 17....

Mama : Banyak nye, buat apa ?

Anak : Cikgu suruh tampal gambar2 yang ada..

Mama : Cikgu ko tu pelik lah, zaman mama dulu tak de pulak lahh kena fotostat sampai 17 muka surat nih.....ye lah, nanti suruh kakak pergi. (dengan rasa boring kat cikgu dan pelik sekalik)

Selepas dua minggu lebih .....


Anak : Mama, boleh tak tolong fotostat kan buku sejarah bab 1. Cikgu suruh buat semula notanya.

Mama : Kenapa ?

Anak : Sebab, cikgu buat kuiz, tapi ramai yang tak dapat jawab. Cikgu dah pesan suruh baca, tapi diorang masih tak dapat jawab, cikgu suruhlah buat semula.....

Mama : (Blurrrr....)

Patutnya, kalau pendekatan pertama tak jadi, gunakanlah pendekatan lain pulak......kompius lah dengan cikgu ko ni, bukan ke lagi habiskan masa korang je, kalau dia terangkan lebih detail kat sekolah, kan korang boleh buat nota sambil belajar dari kesilapan kuiz tu.....kompius betul laa.....


p/s : Entri saya pendek ye kali ni, tapi saya sangat kompius......... sesiapa yang boleh hilangkan rasa keliru saya ni, sangat dialu-alukan........

Friday, February 11, 2011

KEMPEN PENTING UMAT ISLAM !

"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"



Assalamualaikum....Saya dengan berbesar hati nak mngajak semua mengingati RASULULLAH SAW sempena sambutan MAULIDUR RASUL yang bakal tiba.....Kempen ini dianjurkan oleh saudara pilhanhati. JOM KITA SAMA-SAMA BERKEMPEN ! Mudah-mudahan semua akan mendapat syafaat.

Dan satu lagi kempen iaitu, :


Kempen ini pula dianjurkan oleh cik sunah. Cepatsama2 sertai sehingga 14 Feb ni ye.


Rasanya ramai dah tahu pasal Sambutan Hari Valentine ni kan, tapi ramai juga yang tak tahu. Kalau nak tahu ada bacaan di sini ----->KLIK

Jadi, sesiapa yang rasa ingin bersama menyampaikan perkara ini, jom kita sama sama berkempen. 

Saya Tag SEMUA UMAT ISLAM YANG TERBACA.

ASSALAMUALAIKUM..

Terima kasih abang ! Terima kasih semua ...!

ALHAMDULILLAH... MASIH SIHAT SAYA DAN MASIH BERNAFAS LAGI HARI INI....... Saya dah menjejaki daerah 3 series dalam hidup saya...... Terasa macam baru aje semalam ambil result UPSR. <--------ayat perasan muda la tu, hehe)

Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa dari sesiapa pun. Cuma saya cukup bersyukur kalau suami dan keluarga ingat dan mendoakan kesihatan saya di hari kelahiran saya.

Tapi, macam biasa, suami saya akan buat KEJUTAN untuk saya. Alhamdulillah.... kasih sayang kami makin bertaut. Saya tak kisah apa pun yang dia bagi, saya gembira menerimanya kerana ia datang dari hati yang menyayangi saya.....


Saya dapat perfume yang sangat sedaaaaapppppp baunya. Dan ada bear yang comel di situ ! Terima kasih abang, abang tahu betapa ayu sangat sayangkan abang.....

Saya juga tak mungkin lupakan jasa mak saya bersusah payah mengandungkan saya dalam keadaan bekerja dan melahirkan saya ke dunia dengan segala kesakitan. Terima kasih mak........ jika ada banyak nyawa sekalipun, Takkan terbalas jasa mak kepada Ayu........Mak adalah permata dalam hidup ayu.....

Arwah ayah juga banyak bekorban untuk saya....... Semoga ayah aman di sana.....Alfatihah.....

Tiada apa yang lebih menggembirakan saya untuk hari lahir ini selain bersama dengan orang-orang yang tersayang........Semoga kami sabar dan tabah untuk mengekalkan keindahan hubungan pinjaman dari ALLAH SWT ini.... Amin....Amin.....Amin....Ya Rabbal Alamin.....

Thursday, February 10, 2011

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011



Saya dengan suka citanya mengumumkan ada satu pertandingan mencari blog tercantik yang dianjurkan oleh www.2dayblogger.com dan saya telah di TAG oleh aizasahree, anak saya.

Entah ye, blog saya ni termasuk dalam golongan cantik ke tidak, tapi, VOTELAH SAYA ! hehe...........

Okay, detail sikit ye :

Tarikh tutup : 28 FEBRUARI 2011

Mula mengundi :


-Undian Pertama: 1/3/2011 – 8 /3/2011(Undian untuk semua peserta)
-Undian Kedua: 10/3/2011 – 17/3/2011(Undian untuk 20 terbaik)

Okay, sekarang saya nak ajak orang lain join. Jadi saya TAG mereka di bawah :