Tuesday, January 4, 2011

yeay nak sekolah! Tapi kenapa tak tumbuh lagi gigi ni........

hah! Semangat anak saya nak ke sekolah. Maklumla, pertama kali masuk tadika! 6 tahun..... Kenapa baru masuk? Kenapa tak masuk masa 5 tahun? Hmmmm....... Pendirian ayah dia, tak nak anak bosan...... Jadi, saya dah ajar dia ABC, kenal sukukata mudah (baru sikit), mengira....1 - 100. Tapi seingat saya, saya cuma ajar sampai 20 je, yang selebihnya, dia belajar sendiri. Bila agaknya dia belajar ye?

Ain seronok di sekolah!
Ada satu perkara yang saya dah agak dia akan pertikaikan. Macam ni, gigi dia rongak depan,(biasalah budak kecil), dia tanya bila gigi dia nak tumbuh...... sebab selalu kena ejek (dengan ahli keluarga di juga...!). Saya jawablah, nanti bila sekolah tumbuhlah gigi tu...(saya tak maksudkan gigi tu tumbuh bila dia mula sekolah, maksud saya, dalam era persekolahanlah, ceh, 'era'...). Bila dia balik dari sekolah semalam, dia tanya saya,  mama, ain dah sekolah, kenapa gigi ain belum tumbuh lagi?.......hmmmm , dah agak dah dia nak tanya benda tu....sabar ajelah kita ni jadi emak kan.... nak ketawa salah, nak geram salah, jadi tanggungjawab saya adalah, terangkan sehingga dia faham.....

Apa pun, saya gembira kerana dia tidak menangis, malah nampaknya senang berkawan dan faham arahan cikgu. Bila tengok anak sendiri sekolah, baru terasa diri ini dah menginjak ke alam "tua"...huhu.....sekejap betul masa berlalu...Dulu saya yang melangkah ke dalam pagar sekolah, kini anak saya pula yang melakukannya...Saya seronok bila dia balik dari sekolah kerana tak sabar nak dengar cerita darinya tentang apa yang berlaku di sekolah.

"Mama, ain tak main-main, ain belajar aje. Ada budak tu nakal, main je dalam kelas. Sampai kena marah dengan cikgu........................."

Seronok bila mulut becok tu bercerita, maksudnya, dia seronok ke sekolah dan saya tidak perlu risau! Semoga ilmu anak-anak mama diberkati oleh ALLAH SWT....

Sesungguhnya, ilmu tu pun pinjaman darinya. Jadi, bersyukurlah wahai anak-anakku atas segala ilmu yang telah, sedang dan akan kamu perolehi.....

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....