Thursday, January 6, 2011

Terima kasih....Terima kasih.......Terima kasih.........

Terima kasih yang tak terhingga dan bersyukur kepada ALLAH 
kerana menghidupkan dan menyihatkan ku hingga ke saat ini, 
serta mengurniakan kebahagiaan dan dugaan kepadaku selama ini.

Terima kasih kepada kedua ibu bapa dan keluarga
kerana telah menjaga, mendidik, menyayangi dan menghargaiku
dan terus menerima diri ini walau terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan

Terima kasih kepada sahabat baru dan lama
kerana sudi berkenalan dan berjalan seiring denganku
diwaktu suka dan dukaku,
walau jauh walau dekat,
terima kasih kerana memberi pengalaman dalam hidupku

Terima kasih yang amat sangat ini ingin sekali kusampaikan
buat suami tercinta
kerana sudi menerima dan menyayangi diri ini,
walau aku tidak sehebat muslimah sejati yang lain
terima kasih kerana menerima aku dan masa lalu ku,
terima kasih kerana mahu bersama ku 
untuk masa sekarang, dan masa hadapan.

Terima kasih kepada anak-anak mama
kamu semua adalah 6 orang anak perempuan yang baik dan cantik
terima kasih kerana menyerikan hidup mama
dan memelihara kamu telah mendidik mama
menjadi seorang "MAMA"

Terima kasih kepada teman perniagaan dan saingan
kerana kehadiran kalian telah memberikan aku semangat 
yang amat teguh 
dan membuatkan aku semakin berani mengharungi cabaran perniagaan

Terima kasih juga kepada guru-guru 
yang telah banyak berjasa dan mendidik aku menjadi manusia
Jasa kalian tak mungkin ku lupa

Terima kasih juga kepada teman bloggers,
walaupun aku baru dalam dunia maya ini, 
namun aku tidak rasa tersisih

Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup ini.........
Semoga ALLAH SWT memberikan rahmat dan redhanya pada kalian
Jangan kita putuskan pertalian,
tapi kita pulihkan yang rapuh,
agar ia dapat berkekalan......

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....