Sunday, January 23, 2011

Tahan tak saya ?

Dua tiga hari ni, saya rasa agak letih, penat dan lemas. Saya tak tahu nak buat apa sebenarnya. Bukan tak ada apa nak buat, tapi terlalu banyak perkara yang nak diselesaikan. Terlalu banyak yang cuba nak disusun dalam kepaala. Rasanya macam nak berhenti dari memikirkan itu semua.

Hmmmm........tapi kenapa saya rasa macam tu ya?

Nak tahu tak, kalau kita banyak bagi motivasi kat orang, kita akan terlupa untuk memotivasikan diri sendiri. Jadi, saya ambil keputusan, malamni, saya tak nak buat kerja. Saya nak rehatkan otak. Blogwalking pun jadi memenatkan dikala otak tengah buntu. Pilihan saya, nak seterika baju suami banyak-banyak, rehat, tengok tv, bergurau senda dengan anak-anak. Lepas tu tidur.

Tapi, masalah saya lagi satu, bila satu perkara dah jadi rutin, susah nak buat tak tahu je. Apa rutin nya? Biasanya, malam-malam ni, saya buat kerja dekat laptop sambil berblogwalking......tengoklah nanti, berapa helai baju suami saya yang dapat saya seterika...Ini entri yang saya siap kan pada pukul 8.30 malam, saya akan cuba cekalkan hati tak nak online sampai esok......tahan tak saya?

Tunggu.............

4 jiwa yang tenang:

  1. chayok3!!
    akaq buley..
    la ni dh pg dh..:D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..kita kena utamakan keluarga dlu..tu yang paling penting..ada masa terluang leh la kita on9 kan..cuba cekalkan hati..semangat kena kuat..

    ReplyDelete
  3. aQi: yes!! berjaya...! pukul 9.40 pg baru online... huuhu

    princeduyomg : dah biasa la tuanku....

    k no : ye betul, famil 1st, tp bila ingat kerja yg melambak kt dalam laptop tu, tak menentu jadi nya.....tp, saya berjaya....hehe

    ReplyDelete

Apa kata anda....