Thursday, January 6, 2011

Susahnya nak belajar redha...

Kata-kata seorang kenalan membuatkan saya menulis entri kali ini. Saya bersetuju dengan ucapannya itu. Maksudnya, redah itu perlukan kekuatan. Redha itu adalah cubaan melawan kata hati yang biasanya berguru dengan nafsu. Redha itu juga biasanya menjadi satu perkara terakhir yang kita pilih selepas berusaha mendapatkan sesuatu yang kita mahukan.
Bukankah kita sepatutnya redha dalam apa keadaan jua? Apakah sifat yang membantu mencapai redha yang dikehendakiNYA? SABAR. Sabar adalah satu perkataan yang sangat selalu kita dengar. Tapi apakah kita betul-betul menghayati?
Saya pun masih lagi dalam pencarian meredhakan apa yang ditentukan dalam hidup saya.  Mahupun suka atau duka akhirnya. Saya juga sedang berusaha membaikpulih sifat sabar yang tenggelam timbul dalam diri. Saya masih lagi mudah marah tentang perkara-perkara kecil di rumah dan pejabat, dan cara marah saya kadang-kadang tidak masuk akal, tak padan dengan kesilapan yang berlaku. Memang kita patut marah untuk membetulkan keadaan yang salah, tetapi bagaimana cara kita marah? Selepas melepaskan marah ataupun tidak, masihkah lagi tersimpan dalam hati kata-kata sungutan, rungutan, kononnya kita ini betul, dan mereka itu salah? Kalau masih ada, kita belum redha, dan belum betul-betul sabar.
Namun jika kita hayati firman Allah SWT di bawah ini :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya “. ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )
Bagi saya kesimpulannya adalah, kita perlu memupuk jiwa kita menjadi orang yang benar-benar takut kepada ALLAH. Menjadi orang yang bertaqwa. Mintalah dengan ALLAH supaya membawa kita ke jalan yang DIA redhai. Berdoalah, contohnya :
YA ALLAH YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI SERTA MAHA MENGASIHI,kurniakanlah hambamu ini solat yang khusyu’, berikanlah hambamu ini rasa syukur yang tiada berpenghujung, kurniakan juga hambamu ini keimanan yang tinggi, dan jadikanlah hambamu ini dikalangan orang-orang yang redha dan bertaqwa,Amin.
Dan yang paling penting pula dalam berdoa, kita mesti YAKIN. Jangan ragu-ragu. Makbul atau tidak doa kita, itu urusanNYA. Tugas kita adalah berdoa dan berusaha. Insya Allah…….

* Ni sebenarnya entri saya yg dah lama, masa berblogging dengan wordpress dulu, jadi, mungkin ada yang dah terbaca, tapi saya saja nak post di sini, sebab, ia terlintas di fikiran, 

** Betul ke ada yang dah baca? Ada ke yang baca blog saya ek ? Ooooppsss...ada, walau trafik saya rendah, tak macam senior blogger, tapi terima kasih kepada yang sudi membaca.... love u all

2 jiwa yang tenang:

  1. betul tu akak, redha bukan sekadar di mulut.
    nak sebut senang je.

    ReplyDelete
  2. ye miss nina, semua orang boleh cakap, tapi boleh ke buat? jom kita usaha...!

    ReplyDelete

Apa kata anda....