Sunday, January 2, 2011

Sanggup berkorban tak?

Hmmm...amacam, sanggup berkorban tak? Kenapa pulak puan ayu ni tetiba tanya macam tu yer...

Yelah, bila masuk tahun baru ni, semua sibuk cerita pasal azam, nak beli kereta baru lah, nak jadi lebih baik lah, nak kawal kewanganlah....macam-macamlah...! Tapi sedar tak kita, apa saja yang kita nak buat dalam dunia ni, perlukan pengorbanan? Lebih besar kemahuan kita tu perubahan yang kita nak, lagi besar pengorbanan yang diperlukan. Bukan cerita korban ni masa hari raya haji aje. Setiap hari kita perlukan pengorbanan. Untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang lebih baik, tentu berbaloi kan? Berbaloi baloi baloi.........

Kalau kita nak beli handphone baru, kita terpaksa korbankan telefon lama, tapi ada orang yang suka buat koleksi, terpulanglah, tapi takkan rumah pun nak buat koleksi kan? hmmmm....

Cuba kita tengok balik, kenapa azam tahun lepas tak tercapai... contoh azam nak beli kereta mewah, tapi tak dapat kumpul deposit, sebab, tiap 2 minggu sekali kita pergi bercuti. Contoh aje...(bak kata Dr Fadzilah Kamsah tuuuu)

Jadi, kalau korbankan keseronokan cuti, perbelanjaan yang hangus masa bercuti tu, boleh lah disimpan untuk beli kereta! Betul tak?

Saya sendiri, tiap tahun azam nak jadi isteri solehah, tapi masih sayang nak korbankan masa lama-lama dekat tikar sejadah (pengakuan bertulis ni!). Tak nak ketinggalan gurau senda suami dan anak-anak, patutnya boleh lama sikit kat sejadah tu.... Satu lagi, masih belum boleh lagi tetap bangun malam untuk sepertiga malam tu....Sayangkan tidur... kononnya penat sangat... entah apa yang saya penatkan pun tak tahulah....Satu malam, buat 3 malam tidur... itu perlukan pengorbanan tu... betul tak?

Sebenarnya, Allah pasti akan memberikan yang lebih baik, sekiranya kita terpaksa melepaskan sesuatu yang baik yang ada pada kita. Cuma, kadang-kadang kita tak nampak. Contohnya :

Waktu Allah beri kita rezeki lebih, kita kurang ibadah pada DIA, tapi bila ekonomi keluarga kita merudum, kita banyak beribadah kepada ALLAH.......Itu maknanya, kita korbankan kesenangan dunia untuk mencari kesenangan akhirat....

Kita korbankan kasih sayang manusia untuk dapatkan kasih sayang ALLAH SWT.

Saiapa nak lepaskan peluang tu? jom kita berlumba untuk mendapatkan kasih sayang ALLAH. Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....