Wednesday, January 19, 2011

Padan muka aku....huhuhu

Kenapa padan muka? Hmmm....kisah anak lah... bila dah jadi mak atau isteri, balik-balik kisah anak atau suami atau hal rumahtangga...

Macam ni, dulu kan, saya tak suka tengok anak orang yang jenis kalau tak dapat tu, dia baring-baring nangis dan 'menghempaskan' diri ke lantai sebagai tanda protes. Anak saudara saya sendiri ada yang berperangai macam tu masa dia kecil.

Selepas ada anak, anak pertama dan kedua elok aje perangai. Tak sangka pula anak ke 3 ni buat macam tu! Usia baru mencecah 1 thun 9 bulan, dia memang sangat bijak dan comel serta sangat pandai mengambil hati. Dia juga anak yang sangat cepat dari semua segi. Cepat jalan, cepat cakap, cepat 'pick-up' apa orang cakap dan cepat memahami situasi. Itu semua menggembirakan hati saya.

TAPI.......ada tapinya......

Bila dia tak dapat apa yang dia nak sangat, dia akan terus merajuk dan menghempaskan diri ke lantai dan menangis-nangis merayu mahukan yang dia tak dapat tu. Mula-mula dapat perangai tu, dia terus aje menghempaskan diri, tapi sekarang dah pandai.... landing kepala baik-baik dulu barulah nak merengek dan menangis....huhuhu.....

Tapi keistimewaannya pula, dia mudah di pujuk. Kalau ada makanan yang menarik atau vitagen, atau apa-apa minuman pun, dia akan lupa. Itulah keistimewaan kanak-kanak kan? Hatinya bersih, tidak pandai simpan dendam. Seronok.

Anak yang sulung (anak tiri), bertanya, "mama, kenapa baby ni bau dia sedap walaupun busuk?"

Saya jawab, "Sebab, baby ni, hati dia masih bersih, tak ada busuk hati atau hasad dengki dengan sesiapa. Dia juga belum pandai berdendam...."

Betul tak? Jadi, kitalah yang bertanggungjawab kepada perubahan dalam diri anak itu dalam proses tumbesarannya kelak... Jadi,sama-sama sediakan kelengkapan!

2 jiwa yang tenang:

  1. begitu la perangai anak2 nih..macam2 ragam..seronok kan tengok gelagat mereka..No ada 4anak dan 4jenis ragam la..tp No perasan anak sulong sama perangai ngan no.3..anak no.2 sama perangai ngan no.4..

    tapi yang no.4 kuat merajuk, tak dapat kehendak, lari nangis masuk lam bilik tp senang dipujuk..agaknya yang 'bongsu' kot hehe

    ReplyDelete
  2. No: tu la kan...kalau x jumpa diorang sehari, tak keruan rasa.......bila24 jam menghadap, macam2 ujian rasanya pulak....hehehe anak penawar duka lara....

    ReplyDelete

Apa kata anda....