Thursday, January 6, 2011

MEREKA KATA........



Assalamualaikum......ini kali ke 2 saya join segmen En Ben Ashaari..... Terima kasih En Ben yang baik hati kerana rajin buat segmen yang bagus-bagus.....

Selamat datang kepada semua blogger ke blog Puan Ayu yang tak seberapa ni....di usia ini baru nak menjengah blog, walau pun dulu belajar science comp, tapi, habis belajar, tutup buku, keje benda lain, yg tak ada kena mengena...(oopss membebel pulak).

Saya dengan ini, eh, apsal tetiba saya jadi tak serius nih... Ok,

Terima kasih kepada semua blogger yang sudi menjengah ke blog saya ini, (kalau ada la), blogger baru atau lama, jika anda ada pandangan, amatlah di alu-alukan. Saya ni cuma suka buat entri ikot syok saya je, jadi kalau ada cadangan, kritikan yang membina, atau kata-kata sokongan mahu pun tentangan, saya terima dengan tangan terbuka, tak cukup tapak tangan, padang bola saya tadahkan. Maklumlah, pengalaman dalam ber'blogging' ni baru berapa bulan je.

Kalau nak tahu, dah setahun saya register blog, tapi baru beberapa bulan yang lepas buat entri...

Sebenarnya, motif blog saya nih adalah untuk para isteri dan kaum wanita, serta yang berumahtangga. Tapi, kadang-kadang terkeluar topik jugaklah kan, maklumlah syok sendiri (nak mula membebel lagi la nih?!) . Jadi saya sangat berharap, entri-entri dalam blog saya ni boleh mendatangkan faedah.

Kaler pink ni bukanlah kegemaran saya, tapi macam cantik pulak sy tengok lama-lama. Hmm....saya memang tabik kat blogger macam En.Ben dan lain-lain blogger yang ramai pengikut dan pembaca.

Mungkin ketulusan hati yang penting kot. Tak kisahlah pasal trafik kan, asalkan bila saya dah klik button Publish post dan view blog, saya boleh tersenyum dan puas hati. (Tapi kadang2, edit balik sebab baru perasan ada salah ejaan yang membawa maksud lain untuk ayat tu, ooopsss membebel jugak aku nih)

Ok jadi, buatlah macam rumah sendiri, terima kasih bloggers yang sudi berkunjung ke mari. Rasanya, ramai adik2 aje kan... akk nih dah tak de 2 series... dah masuk 3 series dah tahun nih.... dah ada anak dara dah (bukan bertujuan promosikan anak dara saya ye). Jadi, walau pun adik, jangan takut nak melaser akk ye, akak sangat open minded.... terima kasih sekali lagi.

Entri ini ----> ini , juga untuk kalian, pastikan baca sampai habis !

7 jiwa yang tenang:

Apa kata anda....