Saturday, January 8, 2011

ini memang isu semasa, tapi, Rasulullah dah banyak warning dulu....

Salam,

Semalam blogwalking dan terbaca pasal isu pemakain tudung shawl dan melaram tu...

Saya tak nak komen pasal sesiapa cuma ada beberapa perkara yang perlu kita sedar disini :

1. Blogger persendirian boleh buat entri ikut suka hati dia

2. Menegur orang lain adalah antara jihad akhir zaman. (tanggungjawab sesama muslim)
    - Sabda Rasulullah ; "Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, tegahlah dengan lidah, jika tidak mampu juga, tegahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman. "(HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi)

3.Janganlah kamu membuka aib orang lain, kerana allah akan mebuka aib kamu pula
    - Sabda Rasulullah ; 'Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya di dunia dan akhirat."   (HR Tirmidzi)


4.Di akhir zaman, manusia akan kembali ke zaman jahiliyah, malah lebih teruk lagi. Jadi, janganlah kita termasuk dalam golongan itu.
   - Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".  (HR AT Thabrani)

5.Fahamilah erti kata aurat yang sebenar. Jika anda sedar, aurat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang benar-benar beriman.
    - Sabda Rasulullah;“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. 


   - Firman Allah,
Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

6.Wanita adalah punca fitnah akhir zaman, jadi kepada kaum lelaki, berwaspadalah dengan pandangan kamu, dan pada kaum wanita, jagalah aurat dan akhlak mu.
   -  Sabda Rasulullah ; "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) 

7.Janganlah kita sesama manusia lebih lagi muslim nak bergaduh. Dah akhir zaman. Mari lah kita bersatu, membina ukhwah, dan meningkatkan pengetahuan.

8.Hak kita sebagai manusia dan blogger tidak mungkin dapat mengatasi hak ALLAH SWT. 

Jadi, jangan gaduh2 blogger sekalian! WORLD PEACE!

**Saya cuba guna bahasa mudah tapi sopan, kalau ada yang marah, maaf lah ye, sekadar mengingatkan diri sendiri dan sesama kita.

2 jiwa yang tenang:

  1. gengkey : ye....sesama ingat mengingati tu dah jadi tanggungjawab.....

    ReplyDelete

Apa kata anda....