Thursday, January 6, 2011

Ayu dah tak de kawan, terima kasih abang....

Dulu, dari kecil sampai zaman anak dara, hari-hari penuh aktiviti. Dengan kawan sana, dengan kawan sini. Sampai satu tahap, penat pulak rasanya hidup macam tu.  Saat itulah saya ambil keputusan nak kahwin, dan ditakdirkan ALLAH pulak jodoh saya sampai.
Hati bertekad, selepas kahwin, masa yang saya ada hanyalah untuk suami dan keluarga. Kawan-kawan semua dah bukan dalam senarai penting lagi. Yelah, masing-masing pun masa tu dah bekerja dan ada yang masih belajar lagi.  Memang saya akui, masih lagi berhubung dengan beberapa orang teman rapat, tapi bukan lah macam dulu, hampir setiap hari. Lebih-lebih lagi saya amat jauh lokasinya daripada mereka. Ramai kawan duduk KL, saya pulak di Johor.
Bila dah lama tak jumpa kawan-kawan, dan bila saya sedar, saya sudah tidak ada tempat untuk berkongsi cerita,(ada setengah cerita x boleh cerita dengan anak @ suami @ keluarga, =P), saya rasa, saya dah tak ada kawan! Bila kisah bermadu saya bincangkan dengan suami, saya terfikir, ‘alangkah baiknya kalau saya dapat madu yang boleh dijadikan kawan. Banyak cerita boleh kongsi.’ Semakin positif saya ke arah ‘BERMADU’.
Jadi, satu hari, saya cuba memulakan perbualan, nak pancing suami supaya agresif sikit carikan madu untuk saya (tolong jangan cakap saya gila! Hehehe).
“Abang tahu tak kenapa ayu redha kalau abang kawin lagi?”
“Kenapa?”
“Sebabnya, ayu rasa sunyi lah sekarang. Dah tak ada kawan. Dah enam tahun, kawan ayu cuma abang dan anak-anak aje. Kalau dapat madu, boleh jadikan kawan, best agaknya bang..”
“Tak payah sibuk nak cari kawan…. Kawanlah dengan ALLAH SWT. Lagi banyak faedahnya.”

DIA ada di mana2
Saya terus terkedu, terdiam, hilang kata-kata, dan dalm diam saya menyetujui kata-katanya. Kenapa saya tak terfikir ye? Memang betul sangat kata-kata suami saya. ALLAH adalah kawan yang sentiasa ada bersama kita. Bila-bila pun kita boleh bercerita denganNYA, walau dimanapun kita berada. Kita yang harus memilih untuk setia kepadaNYA atau tidak. Kita sahaja yang selalu lalai mengingati KAWAN yang paling besar pengorbanan buat kita. Kita selalu lupa bahawa DIA adalah pendengar dan penyelesai masalah yang MAHA AGUNG.
Berkawan denganNYA pasti akan jadikan saya isteri solehah, insya ALLAH….
Terima kasih abang….


* Entri ni pun daripada blog saya yang dulu, tapi saya suka enri saya yang ni...hehe..

2 jiwa yang tenang:

  1. betul tu ayu..pada ALLAH la tempat kita mengadu..klo ditakdirkan kita bermadu, dapat yang 1kepala mmg ok dan seronok tp klo dapat yang jeles dan tak bersyukur mmmm pening kepala gak kita ayu..

    ReplyDelete
  2. Nor, betul2, itulah, kalau ditakdirkan bermadu, doa saya semoga membawa kebaikan kepada kami sekeluarga, tapi kalau dia hadir sebagai dugaan dari ALLAH, kenalah sabar... yatak?

    ReplyDelete

Apa kata anda....