Tuesday, January 18, 2011

Cara memakaikan bedung untuk bayi

Siapa tahu bedung ? Biasanya kain puting yang dibuat sendiri daripada kain cotton lebih besar dari kain lampin. Bentuknya pula ialah segiempat sama. Lebarnyar sisinya lebih kurang 1 ela (kurang sikit dari 1 meter). Zaman sekarang ni, dah tak ramai yang buat cara ni. Berbedung ni banyak kebaikannya. Antaranya :

  1. Bayi akan tidur lena 
  2. Tidak mudah terkejut
  3. Mengelakkan anak berjalan mengengkang bila besar
  4. Mengelakkan mudah masuk angin

*Itu apa yang orang tua selalu cakap dengan saya.

Anak saya yang sulung berbedung cuma sebulan, yang kedua berbedung tak sampai sebulan, tapi yang ke tiga hampir dua bulan masih boleh dibedungkan kerana dia suka.

Di zaman sekarang ni, dah banyak blanket baby yang boleh terus diikat ke badan bayi seperti bedung. Tapi ia sebenarnya tidak sebaik bedung cara tradisional. Di bawah ni saya tunjukkan cara-cara memakaikan bedung :



Imej di atas mengikut turutan langkah bermula dari langkah 2.
    Kredit untuk adik MOHD AMIR MIRZA. (baik aje dia masa jadi model ni) 
  1. Lipatkan penjuru kain bedung ke dalam menjadi bentuk segi tiga, (saiz agak2 dengan lebar bahu bayi)
  2. Baringkan bayi lebih ke sebelah (kiri atau kanan, yang mana anda mahu.)
  3. Tarik sisi yang nampak lebih pendek ke sebelah (jadi ia akan menutup sebahagian besar bayi, seelok2nya ia dapat sampai hingga ke bawah siku bayi)
  4. Dengan cermat kemas dan sedikit ketat, tarik sisi yang lebih besar tadi ke arah sebelahnya dan menutup seluruh bayi dan dibawa ke bawah badan bayi sehingga ia akan sampai ke tempat asalnya tadi.
  5. Kemaskan kain bedung di bahagian sisi bahu, bawah punggung dan hujung bedung, pegang lutut bayi anda agar ia rapat, dan tarik hujungnya kemudian di lipat ke atas.
  6. Ambil hujung sisi yang anda bawa ke bawah tadimenutup bahagian lutut bayi.
  7. Tarik bahagian hujung yang anda lipat tadi ke bahagian belakang lutut bayi (atas sikit dari lutut)
  8. Ikatkan hujung yang ditarik dengan hujung yang menutup lutut tadi.
  9. Pastikan ikatannya kemas dan tidak mudah terbuka, tapi jangan terlalu ketat sehingga menyakitkan bayi anda.
*Nampak tak bayi yang jadi model tu bedung dia tak 'kesampaian'. Itu disebabkan bukan lampin untuk bedung, saya nak juga ambil gambar untuk entri ni, jadi mak bayi tu pun hentam ajelah kain bedung yang ada. Mak bayi tu, lain dan tak bukan, kakak saya. Kalau gambar agak kabur, nanti  bila ada masa, saya akan buat rakaman video pulak yer. Bayi saya dah besar, dah tak boleh di bedung, dah boleh panjat-panjat! HEHEHE


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....