Saturday, January 29, 2011

Anak Batang Pisang?

Saya dah banyak kali tulis dalam entri saya sebelum ni tentang ALLAH REDHA BILA SUAMI REDHA (buat kaum isteri).

Seorang lelaki  bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh isterinya, anak-anaknya, ibunya, dan semua saudara perempuannya. Kita perempuan pula hanya akan bertanggungjawab atas diri sendiri sahaja.

Untuk orang lelaki pula, ALLAH REDHA  BILA IBU REDHA. Sebab itu, seorang isteri tidak boleh ungkit apa pun yang si suami buat untuk ibunya. Isteri perlu juga sedar, seorang suami bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu bapanya. Jadi, kita kena faham dan terima dengan ikhlas.

Kalau ada mak mertua yang jenis "tak munasabah" macam mana? Yelah, yang asyik mintak perhatian suami, minta duit, yang kadang-kadang sampai lebih daripada tahap kemampuan suami. Kita tidak boleh lukakan hati ibu mertua kita. Ia sama saja macam lukakan hati ibu kita sendiri. Anggaplah perkara yang terjadi itu satu ujian dari ALLAH. Mesti ada orang cakap, "asyik sabar aje, sabar pon ada hadnya juga!" Selalu-selalulah minta petunjuk pada ALLAH.  Semoga ALLAH tunjukkan jalan bagaimana menghadapinya.

Ada kes pula, suami yang tak izinkan isteri pulang ke rumah ibunya. Jika puncanya disebabkan keluarga isteri yang suka memecahbelahkan hubungan suami isteri, wajar juga tindakan suami. Bukan memutuskan silaturrahim, cuma menjarakkan diri. Kalau ia membawa mudharat, wajar juga itu dilakukan. Tetapi, apa salahnya daang menjengok sekali sekala? Buangkan syak wasangka dan rasa marah. Mak kepada isteri itu tetap tangungjwab si suami. Lagikan pula bila si ibu tidak meminta-minta. Cuma rindukan khabar dari anak menantunya sahaja. Teknologi dah semakin canggih, tapi kenapa hubungan semakin disukarkan ? Tak kiralah dalam keluarga tu ada berapa adik beradik pun, asalkan semua jalankan tanggungjawab, insya Allah semuanya akan menjadi baik. Manusia didatangkan dengan ujian kerana ALLAH ingat padannya. Kita patut bersyukur.......

*Saya buat entri ni sebenarnya, teringatkan seorang wanita yang saya kenal, yang sudah bertahun-tahun tidak pulang ke pangkuan keluarganya. Saya pun tidak pasti kenapa, tapi yang pasti suaminya tidak izinkan. Ahli keluarganya juga gagal menjejakinya, kerana rumah lamanya telah pun kosong. Tidak pula dia khabarkan kemana dia pergi. Si suami pun dah putus hubungan dengan keluarganya sendiri. Sudah lebih 10 tahun tidak pulang bertemu keluarga, telefon pun tidak. 


Saya cuma kesian pada pasangan itu, dia telah lupa, ada waris yang dia cicirkan dibelakang, yang sangat mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Teganya dia memperlakukan sebegitu kepada ibu kandungnya sendiri? Teganya si lelaki berbuat begitu sedangkan si ibu tidak pernah meminta apa-apa, sekadar ingatan dari anak menantu dan cucu tercinta...........


Semoga Allah bukakan hati mereka, supaya mereka tidak kesal bila tidak dapat lagi melihat wajah emak dan ayah mereka di dunia ini.......


Saya sayangkan mak saya, keras mana pun hati seorang lelaki, jika kita isteri minta ALLAH lembutkan hatinya, saya yakin ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENYAYANGI. 


Hilang satu nikmat bila nyawa ibu di tarik dari badannya. Kita tidak akan dapat bernaung di bawah doanya lagi.....


Takut bila dengar si emak lafazkan "agaknya dia keluar dari batang pisang" Nauzubillahi minzalik.......Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....