Antaranya:
Laksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Seperti yang telah diterangkan dalam ayat yang disebut ayat seribu dinar, Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq
yang bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Rajinlah berdoa untuk kedua ibu bapa kita.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud
Apabila seseorang itu berhenti berdoa kepada orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki ALLAH SWT daripadanya ( HR Al Hakim & Ad Dailami)
Banyakkan istighfar dan berzikir
Bila kita ingat yang MAHA MENJADIKAN, DIA juga akan ingat pada kita. Ada banyak zikir yang boleh diamalkan. Paling mudah ialah , SUBHANNALLAH, WALHAMDULILLAH, WALA ILAHA ILLALLAH, WALLAHUAKBAR.Itu adalah zikir kegemaran Rasulullah SAW.
Jagalah kebersihan diri, tempat tinggal dan juga hati.
Suami selalu pesan, tong sampah mesti dikosongkan sebelum masuk tidur, rumah mesti selalu bersih, biar malaikat yang singgah di rumah rasa seronok dan insya ALLAH akan mendoakan kita. Dia juga selalu pesan, jaga hati, jangan ada sifat dengki dan dendam.
Sentiasa mulakan perbuatan dengan bacaan BASMALLAH dan SYAHADAH.
Bila kita mulakan setiap perbuatan dengan NAMA ALLAH, insyaAllah, urusan akan dipermudahkan dan kita akan diredhaiNYA.
Berbaik sangka dalam apa perkara sekalipun
Jika kita suka buruk sangka contohnya "Macam nak hujan aje, macam mana nak jual kuih ni?" Belum hujan lagi, dah buat andaian negatif. Kan bagus kalau ditukar jadi macam ni "Ya Allah, alhamdulillah atas rahmatMU, permudahkanlah urusanku, dan berikanlah rezeki yang Kau berkati."
Bangun awal pagi.
Kalau bangun subuh tu, janganlah tidur balik. Ia akan menutup pintu rezeki. Ia bukanlah amalan para anbiya dan solihin. Ia juga menggambarkan kita tidak mengikut petunjuk AlQuran & AsSunnah. Zikir di awal pagi yang sangat mudah : Bacalah surah AL-IKHLAS, AN-NAAS, AL-FALAQ.
Sabda Rasulullah SAW:
“Membaca Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Al Muwa’idzatain (surat Al Falaq dan An Naas) ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali akan mencukupkanmu dari segala sesuatu).” (HR. Abu Daud no. 5082. Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Bersedekah dan murah hati
Sabda Rasulullah SAW :
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).Bersedekah bukan waktu kita kaya sahaja. Sedekahlah apa yang kita mampu, walaupun doa atau senyuman. Sedekah dengan seikhlas hati. Tapi bila kita bersedekah dengan harta, kenalah betul tempat sedekahnya. Berilah kepda fakir yang memerlukan. Tapi, jangan lupa, sedekahlah kerana ALLAH....bukan menunjuk-nunjuk pula ya?
Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan. Tapi, sikit-sikitlah ye. Nanti ada masa, saya tambah lagi.
*Jika ada yang tersilap, sesungguhnya dari saya, dan semua yang baik datangya dari ALLAH SWT.



yang penting usaha doa dan tawakkal
ReplyDeleteya betul...kalau yakin pada ALLAH, semua nya tak mustahil.
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletemomoy minta izin nak copy print doa tu yer
momoy follow blog ni sekali
salam kenalan dari momoy
Student Perlu Tahu | RESUME
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
ok , boleh saja......tqvm sbb follow, dan selamat berkenalan ye...
ReplyDeleteThanks for the useful insight reviews.
ReplyDeleteMy blog:
Regroupement De Credit puis rachat de credit immobilier simulation