Monday, January 31, 2011

BANJIR DI SEGAMAT

Mungkinkah banjir besar di JOHOR akan berulang semula ? Saya panjatkan doa semoga Allah tabahkan hati hamba-hambanya yang menempuhi keadaan ini. Ditempat saya, kampung berhampiran sudah dinaiki air. Mangsa banjir pun dah ramai yang berpindah ke dewan berhampiran pejabat saya. Saya belum berkesempatan nak melawat mereka semua. Sedih juga kalau melawat tanpa bawakan apa-apa. Jadi, saya hanya melihat dari luar saja.

Suami saya baru balik dari rumah emaknya di Felda Cemplak, di Labis Segamat. Sepatutnya dia balik semalam, tapi perhubungan terputus disebabkan banjir. Semua laluan keluar dinaiki air. Tadi, katanya, banjir di jalan arah Johor Bahru sudah surut. Nasib baik dia tak apa-apa. Dia sempat meronda di Bandar Labis Pada hari Sabtu. Sempat juga dia membantu mangsa banjir. Suami saya pulang ke rumah emaknya pukul 6.00pg, ahad tu. Ada sedikit gambar yang saya nak kongsikan. Semoga Allah perrmudahkan semuanya buat mangsa-mangsa banjir ni semua.








Tentang saya :Ayu Rashidah.

Ada ke orang nak tahu tentang saya ni? Macam tak ada je, huhu.....Tapi, atas tanggungjawab seorang blogger yang telah di tag oleh blogger lain, saya akan jawab soalan2 yang dikemukakan ni...ok....

Apakah status anda ?
Saya seorang isteri dan juga ibu kepada 6 orang anak perempuan.

Ceritakan tentang diri anda.
Ada satu rahsia, Ayu tu nama panggilan dari kecik. Rashidah tu nama dalam IC. Kalau nak tau lebih2, dah cerita kot dulu kat link ni.

Saturday, January 29, 2011

Macam mana nak cakap " i tak love u" ?

Susah nak cakap I love you. Tapi kalau nak cakap I tak love you, macam mana? Susah ke senang ?

Ya. Saya dah kahwin. Bukan saya yang nak cakap I tak love you tu.... Saya cuma teringat, dulu, kawan saya, kita panggil dia lina, ok? Lina ada pengalaman, "dipaksa couple". Lina tak nak, dan tak rasa setitik pun suka pada lelaki tu - Sham. Tapi Sham tetap nak juga.. Dia seolah-olah tidak dapat terima istilah "Cinta tidak boleh dipaksa". Lina cuba cakap dengan cara baik, Sham tetap tak faham.

Oleh sebab kesian, Lina beri tempoh percubaan selama sebulan.......Tapi, dalam tempoh 1 bulan, tidak ada satu saat pun yang Lina suka pada Sham. Jadi, bila cukup sebulan, Lina putuskan hubungan dengan Sham. Sham, yang sepatutnya dari awal bersedia dengan apa pun keputusan, agak marah dan agak tidak berpuas hati. Tapi, Lina dah malas nak layan.

Memang Sham lelaki baik yang bertanggungjawab, rajin bekerja, dan ikhlas menyayangi Lina. Tetapi, sayang dan cinta tak boleh dipaksa. Bukannya boleh terjah aje hati orang dan ambil untuk kita.  Paling penting, kenalah percaya kepada ALLAH. Kalau bukan untu kita, pasti ada yang lain menanti kita.

Janganlah kita suka paksa-memaksa dalam soal hati. Terasa  seksa orang yang dipaksa, dan akhirnya terseksa juga orang yang memaksa. Wah, "Kau dipaksa, aku terpaksa" gitu.

Okay. Pertama sekali, kita kena Percaya kepada Qadha & Qadar. Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Kemudian, kenalah bersabar untuk menemui yang sesuai dengan diri kita. Setiap orang pasti ada pasangannya.

*Lainlah kalau ada orang meminang, mak dan ayah setuju. Bila nikah dengan ikhlas, walau pun sebelum tu tak pernah cinta, cinta yang akan dimiliki lagi hebat. Percayalah! Yang penting IKHLAS! Bukan terpaksa.

Anak Batang Pisang?

Saya dah banyak kali tulis dalam entri saya sebelum ni tentang ALLAH REDHA BILA SUAMI REDHA (buat kaum isteri).

Seorang lelaki  bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh isterinya, anak-anaknya, ibunya, dan semua saudara perempuannya. Kita perempuan pula hanya akan bertanggungjawab atas diri sendiri sahaja.

Untuk orang lelaki pula, ALLAH REDHA  BILA IBU REDHA. Sebab itu, seorang isteri tidak boleh ungkit apa pun yang si suami buat untuk ibunya. Isteri perlu juga sedar, seorang suami bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu bapanya. Jadi, kita kena faham dan terima dengan ikhlas.

Kalau ada mak mertua yang jenis "tak munasabah" macam mana? Yelah, yang asyik mintak perhatian suami, minta duit, yang kadang-kadang sampai lebih daripada tahap kemampuan suami. Kita tidak boleh lukakan hati ibu mertua kita. Ia sama saja macam lukakan hati ibu kita sendiri. Anggaplah perkara yang terjadi itu satu ujian dari ALLAH. Mesti ada orang cakap, "asyik sabar aje, sabar pon ada hadnya juga!" Selalu-selalulah minta petunjuk pada ALLAH.  Semoga ALLAH tunjukkan jalan bagaimana menghadapinya.

Ada kes pula, suami yang tak izinkan isteri pulang ke rumah ibunya. Jika puncanya disebabkan keluarga isteri yang suka memecahbelahkan hubungan suami isteri, wajar juga tindakan suami. Bukan memutuskan silaturrahim, cuma menjarakkan diri. Kalau ia membawa mudharat, wajar juga itu dilakukan. Tetapi, apa salahnya daang menjengok sekali sekala? Buangkan syak wasangka dan rasa marah. Mak kepada isteri itu tetap tangungjwab si suami. Lagikan pula bila si ibu tidak meminta-minta. Cuma rindukan khabar dari anak menantunya sahaja. Teknologi dah semakin canggih, tapi kenapa hubungan semakin disukarkan ? Tak kiralah dalam keluarga tu ada berapa adik beradik pun, asalkan semua jalankan tanggungjawab, insya Allah semuanya akan menjadi baik. Manusia didatangkan dengan ujian kerana ALLAH ingat padannya. Kita patut bersyukur.......

*Saya buat entri ni sebenarnya, teringatkan seorang wanita yang saya kenal, yang sudah bertahun-tahun tidak pulang ke pangkuan keluarganya. Saya pun tidak pasti kenapa, tapi yang pasti suaminya tidak izinkan. Ahli keluarganya juga gagal menjejakinya, kerana rumah lamanya telah pun kosong. Tidak pula dia khabarkan kemana dia pergi. Si suami pun dah putus hubungan dengan keluarganya sendiri. Sudah lebih 10 tahun tidak pulang bertemu keluarga, telefon pun tidak. 


Saya cuma kesian pada pasangan itu, dia telah lupa, ada waris yang dia cicirkan dibelakang, yang sangat mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Teganya dia memperlakukan sebegitu kepada ibu kandungnya sendiri? Teganya si lelaki berbuat begitu sedangkan si ibu tidak pernah meminta apa-apa, sekadar ingatan dari anak menantu dan cucu tercinta...........


Semoga Allah bukakan hati mereka, supaya mereka tidak kesal bila tidak dapat lagi melihat wajah emak dan ayah mereka di dunia ini.......


Saya sayangkan mak saya, keras mana pun hati seorang lelaki, jika kita isteri minta ALLAH lembutkan hatinya, saya yakin ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENYAYANGI. 


Hilang satu nikmat bila nyawa ibu di tarik dari badannya. Kita tidak akan dapat bernaung di bawah doanya lagi.....


Takut bila dengar si emak lafazkan "agaknya dia keluar dari batang pisang" Nauzubillahi minzalik.......Allahuakbar!

Friday, January 28, 2011

PERHATIAN : GA : Saya nak Novel tu! DAH TAMAT!

OK, alhamdulillah, banyak sambutan pulak.... dah habis dah semua 11 novel saya di chop oleh pembaca2 novel. Saya akan poskan pada hari isnin ye. jadi siapa yang belum berikan alamat, nama penuh dan no tel, sila emailkan ke ayurashidah@gmail.com

Yang mana tidak berjaya, lain kali saya buat GA lagi eh!

List name yang berjaya :


http://publicitypublic.blogspot.com/
http://thetrulyamalina.blogspot.com/
http://anorahsrainbow.blogspot.com/
http://ceritacintayna.blogspot.com/
http://puannina.blogspot.com/
http://dhatieku.blogspot.com/
http://mamiuyuncontest.blogspot.com/


Terima kasih semua kerana sudi menyertai ye... 


(sorry lambat keluarkan list sebb bz sangat hari ni...)

GA : Saya nak Novel tu!

Ini ialah Sticky Post. Sila scroll ke bawah untuk entri baru. Terima kasih.



Saya dengan murah hati nak bagi kepada sesiapa yang berminat dengan novel-novel di atas. Semua novel tu dah lama dalam simpanan saya, dan masih elok lagi. Cuma kertasnya dah kekuning-kuningan. Jadi siapa cepat, dia dapat, tak kisahlah satu orang nak 1 je ke, nak 3 ke, nak semua ke....saya akan poskan secara percuma ke pintu rumah anda...! Saya dah tak larat nak simpan novel. Banyak lagi yang lain, tapi entah ke mana-mana, di pinjam orang, tapi buat harta....

Ok : novel yang ada di dalam gambar:
(saya dah update, yang dah di booked sy dah marked ye)
  1. Sidney Sheldon :  The Best Laid Plans
  2. Ahadiat Akashah : Lagenda Budak Setan (Katerina n kasyah orang tak pulangkan!)
  3. Lamia Aimal : Waja
  4. Norhayati Berahim : Sentuhan Kasih
  5. John Norafizan : Sempadan Tanpa Seri
  6. Aziz Afkar : Putik
  7. Waris : Maharam Mahat
  8. Sidney Sheldon : If Tomorrow Comes
  9. Danielle Steele : Mirror Image
  10. Liana Afiera Malik : Bukan Puteri Lindungan Bulan (Ada tertulis "madah berhelah' rekaan sendiri sikit kat muka depan, hehe)
  11. Liana Afiera Malik : Janji Asilla (tak nampak kat gambar, dah buat entri baru perasan)
Okay, tapi ada syarat dia, 
  1. Anda kena buat satu entri bertajuk "GA : Saya nak novel tu ! " 
  2. Letakkan imej novel2 kat atas tu di dalam entri anda
  3. Masukkan novel yang anda mahukan.
  4. Letakkan link blog ini (http://ayurashidah.blogspot.com)
  5. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini.
Tidak ada dateline! Konsep, siapa cepat, dia dapat!

Semua novel tu saya sayang. Tapi simpan pun dah tak sempat nak ulang baca. Jadi, selamat mencuba ! Itu saja. Nak tag kawan-kawan ke tak, terpulang......Ok....! BABAI

PEMENANG RM 50.00 !!

Seperti yang saya janjikan, bila followers saya memcecah 50 orang, saya akan hadiahkan RM 50.00 untuk penyumbang trafik terbanyak.

(Sekarang followers dah 62.....terlewat, sebab terlalu sibuk.) 

Ini adalah contoh.....

Penerima RM 50.00 ini ialah 


dan saya amat berterima kasih kepada semua followers saya........

Blog saya yang tak seberapa ni, ada juga yang membaca........

Berikut adalah bukti2nya :




Saya sebenarnya betul-betul tak sangka ada orang baca blog saya...(dah berapa kali ulang ayat ni?) Tapi, kalau boleh, datang lah lagi.... 

Kalau boleh, nak blogwalking hari2 kat "rumah" anda semua, tp, yg mana sempat, saya singgah la ye.......

Kepada Puan Mona lea, sila email (ayurashidah@gmail.com) saya selepas dapat tahu ye, saya nak tanya, awak nak top up ke, transfer to bank? (boleh ke tanya open2 macam ni? tp saya dah tanya dah.....hehehe)

Sayang semua followers saya! (baru 62 followers dah gelabah! huhuhu)

Thursday, January 27, 2011

Blogwalking List 2011 bersama AbgferOz




AbgFeroZ

Terbaca masa blogwalking. Jomlah join blogwalking list ni...
Banyak kelebihannya!

Untuk maklumat lanjut, klik ------> di sini

Okay....Salam semua......

Bisnes tak fikir duit? Boleh ke?

Semalam, dalam keadaan yang agak sibuk, seorang pelanggan datang ke pejabat saya untuk membeli produk kami. Katanya, dia memang pengguna setia....Katanya lagi, dia berminat menjual produk kami... Saya pun bercerita tentang cara-cara dan tentang produk. Habis bercerita, saya lihat matanya membaca sesuatu di satu papan tulis saya. Di papan itu, ada tertulis faktor seseorang itu gagal.

Dia agak terkejut kerana salah satunya adalah : "fikirkan wang semata-mata"

Dia bertanya : Macam mana tu kak? Boleh ke berniaga tak fikirkan wang? Lagi-lagi zaman sekarang. Semuanya mesti duit je kan?

Saya senyum.....kemudian menjawab persoalan tadi begini ;

Memang wang tu penting. Tapi, memang faktor utama kegagalan peniaga adalah kerana wang. Wang itu apa? Harta dunia kan.......Bila kita fikirkan wang, kita akan selalu rasa tak cukup. Kita akan sentiasa fikir nak untung... Pernah tak kita fikir, macam mana nak hadapi kerugian? Kita kena faham konsep berniaga. Manusia yang jujur sebagai peniaga, dia akan redha akan untung dan ruginya. Bila berniaga untung, kita suka, joli sakan. Bila berniaga rugi, kita tak tahu nak buat apa, pinjam sana, pinjam sini, hutang sana, hhutang sini. Makin rugi jadinya!

Dia diam sejenak, kemudian bertanya lagi : Macam mana akak bertahan ? Mesti akak dengan suami ada buat kerja lain kan, takkan ni saja bisnes akak.

Saya senyum lagi dan jawab,

Inilah satu-satunya rezeki yang membesarkan anak-anak saya, dan menjaga keperluan keluarga saya. Kami tak ada buat kerja lain.

Bila rugi, apa yang akak buat ?

Kami sentiasa amalkan tabiat menyimpan. Jadi, bila jualan tidak baik, simpanan itulah yang jadi pusingan, sambil kami kejar balik jumlah jualan kami. Jika kami terpaksa turun padang buat jualan pun kami pergi. Ia tidak menjadi masalah langsung. Satu lagi, saya didik anak-anak makan apa yang mak ayah makan. Kalau bilis, bilislah, kalau telur, telurlah, kalau bubur, buburlah, kalau lebih sedikit pendapatan bulan tuu, makanlah tempat sedap sikit. Dulu ada satu tauke beritahu suami saya,

'Kalau lu boleh makan nasi sama garam saja, lu boleh pergi punya, lu boleh berjaya! Betul, tak da tipu!'

Saya percaya kata-kata itu. Tentu sekali saya percaya janji Allah. Mohonlah padanya dengan bersungguh-sungguh, Allah pasti akan memberikan apa yang sepatutnya kamu miliki. Tapi, tak semestinya apa yang kita minta, yang penting, ia adalah yang terbaik buat kita.

Sebelum saya menjalankan perniagaan sekarang bersama suami, saya pernah membuka perniagaan lain. Tapi saya tidak mungkin lupa, memang saya lakukan semuanya kerana wang.....buruknya saya masa tu....dan perniagaan saya pun tidak ke mana.

Kepada rakan-rakan yang berniaga, simpanlah sedikit dari keuntungan, satu hari RM 2.00 pun tak apa, setahun dah dapat RM 720.00....cukup buat bayaran yuran anak-anak sekolah kan?

Lagi satu, paling penting, berniagalah kerana Allah. Jalankan perniagaan mengikut terma dan syarat dari Allah. Pasti anda akan beruntung, jika tidak di dunia, pasti di akhirat......

Wednesday, January 26, 2011

Pagi-pagi rasa nak marah...!!

Minggu lepas, saya ada order barang. Penjual tu pun dah poskan guna pos laju. Hari isnin tu, tak ada pun sampai barang yang di nantikan. Bila datang opis hari selasa, ada sticker dr posmen suruh ambil poslaju tu kat pejabat pos. Ok....untuk mengelakkan pergi berulang kali, saya pergi lambat sikit, dalam pukul 12.00 gitu....

Bila sampai dekat pejabat pos, akak tu cakap, posmen belum hantar. Hmmm...saya cakap dengan nada bergurau walau agak geram,

'kak, akak pesanlahh dekat abang posmen tu, jangan tulis tarikh sehari selepas, tulis lah tarikh dua hari selepas tu...dia datang semalam pun dah abis waktu pejabat......'

akak tu senyum kambing.

Hari ni, pagi-pagi sebelum buka opis, saya ke pejabat pos dulu. Senang, nanti tak payah nak keluar-keluar kan. Dengan baik hati, saya ambil nombor dan duduk tunggu giliran. Dan ada lebih kurang 4 orang manusia sengal yang tak ambil no, dan dia sangka urusan dia tak lama di kaunter, telah melambatkan urusan kami yang sampai terlebih awal dari mereka....saya masih bersabar........

1021

Okay, giliran saya, bila tiba di kaunter, (akak lain pulak), dia baca notis tu, dia buat panggilan...saya agak blurrr....tapi saya masih tunggu dengan senyuman pagi....Setelah beberapa kali dia mendail dan tiada jawapan, dia pun cakap macam ni

'Kak, untuk surat ni, dari semalam posmen tu tak hantar. (Senyum saya dah terus hilang) Semalam kita dah call, tanya, tapi tak tahulah kenapa. Sepatutnya semalam pagi posmen dah hantar. Nanti dalam pukul 11.30 ke akak datang balik ye. tak payah ambil nombor. Datang jumpa saya terus.'

Tanpa sepatah kata, saya berlalu meninggalkan pejabat pos tu, dan dengan hati yang bengkak, saya memecutkan kereta terus kepejabat yang tak sampai 1 km dari pejabat pos tadi......

*Penulisan yang agak sopan semata-mata untuk mengawal rasa marah. Cuba berfikir positif......pasti ada alasan yang munasabah perkara ini terjadi.

walau apapun, grrrrrrrrrrrr......marah nya....!!!!

Sunday, January 23, 2011

Tahan tak saya ?

Dua tiga hari ni, saya rasa agak letih, penat dan lemas. Saya tak tahu nak buat apa sebenarnya. Bukan tak ada apa nak buat, tapi terlalu banyak perkara yang nak diselesaikan. Terlalu banyak yang cuba nak disusun dalam kepaala. Rasanya macam nak berhenti dari memikirkan itu semua.

Hmmmm........tapi kenapa saya rasa macam tu ya?

Nak tahu tak, kalau kita banyak bagi motivasi kat orang, kita akan terlupa untuk memotivasikan diri sendiri. Jadi, saya ambil keputusan, malamni, saya tak nak buat kerja. Saya nak rehatkan otak. Blogwalking pun jadi memenatkan dikala otak tengah buntu. Pilihan saya, nak seterika baju suami banyak-banyak, rehat, tengok tv, bergurau senda dengan anak-anak. Lepas tu tidur.

Tapi, masalah saya lagi satu, bila satu perkara dah jadi rutin, susah nak buat tak tahu je. Apa rutin nya? Biasanya, malam-malam ni, saya buat kerja dekat laptop sambil berblogwalking......tengoklah nanti, berapa helai baju suami saya yang dapat saya seterika...Ini entri yang saya siap kan pada pukul 8.30 malam, saya akan cuba cekalkan hati tak nak online sampai esok......tahan tak saya?

Tunggu.............

Saturday, January 22, 2011

Bukan mudah melayari rumahtangga..........

Ya....tidak mudah. Berkahwin bukan hanya menuntut kehendak nafsu. Berkahwin memerlukan kesungguhan. Mampukah kita menghadapi orang yang sama yang belum tentu menepati citarasa kita seumur hidup?

Mudah sungguh anak muda melafaz janji sehidup semati. Di usia yang masih hijau muda. Baru bertunas dan belum berputik pun kematangan. Di usia belasan tahun. Bukan tidak ada yang berjaya. Ada juga yang berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi, pernah kah kita tanya mereka yang berjaya, apa yang mereka lalui?

Bukan hanya cinta. Bukan hanya sayang. Tapi mereka berteraskan iman. Mereka menjadikan taat dan setia, jujur dan amanah sebagai teras kejayaan mereka. Bukan mudah bertegas untuk semua itu.

Saya takut memikirkan anak-anak, lebih lagi anak saya semua perempuan. Sekarang, saya faham perasaan mak dan ayah saya. Mengapa mak selalu risaukan siapa pilihan hati saya. Alhamdulillah, dari beberapa lelaki yang saya temui, ALLAH telah jodohkan seorang yang sangat menghargai saya, dan tahu membimbing saya serta penuh dengan kasih sayang dijiwanya untuk saya.

Rumahtangga saya pun masih baru. Baru melepasi tahun ke 6, beberapa bulan yang lalu. Untuk memahami dia, bukan mudah. Memahami diri sendiri juga tidak mudah. Ada kalanya, saya tidak tahu apa yang saya mahu. Tapi, bila saya duduk dan berfikir, kini hidup saya hanya untuk suami dan anak-anak. Saya hanya perlu ada satu tujuan,menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Entah mampu saya capai, entah tidak. Semangat yang tenggelam timbul ini amatlah menduga melayari rumahtangga.....walaupun ALLAH telah menghadiahkan SUAMI YANG TERBAIK buat saya.

Saya ingin bertanya kpada adik-adik perempuan semua, bersediakah kamu menghadapi cabaran yang berbeza? Tidak sama cabaran setiap orang. Mungkin di awal perkahwinan. Mungkin ditengah perkahwinan. Mungkin di akhir hayat kita. Mungkin juga sepanjang kita bersama dia.....

Persediaan yang saya maksudkan, bukanlah dari segi material, fizikal ataupun cinta. Persediaan yang perlu kita ada ialah dari segi mental dan hati. Ikhlaskah kita menerima kekurangan dirinya? Sediakah kita dengan reaksinya  bila dia melihat kekurangan yang ada pada kita?

BERSEDIALAH UNTUK MENJADI PENYABAR, PENYANTUN DAN PENYAYANG. Bersedialah meletakkan dia lebih atas dari ibu bapa kita. Kerana bagi seorang isteri, ALLAH AKAN REDHA BILA SUAMI REDHA PADANYA......

Renungkanlah adik-adik ku semua....

*Bila lihat anak-anak perempuan saya semua sudah membesar dan mula menjadi remaja....saya terdetik tentang perkara ini....risaunya saya melihat masa depan anak-anak yang saya tidak tahu, tapi saya wajib yakin pada ALLAH, jadi , saya berserah......

Sahabat Blogger....JOM JOIN!

Salam, entri kali ni ringkas aje. Baru hari iini saya tahu ada satu group yang bernama SAHABAT BLOGGER kat Facebook. Best...meriah sangat....jadi sesiapa yang nak tahu apa itu sahabat blogger, kliklah di sini ya!--------> SAHABAT BLOGGER


Kumpulkan blogger baru dan lama.....baru syioookkk! (terlebih sudah.....)

Friday, January 21, 2011

Mari mengarang (ada hadiah untuk anda)..

Saya sebenarnya terbaca pasal contest ni bila singgah ke blog puan lea. Macam best je tengok contest nih. Puan Lea join contest ni dari blog kat bawah ni...:


Saya pun baca....macam syok aje...dah lama tak mengarang. Dia bagi kata kunci macam kat bawah ni, lepas tu kita kena buat satu karangan yang mengaitkan perkataan-perkataan tu....


Okay? Ini karangan saya...


Nyaman sungguh suasana petang. Ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, sambil menghirup teh o panas dan menjamah kuih tepung talam yang mak buat tadi. Memang seronok dapat rehat begini...kalaulah hari-hari macam ni....hmmmm......tiba-tiba telefon berdering.

Helo

Ayu....tolong aku, apa aku nak buat ni...aku dah tak tahan......

Sabar...cerita perlahan-lahan laa.....

Si Bad tu asyik kacau aku je. Kiranya dah jadi gangguan seksual ni......

Ha?! Eh, buatlah aduan kat big boss kau terus, kau kan secretary kesayangan dia......

Aduan kat big bos?? Si Bad tu permata hati dia, anak tunggal kesayangan dia....

Tiba-tiba...

Mak su! Mak su!

Kejap lin ya, ada apa along...

Along nak tanya apa makna kembiri ni?

Laaa, tu je ke...mak su tak tau laa.... tanya cikgu la, dah, maksu tengah cakap kat telefon ni....

Lepas tu mak su, apa bendanya halwa maskat tu maksu ?

Alahai along ni, halwa maskat tu makanan yang manis......dahlah...sana, sana.

Sambung perbualan tadi....

Lin, sorry la ye, ada gangguan....

tiba-tiba.....tut tut tut.... hmmmm talian putus pulak.....

Alamak! Baru teringat, semalam dah janji nak temankan kakcik seroja cari pakaian untuk mendaki anaknya.....Sempat ke ni? Ah...pergi terus ajelah ke rumah dia......

Bila tiba di pintu, aku hampir terpijak sejambak bunga dan ada sekeping kad disitu....Wah! Ada sajak !

"SAJAK ULANGTAHUN KELAHIRAN"

Tersentuh hati seusai membaca barisan sajak tu....Aku lupa hari jadi mak ! Surprise tu dari ayah buat mak, aku pulak yang baca huhu....jadi aku letak balik di tempat asalnya.

Kali ini diterjah lagi si along...

Maksu jom tengok cerita Zombie Kampung Pisang....

Alaa along, dah berapa kali tengok ni...dah bosan maksu tengok tau....tengoklah sendiri, tapi jangan usik bunga tu tau - sambil aku menuding ke arah bunga tadi.

Ye mak su.....

Aku terus berlari mengambil beg tangan dan kunci kereta dan bergegas keluar, nak belikan hadiah harijadi mak! Dengan tak sengaja, aku terlanggar pintu....DUMM!!!...ADUH! Sakitnya kepala aku......bila aku buka mata, eh kenapa aku ada kat bawah katil ni? Laaaa! Dari tadi mimpi ke???

Apa tu ayu?

Mak.....ayu jatuh katil....

Tulah .....berapa kali mak dah cakap, jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi, terus bangun dan pergi mandi...dah pukul 6.30 ni...cepat bangun!

ye mak...-sambil menggosok kepala yang sakit....


*Walaupun kakcik kata tak wajib tag sesiapa, saya nak tag ini budak : aQi

Amalan untuk rezeki yang tidak putus...

Ada beberapa amalan yang saya dan suami amalkan yang diajar oleh orang tua dan beberapa orang alim.....Setakat ini, memang kami bukan mewah gila, tapi lepaslah belanja rumah dan anak-anak, dan  boleh lah juga berjalan sana sini sekali sekali. Jadi, apa yang kami amalkan ni, nak lah saya kongsikan bersama semua....

Antaranya:

Laksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Seperti yang telah diterangkan dalam ayat yang disebut ayat seribu dinar, Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq



yang bermaksud :
 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Rajinlah berdoa untuk kedua ibu bapa kita. 
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud 
Apabila seseorang itu berhenti berdoa kepada orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki ALLAH SWT daripadanya ( HR Al Hakim & Ad Dailami)


Banyakkan istighfar dan berzikir
Bila kita ingat yang MAHA MENJADIKAN, DIA juga akan ingat pada kita. Ada banyak zikir yang boleh diamalkan. Paling mudah ialah , SUBHANNALLAH, WALHAMDULILLAH, WALA ILAHA ILLALLAH, WALLAHUAKBAR.Itu adalah zikir kegemaran Rasulullah SAW.

Jagalah kebersihan diri, tempat tinggal dan juga hati.
Suami selalu pesan, tong sampah mesti dikosongkan sebelum masuk tidur, rumah mesti selalu bersih, biar malaikat yang singgah di rumah rasa seronok dan insya ALLAH akan mendoakan kita. Dia juga selalu pesan, jaga hati, jangan ada sifat dengki dan dendam.

Sentiasa mulakan perbuatan dengan bacaan  BASMALLAH dan SYAHADAH.
Bila kita mulakan setiap perbuatan dengan NAMA ALLAH, insyaAllah, urusan akan dipermudahkan dan kita akan diredhaiNYA.

Berbaik sangka dalam apa perkara sekalipun
Jika kita suka buruk sangka contohnya "Macam nak hujan aje, macam mana nak jual kuih ni?" Belum hujan lagi, dah buat andaian negatif. Kan bagus kalau ditukar jadi macam ni "Ya Allah, alhamdulillah atas rahmatMU, permudahkanlah urusanku, dan berikanlah rezeki yang Kau berkati."

Bangun awal pagi.
Kalau bangun subuh tu, janganlah tidur balik. Ia akan menutup pintu rezeki. Ia bukanlah amalan para anbiya dan solihin. Ia juga menggambarkan kita tidak mengikut petunjuk AlQuran & AsSunnah. Zikir di awal pagi yang sangat mudah : Bacalah surah AL-IKHLAS, AN-NAAS, AL-FALAQ.
Sabda Rasulullah SAW:
“Membaca Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Al Muwa’idzatain (surat Al Falaq dan An Naas) ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali akan mencukupkanmu dari segala sesuatu).” (HR. Abu Daud no. 5082. Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Bersedekah dan murah hati
Sabda Rasulullah SAW :
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
Bersedekah bukan waktu kita kaya sahaja.  Sedekahlah apa yang kita mampu, walaupun doa atau senyuman. Sedekah dengan seikhlas hati. Tapi bila kita bersedekah dengan harta, kenalah betul tempat sedekahnya. Berilah kepda fakir yang memerlukan. Tapi, jangan lupa, sedekahlah kerana ALLAH....bukan menunjuk-nunjuk pula ya?

Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan. Tapi, sikit-sikitlah ye. Nanti ada masa, saya tambah lagi. 

*Jika ada yang tersilap, sesungguhnya dari saya, dan semua yang baik datangya dari ALLAH SWT.

Thursday, January 20, 2011

Twenty-five-random = Dua-puluh-lima-rawak

Kenapa tajuk saya berbahasa omputih ye? Ok......Dia memaksa, saya terpaksa, huhuhu.....(di dera oleh seorang budak lelaki yang bergelar aQi <--------- jgn mara yerr..).


Ok, di ringkaskan cerita, si aQi telah di tag oleh kawannya berkaitan dengan kenyataan berantai seperti di bawah :
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


Maksudnya, dia nak tahu 25 perkara tentang kita, apa-apa yang kita nak kongsi, tapi kita perlu juga tag kan 25 orang lain yang kita nak kenal.......dan jangan lupa tag orang yang tag kita tadi.....


Fahamkan? Saya pula telah di tag oleh aQi. Jadi saya akan mulakan sekarang :
  1. Saya ada 3 anak tiri dan 3 anak sendiri - semuanya perempuan
  2. Saya suka melukis dan suka sangat belajar grafik design, tp sy belajar science comp masa kt kolej dulu....
  3. Saya suka kucing, tp x ada niat nak bela
  4. Saya suka memasak, macam-macam jenis masakan saya nak cuba kalau ada masa
  5. Saya jenis boleh makan apa saja (yg halal ye) tapi tak suka cincalok, budu dan tempoyak. Sambal belacan pun tak brapa suka. Bukan eksen, cuma, tak suka je.
  6. Saya anak bongsu yang tidak memanjakan diri walaupun emak cuba memanjakan diri saya.
  7. Saya wanita yang suka kan kelajuan...dan dapat suami yang sangat pakar dalam kelajuan kenderaan dan mengawalnya, suka!
  8. Saya suka tengok cerita tamil semenjak berkahwin
  9. saya suka membaca, dan saya tidak memilih, apa-apa pun yang saya ada, saya baca sampai habis.
  10. Saya suka warna merah, hitam, putih, biru dan sekarang pink.
  11. Saya tak suka kuih raya yang bernama kuih tart.
  12. Saya sangat sukaaaaa asam pedas
  13. Saya suka sangat main game sebenarnya!
  14. Saya warga johor yang duduk di KL dari Tingkatn satu sampai habis kolej. Dekat 10 thun jd warga KL, jadi, dah x berapa nak duk kat KL tu, kalau ada kerja baru pergi, sbb rasa macam penat je dgn keramaian makhluk...huhuhu
  15. Saya sebenarnya agak pemalu, tapi bila dah mula berbual, tak reti nak berhenti...masalah betul...
  16. Saya suka bekerja, tapi rasa tak sabar nk jadi surirumah sepenuh masa bila menghadap anak2.
  17. Saya tak reti duduk diam tanpa buat apa-apa lebih dari 15 minit.
  18. Saya suka bercucuk tanam, lebih-lebih lagi tanam sayur, tapi bila laaa nak dapat buat semua tu...
  19. Saya tak suka dengar cakap orang. Tak kisah orang nak kutuk ke, umpat ke, bukan dia yang isi barang dapur saya kan..kan..kan...
  20. Saya kahwin pada usia 23 tahun, awal ke tu?
  21. Saya tak pernah admit hospital kecuali masa beranak aje.
  22. Saya suka tengok rumah banglo yang besar gila2, tapi, tak teringin nak memilikinya...
  23. Saya tak suka tidur siang kecuali terlalu mengantuk.
  24. Dulu saya kata tak nak kahwin dengan orang yang merokok, tapi suami saya dan rokoknya tidak dapat di pisahkan, macam arwah ayah jugak.....
  25. Saya sangat bersyukur bila anak-anak tiri boleh panggil saya 'MAMA'

oooookaayyyy.....siap pun, mula-mula tak tau nak tulis apa, bila dah tulis, macam tak cukup je 25 tu, huhuhu, betul tak point no.15 tu. hehehe. sekarang ni, tugas nak meng 'Tag' pulak. Kepada anda yang di tag, jangan tak senaraikan pulak ye, nak juga berkenalan lebih jauh sesama kita...

Rakan yang saya tag :


Kenapa saya berblog ?

Hm... beberapa hari ni, bila blogwalking, ada macam-macam cara dan tujuan blogger tampilkan dalam blog masing-masing.....Ada yang suka cerita pasal keluarga dan hidup, pasal kerja, pasal agama, pasal politik...macam-macam lah...

Saya hanya seorang ibu kepada 6 anak yang baru berjinak2 dalam dunia blog ini. Mula-mula, ada jugak jumpa blogger yang suruh tinggalkan jejak "i follow u, u follow i ye". Bila cuba buat, rasa macam tak best pulak. Bila fikir balik, saya blogging cuma nak mencurahkan apa yang terlintas difikran atau hati, dan juga kongsi sesuatu yang saya rasa ada faedah...Jadi, buat apa nak paksa orang ye.....asal nya tak kisah ada follower ke tak, tak sangka ada jugak orang yang sudi singgah blog ciput saya ni. Sangat tak sangka sebab ada juga yang nak share entri saya....saya rasa terharu dan gembira......

Jadi, kepada follower, ribuan teima kasih, dan kepada silent reader, jangan lupa, selalulah singgah sini.

*Saya sangat sibuk dengan urusan pejabat dan kerja sekarang, jadi saya tak sempat nak buat entri yang baik-baik. Bila semua kerja saya dah ok nanti, saya akan masukkan beberapa entri yang dah bersusun dalam kepala saya ni ye? Sayang semua, jaga diri, hiasi peribadi....babai dan wassalam....

JOM GEGAR BLOG



Jom! Gegar! Gegar!

NI SEGMEN : JOM GEGAR BLOG <----------------nak join klik

OLEH : EN BEN ASHAARI

Sapa tak join, rugi ! 

(En Ben : Sempat lagi ke saya ni, dah kul 1 pg baru buat entri ni, sibuk sesangat la semenjak dua menjak ni.Kalau tak sempat apa boleh buat..... :(

Apa pun, seronok tengok blogger macam En. Ben ni, sangat kaya dengan idea yang menarik dan tak sombong pula...(bukan bodek ye en ben)

Trima kasih. Assalamualaikum..


Wednesday, January 19, 2011

Padan muka aku....huhuhu

Kenapa padan muka? Hmmm....kisah anak lah... bila dah jadi mak atau isteri, balik-balik kisah anak atau suami atau hal rumahtangga...

Macam ni, dulu kan, saya tak suka tengok anak orang yang jenis kalau tak dapat tu, dia baring-baring nangis dan 'menghempaskan' diri ke lantai sebagai tanda protes. Anak saudara saya sendiri ada yang berperangai macam tu masa dia kecil.

Selepas ada anak, anak pertama dan kedua elok aje perangai. Tak sangka pula anak ke 3 ni buat macam tu! Usia baru mencecah 1 thun 9 bulan, dia memang sangat bijak dan comel serta sangat pandai mengambil hati. Dia juga anak yang sangat cepat dari semua segi. Cepat jalan, cepat cakap, cepat 'pick-up' apa orang cakap dan cepat memahami situasi. Itu semua menggembirakan hati saya.

TAPI.......ada tapinya......

Bila dia tak dapat apa yang dia nak sangat, dia akan terus merajuk dan menghempaskan diri ke lantai dan menangis-nangis merayu mahukan yang dia tak dapat tu. Mula-mula dapat perangai tu, dia terus aje menghempaskan diri, tapi sekarang dah pandai.... landing kepala baik-baik dulu barulah nak merengek dan menangis....huhuhu.....

Tapi keistimewaannya pula, dia mudah di pujuk. Kalau ada makanan yang menarik atau vitagen, atau apa-apa minuman pun, dia akan lupa. Itulah keistimewaan kanak-kanak kan? Hatinya bersih, tidak pandai simpan dendam. Seronok.

Anak yang sulung (anak tiri), bertanya, "mama, kenapa baby ni bau dia sedap walaupun busuk?"

Saya jawab, "Sebab, baby ni, hati dia masih bersih, tak ada busuk hati atau hasad dengki dengan sesiapa. Dia juga belum pandai berdendam...."

Betul tak? Jadi, kitalah yang bertanggungjawab kepada perubahan dalam diri anak itu dalam proses tumbesarannya kelak... Jadi,sama-sama sediakan kelengkapan!

Tuesday, January 18, 2011

Cara memakaikan bedung untuk bayi

Siapa tahu bedung ? Biasanya kain puting yang dibuat sendiri daripada kain cotton lebih besar dari kain lampin. Bentuknya pula ialah segiempat sama. Lebarnyar sisinya lebih kurang 1 ela (kurang sikit dari 1 meter). Zaman sekarang ni, dah tak ramai yang buat cara ni. Berbedung ni banyak kebaikannya. Antaranya :

  1. Bayi akan tidur lena 
  2. Tidak mudah terkejut
  3. Mengelakkan anak berjalan mengengkang bila besar
  4. Mengelakkan mudah masuk angin

*Itu apa yang orang tua selalu cakap dengan saya.

Anak saya yang sulung berbedung cuma sebulan, yang kedua berbedung tak sampai sebulan, tapi yang ke tiga hampir dua bulan masih boleh dibedungkan kerana dia suka.

Di zaman sekarang ni, dah banyak blanket baby yang boleh terus diikat ke badan bayi seperti bedung. Tapi ia sebenarnya tidak sebaik bedung cara tradisional. Di bawah ni saya tunjukkan cara-cara memakaikan bedung :



Imej di atas mengikut turutan langkah bermula dari langkah 2.
    Kredit untuk adik MOHD AMIR MIRZA. (baik aje dia masa jadi model ni) 
  1. Lipatkan penjuru kain bedung ke dalam menjadi bentuk segi tiga, (saiz agak2 dengan lebar bahu bayi)
  2. Baringkan bayi lebih ke sebelah (kiri atau kanan, yang mana anda mahu.)
  3. Tarik sisi yang nampak lebih pendek ke sebelah (jadi ia akan menutup sebahagian besar bayi, seelok2nya ia dapat sampai hingga ke bawah siku bayi)
  4. Dengan cermat kemas dan sedikit ketat, tarik sisi yang lebih besar tadi ke arah sebelahnya dan menutup seluruh bayi dan dibawa ke bawah badan bayi sehingga ia akan sampai ke tempat asalnya tadi.
  5. Kemaskan kain bedung di bahagian sisi bahu, bawah punggung dan hujung bedung, pegang lutut bayi anda agar ia rapat, dan tarik hujungnya kemudian di lipat ke atas.
  6. Ambil hujung sisi yang anda bawa ke bawah tadimenutup bahagian lutut bayi.
  7. Tarik bahagian hujung yang anda lipat tadi ke bahagian belakang lutut bayi (atas sikit dari lutut)
  8. Ikatkan hujung yang ditarik dengan hujung yang menutup lutut tadi.
  9. Pastikan ikatannya kemas dan tidak mudah terbuka, tapi jangan terlalu ketat sehingga menyakitkan bayi anda.
*Nampak tak bayi yang jadi model tu bedung dia tak 'kesampaian'. Itu disebabkan bukan lampin untuk bedung, saya nak juga ambil gambar untuk entri ni, jadi mak bayi tu pun hentam ajelah kain bedung yang ada. Mak bayi tu, lain dan tak bukan, kakak saya. Kalau gambar agak kabur, nanti  bila ada masa, saya akan buat rakaman video pulak yer. Bayi saya dah besar, dah tak boleh di bedung, dah boleh panjat-panjat! HEHEHE


Romantik itu BAHAYA !

Hmmm....seronok kan tengok perwatakan hero dalam cerita-cerita romantik .....

Nak ajak dating :


  1. Jumpa ibu bapa si gadis, minta izin dan berjanji menjaga gadis pujaannya hingga selamat tiba di rumah
  2. Bawakan bunga dan coklat, tak lupa buah tangan untuk keluarga
  3. Bukakan pintu sebelum masuk dan nak keluar dari kereta
  4. Tarik kerusi masa nak duduk di meja makan
  5. Sentiasa cakap 'awak kelihatan cantik' atau 'saya lelaki bertuah kerana bersama awak'
  6. Dan entah apa-apa lagi lah.........
Gambar contoh je.....


Seronok ke? Sampai bila dia boleh bertahan layan si gadis macam tu? 

Saya paling takut lelaki romantik macam tu. Pada saya, mereka tu macam tak ikhlas, dan tidak mempersembahkan perangai sebenar mereka.... ok, mungkin nak tunjuk betapa mereka menghargai wanita, tapi, kalau ada jodoh, gerenti takkan berterusan layanan yang macam tu kan? Bab jumpa ibu bapa tu saya suka, itulah yang paling baik. Yang lain, hmmmm.....


Ok, Kenapa romantik itu bahaya ye, kalau saya :

  1. Saya akan bosan kalau dia layan saya seumur hidup macam tu, tak ada cabaran!
  2. Saya susah nak percaya dia, mungkin dia hipokrit?
  3. Saya bukan jenis perempuan yang tersangatlah feminin sampai tak boleh buka pintu kereta sendiri!
  4. Saya tak suka pujian yang melebih kerana saya tahu siapa saya sebenarnya
  5. Dulu saya suka kalau dapat bunga, tapi lama-lama tu semua dah jadi tak ade apa-apa...
  6. Lelaki romantik yang betul-betul jujur ada, tapi tak ramai!
Ok, itu cuma pendapat saya...... anda bagaimana? Wahai lelaki-lelaki yang romantik, anda sangat gentleman, tapi jangan stereotype pulakk ye! Sesekali, berilah cabaran pada wanita kesayangan anda! Mesti seronok!

*Suami saya sangat tak nampak romantiknya. Tapi dia sangat romantik, dari dalam hatinya, saya tahu!

Monday, January 17, 2011

bahana autocorrect...keh3!

Malas nak cerita banyak. Dah penat saya gelak.


Salah satu petikan. Banyak lagi di laman webnya : http://damnyouautocorrect.com

Saja-saja hiburkan hati!

GA PERTAMA - RM 50.00 untuk DIMENANGI !

Terima kasih! Terima kasih!
Sebab apa?
Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi FOLLOWER saya.
 Sebenarnya, secara jujurnya, saya tak sangka BLOG saya yang tak seberapa bestnya ni ada juga yang menjadi follower. Terima kasih sangat. Apa yang saya harapkan ialah penulisan saya boleh memberi manfaat, bukan setakat cerita kosong. Walaupn baru melepasi 40 follower, saya rasa sangat terharu.

Saya juga akan memberi 'manfaat kepada' follower apabila follower saya mencapai jumlah
50 follower !
Anda akan menerima hadiah RM 50.00 !


Saya akan memilih pemenang GA ini melalui penyumbang tafik terbanyak ke blog saya.

Syarat-syarat nak dapatkan RM 50.00 ni tak susah, senang je :

1.Anda WAJIB menjadi follower ayurashidah.blogspot.com

2.Buat satu entri bertajuk - GA DARI ayurashidah.blogspot.com

3.Letakkan imej di bawah di dalam entri anda


4. Jangan lupa letakkan link ke ayurashidah.blogspot.com dalam entri anda.

5.Letakkan imej yang sama di sidebar blog anda. Sementara aje, dah tamat GA nanti, boleh remove balik ye... :)

6.Tag seberapa ramai rakan blogger yang anda mahu

7. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah ye.

TARIKH TAMAT : BILA DAH ADA 50 FOLLOWER ayurashidah.blogspot.com


Itu sahaja. Mudahkan? Dengan itu, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan alu-aluan kepada sesiapa yang menyertai GA ini....(macam buat ucapan perasmian pulak). Ok, semoga berjaya!

Friday, January 14, 2011

Cara dan doa hadapi kecewa dan putus cinta

Ah! Sedihnya.....dia tinggalkan saya......apa akan jadi pada saya lepas ni? mesti saya tak dapat jumpa dia lagi...rindunya......apa salah saya... kenapa dia buat macam ni? Sampai hati dia...sedihnya...saya tak boleh hidup tanpa awak....tolonglah jangan tinggalkan saya....

Ada yang macam tu ke? hmmmm, macam mana nak hadapi kekecewaan ni ye? Saya pernah melaluinya. Memanglah terseksa rasanya. Tapi macam mana nak atasi?

Saya nak kongsikan dengan semua orang cara saya hadapi saat-saat macam ni.

Gambar hiasan

  1. Ingatlah, Allah lebih sayangkan kita, sebab itu kita di duga.
  2. Ingat juga, kita kena terima qada dan qadar
  3. Allah lebih tahu yang mana terbaik buat kita.
  4. Kita kena tahu, melayan rasa kecewa hanya akan merosakkan hati dan perasaan dan menghabiskan masa dengan sia-sia
  5. Jangan cuba melupakan 'dia' dengan pergi berhibur atau bersosial, sebaliknya, dekatkan diri kepada Allah.

Tips dalam menjaga hubungan :

  1. Jangan selalu berjumpa kerana akan menggalakkan maksiat
  2. Bersegeralah dalam ikatan pernikahan jika sudah tidak mampu melawan nafsu
  3. Jangan terlalu berharap kita akan hidup dengan dia hingga ke akhir hayat
  4. Buang tabiat cemburu buta
  5. Dapatkan restu orang tua
  6. Rajin berdoa

Dulu, saya selalu doa macam ni :
"YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, kau tetapkanlah imanku, sekiranya dia bukan jodohku, kau akhirkanlah perhubungan ini dengan cara yang mampu aku hadapi dan dengan secepatnya. Sekiranya dia memang jodohku, kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah dengan segera dan kau jauhkanlah kami daripada maksiat. Sesungguhnya aku hambaMU yang lemah. Sangat lemah melawan nafsu. Namun hanya KAU YA ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Tabahkan hatiku untuk menerima takdirMU."
Alhamdulillah, saya berjaya menghadapi saat kekecewaan dengan tenang. Semua itu sejarah buat saya kerana kini telah bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta. Sesungguhnya ALLAH MENGETAHUI YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.

* Sebenarnya, bagi yang belum terjebak dengan dunia couple ni, lebih baik jauhkan diri, sebab sebenarnya lebih banyak dosa dari pahalanya ! Simpanlah cinta dalam hati untuk suami. Saya menyesal dengan perbuatan saya dulu. Jika saya mampu menahan diri, lebih indah jika cinta yang ada dari dulu saya serahkan sepenuhnya buat suami saya. Saya kesal kerana pernah menyayangi lelaki lain selain suami saya. Walaupun hanya kenangan, tapi saya nasihatkan kepada adik-adik dan anak-anak yang masih belum terjebak supaya mengelak dari berbuat begitu. Semua itu hanyalah tuntutan nafsu. Yakinlah pada Allah, dan DIA akan berikan yang terbaik buat kita. Lebih indah lagi bila DIA menyerahkan CINTANYA BUAT KITA! INSYA ALLAH ! AMIN YARABBAL 'ALAMIN........

Thursday, January 13, 2011

Sardin dan bilis makanan orang mewah ke?

fuhh.... letih. Baru balik dari Tesco Kulai. Beli barang dapur. Macam-macam barang naik harga sekarang kan?

gambar contoh yang dipinjam dari blog orang lain...
(tak sempat nak snap sdri, dah geram)
Keluarga saya memang kuat makan sardin. Hari tu nak beli sardin kegemaran - BOTAN kat kedai, tengok harga RM 5.00 satu tin besar? Saya tak jadi beli. Seingat saya, 2 minggu lepas saya beli, RM 4.50. Dulu cuma RM 3.70 je.Bila pergi Tesco tadi, tak ada pula sardin kegemaran saya tu. Saya dan suami pakat beli sardin cap ayam je. Nak tahu harga dia berapa ?

--------->RM 6.10.

Kalau saya pergi sorang, memang kompom tak beli. Tapi sebab dengan suami, dia kata boleh je lah....nak buat macam mana, dah naik harganya. Jadi, saya pun ok lah.... Tapi dalam hati saya ni, geram betul, minyak naik, semua barang nak naik. Tak faham. Kerajaan kita ni sekarang memang la tumpukan pada pembangunan, tapi macam dah terlebih fokus pulak, yelah, kalau dulu orang kata, terpaksa makan nasi dengan ikan bilis aje lah.... habis kalau dah ikan bilis pun sekilo RM 22.00. Apa boleh buat?

Chop, cerita pasal ikan bilis mahal, sepatutnya, kalau ikan-ikan ni mahal, yang kaya tu nelayan. Ini tidak, peraih ikan memang perangai tak elok. Kesian nelayan-nelayan, bertarung nyawa. Tapi yang kaya, yang relaks tunggu kat darat.

Nampak tak? mana-mana peringkat aje kat Malaysia ni, mesti ada golongan yang tertindas dalam tidak sedar. Nasib baik kereta suami je yang pakai ron97, saya pakai ron 95, kancil je.....Kalau tak, memang saya pergi opis jalan kakai, 10 minit pun boleh sampai juga.

Ok...ok...cerita saya dah melalut. (saya ni memang tak boleh mula, nanti tak berhenti.)

*Wah, hari ni puan ayu berubah wajah, dalam blog melepaskan marah, cuba tak nak buat lagi perangai macam nih...huhu


**Nak share sikit : Suami selalu pesan, barang dapur dipenuhkan pada hari khamis, jadi insyaALLAH, minggu akan datang tak ada masalah, dan rezeki pun berterusan. Walau tak banyak, tapi, tak putus....Sebab hari jumaat penghulu segala hari, jadi biarlah hari penghulu dimulakan tanpa masalah. Kena pastikan barang utama seperti :


Bawang-bawangan, beras, gula, garam, asam, gas dan minyak mesti ada.


Kalau list saya, ada tambah sikit, susu anak, cili padi, tepung dan kicap. hehe


Alhamdulillah. Setakt ni, petua dia saya jaga, dan rumah kami tak pernah tiba-tiba short barang asas tu. Rezeki tu ALLAH punya kuasa, tapi kita kena usaha, kan?

Abang kat mana tu?!! Bila nak balik ?!!

Garangnya saya...oopsss, bukan saya....dan bukan sesiapa yang saya kenali....Habis tu kenapa tajuk macam tu?

Ok, suami saya seorang yang sangat ramai kawan. Setiap malam dia keluar ngeteh (minum kat kedai / warung) dengan kawan2 dia. Balik pun biasanya paling awal pukul 2 pagi.

Orang yang tahu tentang perkara ni, ramai yang bingung melihat saya.

'Kenapa dia keluar? Buatkan je la air kat rumah... Betul ke dia jumpa kawan? Entah2 jumpa makwe. Tak pun pergi clubbing ke apa ke...? Tak takut ke kau ni biarkan laki kau keluar malam? Jangan bagi muka sangat tau. Control sikit laki kau tu..'

Itulah antara peringatan berbaur hasutan yang pernah saya dengar......

Wahai semua makhluk yang mengenali kami, ketahuilah, bahawa, saya tidak pernah risau dengan siapa dia keluar, tak pernah cemburu dengan kawan-kawan dia, dan tak kisah pun dia balik lewat. Malah, akan saya sambut dengan muka manis di depan pintu walaupun pukul 6 pagi....

Saya tak nak jadi queen control. Saya juga rela jika dia suka dengan orang lain asalkan dia serius dan nak nikah. Jangan dia buat maksiat pula nanti... Dia tidak pernah gagal sebagai suami, dan saya pula yang masih banyak kekurangan sebagai seorang isteri. Dialah pembimbing saya selama kami berkahwin dan dia tidak pernah tipu saya walau pun dia keluar dengan perempuan. Dia sangat jujur dan saya sangat percayakan dia malah bersyukur dikurniakan dia kepada saya sebagai suami.

Pengajaran untuk kita :

1. Hasut menghasut tu amalan syaitan....takkan nak duduk sekelompok dengan syaitan pulak ?
2. Kita tak tahu perkara sebenar, jangan sibuk. Lainlah kalau orang tu buat perkara tak baik, barulah tanggungjawab tegur menegur perlu di amalkan...
3. Suami isteri perlulah percaya dan jujur antara satu sama lain....percayalah, kalau kita tipu, ALLAH SWT nampak dan akan diadili kelak...
4.Jangan lah suka syak wasangka sesama suami isteri ataupun saudara dan sahabat. Bercakaplah tentang perkara baik. 

Wednesday, January 12, 2011

Jangan berlagak a.k.a sombong!

Wah ! Tajuk.... ganas yer. Saya tak marah kat sesiapa pun, cuma ingatkan diri sendiri. Nak tahu kenapa ?

Dulu saya tak suka warna PINK @ MERAH JAMBU. Menyampah betul. Pada saya orang yang suka warna tu macam mengada-ngada je. Terpaksa betul pakai baju pink yang mak belikan. Terseksa jiwa rasanya bila hari grad kolej dulu kena pakai pink. Rasa macam tak nak pergi je. 


T E T A P I

Sekarang ni, saya rasa macam banyak warna pink yang saya nak. Rasa saya, sejak beberapa bulan lepas la...banyak nye benda warna pink yang cantik-cantik. Asalkan pink je nampak cantik.

Hmmmm... tu lah. Dulu berlagak sangat. Kalau kawan-kawan nak beli apa-apa warna pink, mesti saya cakap,

"Dah tak de warna lain ke......."

Dan sekarang, saya minat pink ! Tengah berfikir nak buat header dan bacgkground blog warna pink... boleh gitu? Padan muka saya.

*Pengajarannya : Jangan lah bersifat sombong, berlagak dan bongkak, itu antara sifat-sifat keji yang dibenci ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW. (nampak cantiklah teks nih...hehe)

e eh, award lagik !



Terima kasih pada puan nina kerana sudi anugerahkan award ni. Saya dah lama tak dapat award2 nih, last pun masa kt sekolah. Aritu dah dapat follower ke 123 dr miszsheyla, hehehe.....Baru aje freshie dalam dunia blog ni....lagi pun, saya bukannya selalu komen mengomen, sesekali je....hehe, thanks again puan nina.....

Apa pun kena la jawab soalan ni dulu....

berikan 4 ciri gurl/boy idaman untuk jadi wife/husband
suami saya sekarang.....luv him so much!

berikan 1 tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang
kepercayaan, kejujuran, dan cintakan ALLAH SWT

pernah anda jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta
Macam-macam doa, yang penting doa lah pada ALLAH SWT dengan penuh yakin dan berterusan.

letakkan link pilihan anda & tell them that they have won this award




Tuesday, January 11, 2011

wah !!! first time dapat award lah! tq miszsheyla!

award dari misz sheyla !


wah...BEST FOLLOWER EVER lagik (ambil mic dari mc)...trima kasih dik....tak sangka akak dapat no cun ni...hehehe..... tapi akak tengah test backgraound mana yg akak syiok la dik, klo yg ari tu, mmg sesuaii background award nih ngan theme color akak. header tu pon testing jer... hehe, tengah mengasah balik parang yang tumpul... dah lama tak wat kija design mendesign ni... rajin tul aku membebel kan, macam lah kalao artis dapat award tu, siap bawak speech kt kertas lg....hehe

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. (masih pegang mic sendiri..hehe)Assalamualaikum.....(kena tolak ke belakan dengan mc)
Babai miszsheyla....

Monday, January 10, 2011

FIRST WIVES CLUB ??

  Sebenarnya dalam beberapa minggu ni, banyak dugaan yang datang bertimpa-timpa, tapi biarlah saya pendam sendiri, dan tak maulah cerita....cuma saya minta maaf kalau saya punya entri beberapa hari ni tak ada fokus.

Ok, kembali kepada tajuk..

Saya sekarang ni tengah sibuk mengadap cerita korea - First Wives Club kat channel HD one. Cerita ni mengisahkan isteri-isteri yang dicurangi lelaki dan memilih langkah yang berbeza-beza untuk menghadapi masalah yang sama.


A -  Ada satu pasangan dimana isteri yang pertama tidak mahu bercerai, tetapi tidak mahu tinggal sebumbung dan membiarkan perempuan simpanan suaminya tinggal dan menjaga keluarga suaminya.

B -  Ada satu pasangan pula, isteri pertama yang telah memaafkan suaminya buat pertama kali dicurangi lagi oleh suaminya buat kali kedua, dan terus bercerai. Lelaki tu pun suka, sebab dah tak sabar nak kahwin dengan perempuan baru tu. Sepatutnya, dari awal dai dah minta cerai, sebab dia yang tanggung keluarga suaminya dan yuran pembelajaran suaminya sedangkan suaminya gembira sakan dengan wanita lain walaupun dia seorang doktor pakar !

C -  Ada satu pasangan, suaminya tidak mahu menceraikan isteri yang curang, malah bukan sahaja curang, habis harta suami tu diberi kepada isterinya, hingga suaminya mahu membunuh diri kerana tidak mampu menanggung derita dan malu.

Bukan cerita ini yang nak saya bicarakan. Tapi cuba kita tengok kepada situasi di atas, jika di dalam islam, penyelesaiannya amat mudah.

Situasi A : Biarkan suami berkahwin secara sah, dan dapatkan kasih sayang dari suami seperti dulu-dulu... jalankan tanggungjawab macam biasa, dan berbaik-baiklah dengan madu.... insya Allah akan bahagia (Suami perlu adil ya!)


Situasi B : Suami yang memang tak bertanggungjawab boleh diadukan kepada pejabat kadhi dan dapatkan fasakh kerana tidak memberikan nafkah zahir dan batin. Lebih awal masalah dapat diselesaikan.


Situasi B : Dalam islam, lelaki dayus itu amat hina, dan pasti ramai yang tidak mahu jadi dayus kan? Sebab itu talak di tangan lelaki. Lelaki di situasi ini sepatutunya melepaskan wanita itu jika dia tidak mampu lagi mendidiknya supaya tidak menjadi dayus.

Apa pun, itu semua cuma pendapat ringkas saya. Jika masalah itu di hadapi oleh sesiapa di luar sana, dapatkanlah bimbingan dari pejabat agama islam negeri masing-masing supaya tidak terburu-buru membuat keputusan. Jangan menyesali keputusan yang di ambil kelak.

Ringkasannya, Islam Adalah Agama Sepanjang Zaman. Apa saja masalah, pasti ada penyelesaiannya, jika bercerita kepada MAHA PENCIPTA.

*tak pelulah tubuhkan kelab isteri pertama, menysahkan aje! hehe

Saturday, January 8, 2011

ini memang isu semasa, tapi, Rasulullah dah banyak warning dulu....

Salam,

Semalam blogwalking dan terbaca pasal isu pemakain tudung shawl dan melaram tu...

Saya tak nak komen pasal sesiapa cuma ada beberapa perkara yang perlu kita sedar disini :

1. Blogger persendirian boleh buat entri ikut suka hati dia

2. Menegur orang lain adalah antara jihad akhir zaman. (tanggungjawab sesama muslim)
    - Sabda Rasulullah ; "Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, tegahlah dengan lidah, jika tidak mampu juga, tegahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman. "(HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi)

3.Janganlah kamu membuka aib orang lain, kerana allah akan mebuka aib kamu pula
    - Sabda Rasulullah ; 'Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya di dunia dan akhirat."   (HR Tirmidzi)


4.Di akhir zaman, manusia akan kembali ke zaman jahiliyah, malah lebih teruk lagi. Jadi, janganlah kita termasuk dalam golongan itu.
   - Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".  (HR AT Thabrani)

5.Fahamilah erti kata aurat yang sebenar. Jika anda sedar, aurat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang benar-benar beriman.
    - Sabda Rasulullah;“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. 


   - Firman Allah,
Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

6.Wanita adalah punca fitnah akhir zaman, jadi kepada kaum lelaki, berwaspadalah dengan pandangan kamu, dan pada kaum wanita, jagalah aurat dan akhlak mu.
   -  Sabda Rasulullah ; "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) 

7.Janganlah kita sesama manusia lebih lagi muslim nak bergaduh. Dah akhir zaman. Mari lah kita bersatu, membina ukhwah, dan meningkatkan pengetahuan.

8.Hak kita sebagai manusia dan blogger tidak mungkin dapat mengatasi hak ALLAH SWT. 

Jadi, jangan gaduh2 blogger sekalian! WORLD PEACE!

**Saya cuba guna bahasa mudah tapi sopan, kalau ada yang marah, maaf lah ye, sekadar mengingatkan diri sendiri dan sesama kita.